10 Februari, 2012

u help me,i help u..gaji askar naik...

Tahniah...gaji askar naik..Tu pun setelah berpuluh tahun menunggu. Generasi tentera terdahulu yang berpandangan jauh telah lama menuntut supaya gaji tentera diselaraskan mengikut taraf kerjaya iaitu "Profesional". Bukan semua yang mempunyai kelulusan dari pusat pengajian tinggi layak menjadi seorang tentera.Dinegara kita kerjaya tentera dilihat sebagai satu kerjaya yang tiada kategorinya. Nak kata kakitangan awam juga tidak boleh sebab mereka anggota pasukan keselamatan yang terikat dengan dua undang-undang iaitu dibawah undang-undang tentera dan juga Awam. Nak letakkan tentera ni sebagai gulungan Profesional pun tak layak sebab tangga gajinya tidak diiktirafkan sebagai profesional seperti Doktor,lawyer atau seumpamanya. Itulah negara kita.


Apa pun tahniah le..tetapi perlu ingat bahawa kerjaya sebagai seorang anggota tentera bukanlah bertugas untuk sesebuah parti politik tetapi untuk negara. Bukan untuk mempertahankan seseorang atau sekelompok pemimpin tetapi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan yang paling besar bagi seorang tentera yang beragama Islam adalah demi Islam yang dianuti ini.

 Tentera Jerman sedang bersolat

Pertukaran kepimpinan negara bukan bermakna berlakunya pertukaran kerajaan,kerana negara kita tetap negara kita selagi ia tidak dijajah atau ditadbir oleh gulungan dari negara lain

Jatuh atau kalahnya sesuatu parti melalui proses   
demokrasi negara kita  bukan bermakna kerjaya tentera anda akan tamat,tetapi hanya akan berlaku perubahan dasar mengikut dasar yang ditetapkan oleh parti yang memerintah. Negara kita tidak pernah mengalami pertukaran parti memerintah sebagaimana yang berlaku dinegara Jepun,Korea atau lain-lain sejak mula merdeka lagi.Mungkin ia kerana propaganda umno -umno(Baru) dan be end yang menyebabkan anggota tentera menjadi satu aset penyelamat kepada mereka.
Umno dan Be End berjaya mengeksploitasikan kesetiaan tentera untuk kepentingan mereka walaupun kehidupan tentera dan bekas tentera tidak sebagaimana yang diimpikan.Perkembangan minda manusia sentiasa berubah dari satu zaman kesuatu zaman.Manusia pasti akan mencari yang terbaik untuk kehidupan masing-masing.Manusia juga pasti akan mencuba sesuatu yang baru untuk kehidupan kita. Tidak mustahil tentera kita juga kan berusaha mencari dan berusaha untuk mencapai impian kehidupan yang lebih baik dari yang ada.Belum cuba belum tahu.Membujur lalu melintang patah. Itulah antara peribahasa yang sering digunakan oleh tentera.
Ingatlah bahawa orang awam yang berpolitik ini bukan merupakan musuh negara tetapi ia adalah sebahagian dari KERAJAAN  kita.Anda,aku,kamu dan semua rakyat negara ini membentuk Kerajaan Malaysia. TEBAS saja pemimpin yang hipokrat melalui undi bukan dengan senjata.TEBAS sahaja parti yang memperkudakan kita untuk kepentingan mereka dengan Pensel dan Kertas semasa mengundi dan bukan dengan senjata serta peluru.
Semua rakyat negara ini menyumbang untuk negara.Kita saling bantu membantu,cukai anda dipungut,cukai kami juga dipungut oleh kerajaan.gaJi anda dibayar oleh kerjajaan..rakyat yang bekerja sendiri sebagai penoreh,nelayan atau petani juga turut menyumbang untuk gaji anda.
Jadi apa bezanya ?. Maka jawabnya KITA SERUPA.
Peperangan atau serangan dari negara luar mungkin tidak akan berlaku dimasa kini,tetapi serangan ideologi terus menerus berjalan. Usah terperangkap dengan ideologi sekular yang memisahkan agama dengan politik, kerana kita pasti dibariskan dihadapan Allah untuk dihitungkan amalan kita.Ingat..Jadilah kita TENTERA ALLAH atau TENTERA ISLAM yang bertugas melindungi Islam dan melindungi manusia lain dari kezaliman.Kezaliman bukan sekadar dari penderaan terhadap tubuh badan malah kezaliman ialah apabila tidak meletakkan HUKUM ALLAH ditempat yang sepatutnya.

Jerman,yang dikenali dengan NAZInya, sudah lama mempunyai tentera yang terdiri dari orang Islam.Sejarah membuktikan bahawa tentera yang berpegang kepada Islam dihormati dimana saja,digeruni oleh musuh-musuh Allah setiap masa.




Usahlah hanya gagah mengangkat senjata dalam perbarisan tetapi berdiri,berbaris dan sujudlah dalam kelemahan kepada Allah,kerana kelak kita akan dibariskan jua dengan malaikat yang bersenjata yang lebih ampuh membantai kita.
Ingat juga ye...politik "You Help me,I help you".Dasar dan slogan baru umno(Baru).gaji naik,harga barang dah lama naik. Kaum keluarga kat kampung ada yang kais pagi makan pagi. 
Lalang dan semak dah lama diTEBAS mereka untuk mencari rezki Allah. Semak politik,harap-harap anggota tentera boleh juga menjalankan projek Jiwa Murni TEBAS untuk kesejahteraan Negara melalui ABU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda