09 Februari, 2012

Imran Khan..you help me,I help you ?

Populariti bekas seorang pemain kriket Pakistan Imran Khan.kian memuncak diarena politik.Beilau merupakan pemimpin kepada Movement For Justice Party yang berjanji akan menghapuskan Rasuah di Pakistan,seandainya beliau diberi peluang oleh rakyat Pakistan untuk menjadi Perdana Menteri mereka.


Hebat..mengalahkan sambutan terhadap PM kita yang berjuang dengan slogan baru " Awak tolong saya,saya tolong awak". Bermakna sekarang ini, pemimpin negara kita sedang menjalankan kewajipan bagi membalas budi atau sokongan terhadap mereka sahaja dan bukan menjalankan kewajipan sebagai seorang pemimpin terhadap rakyat dan negara Malaysia ini.
Kalaulah begini,adakah ia juga mungkin bermakna segala peningkatan harga barang didalam negara adalah kerana membalas budi para kapitalis yang membantu beliau atau parti beliau ? Orang bercakap tentang dasar dan halatuju negara seandainya diberi mandat untuk memerintah, tetapi Umno(Baru) ini bercakap ala majikan dengan pekerjanya..kau buat kerja aku beri upah.
Yang terbaru,"Awak tolong saya,saya tolong awak " diucapkan sehari dua yang lepas kepada kaum India khususnya. Fikir-fikir le kalau nak beri undi lagi kat gulungan macam ni. Hassan Ali pun popular juga. Bukan ratusan ribu yang dengar ucapan beliau tetapi mungkin jutaan yang dengar sebab disiarkan sedikit slot ucapan belaiu melalui saluran tv. Kemunculan Hassan Ali dengan dasar perjuangan Islam,Melayu dan Raja bagaikan Pucuk dicita ulam mendatang kepada Umno(Baru) be end. Lantak le woii..Asalkan Bukan Umno (ABU) je aku pangkah masa mengundi nanti. Janji TEBAS dulu segala semak dan lalang yang ada ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda