06 Februari, 2012

Malaysia kena tebas lagi

06/02/2012

MANAMA 6 Feb.- Skuad Olimpik negara tewas 1-2 kepada skuad Olimpik Bahrain di Stadium Nasional Bahrain sebentar tadi dalam aksi Kumpulan C pusingan kelayakan bolasepak Sukan Olimpik 2012.
Dengan kekalahan itu bermakna Malaysia secara rasmi terkeluar daripada persaingan merebut slot ke Sukan Olimpik selepas mencatatkan kekalahan empat kali berturut-turut dan berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-8.

Nak tonton juga melalui tv,atapi penonton yg sorak aku..terlena. Malaysia kena TEBAS kali ni.
Harap-harap akan meningkat le tahap dan mutu permainan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda