09 Februari, 2012

meroyan wang wing

 Tunjuk bukti saya 'gila meroyan' mahu jadi MB
 
Hasan Ali menyampaikan ceramah sambil ditemani Mohamed Hafiz (kanan) di Dataran Dato' Sheikh Ahmad,
Ni tajuk berita dalam Sinar.
Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Hasan Ali di Kangar.

Beliau mencabar Datuk Husam Musa supaya memberi bukti yang menunjukkan kegilaan beliau itu termasuk rakaman video percakapan jika ada.


Best juga cabaran ni. Memang payah le nak keluarkan bukti yang menunjukkan kegilaan seseorang. Kalau dalam cerita filem yang mengkisahkan tentang seseorang tu hanya orangramai yang memberi gelaran kepada seseorang hero atau penjahat. Macam cerita Zorro , Lone Ranger, Robin Hood atau sebagainya. Semua watak-watak hero tersebut diberi gelaran oleh penduduk mengikut tindak tanduk yang dilakukan oleh HERO.
Tindak tanduk DHA ni pun orangramai boleh nilai dan memberi gelaran kepada beliau. Hairan juga aku, dulu semasa menjadi ahli dan pimpinan PAS tak pernah keluar pun kenyataan yg demikian. Bila sudah dipecat maka nampaklah bahawa PAS tu telah lari dari dasarnya.Macam kisah laki bini juga le kot...bila dah bercerai baru kata sisuami atau isteri tu teruk.
Alahai..selama lebih kurang 54 tahun ni umno,umno(Baru) dan be end yang dilihat merosakkan Islam.Bermacam-macam alasan dan pendekatan Islam telah dikeluarkan oleh mereka,tapi hasilnya umat Islam Malaysia makin tinggal nama.Bila saja umat Islam makin teruk maka PAS juga yang jadi sasaran,kononnya sudah tidak memperjuangkan Islam kerana takut kepada cina DAP. Ini bermakna perjuangan PAS selama ini betul la, tapi dikelabukan mata hati rakyat Malaysia oleh umno dan be end tentang perjuangan tersebut. Kenapa tak disebut demikian oleh bekas-bekas ahli PAS ni..
Kalau setakat tukar slogan pun dah tak tau nak bezakan,lebih baik tak payah digelar Doktor atau cendiakawan.Slogan dan Dasar perjuangan tentu le berbeza. Dasar masih kekal tetapi slogan dibuat mengikut arus semasa.Cuma umno(Baru) je slogan depa tetap begitu..Dulu Kini dan Selamanya. Pelaksanaan kepada dasar perjuangan umno pun orang kampung aku kata 'wang wing' merewang merata.
Rasanya gini la orang yang berprinsip semasa kuat bukan main bangga,bila dah nak rebah mula le disalahkan merata termasuk umno(baru) dan Be End. TEBAS aje la puak-puak gini pru 13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda