12 Februari, 2012

hutang geli-geli..

Nak jadi apa la kat negara aku ni. Semua pakat mai nak berlubuk kat Malaysia ka.Nak buat macamana dah dok promote Malaysia rumah keduaku. Bangla dah penuh,Indon pun dah makin ramai,dari Afrika pun dah bergenuak. Yang ni pun dah nak berlambak. Sebabnya :


Permintaan yang tinggi untuk khidmat seks mendorong sindiket yang menguruskan kemasukan wanita dari China mengaut keuntungan besar dengan mengenakan bayaran purata RM10,000 seorang untuk membantu mereka menjadi pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang memberi khidmat seks di Malaysia.
Sindiket tersebut mengumpul kekayaan dengan cara mudah memandangkan wanita China adalah kumpulan pelacur yang paling ramai ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh pihak polis di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Mengikut statistik Polis Bukit Aman, daripada 11,832 warga asing yang ditahan sepanjang tahun lalu, wanita China membentuk jumlah terbesar sebanyak 5,922 orang. Secara purata 16 orang wanita China ditangkap setiap hari.
Jika kesemua wanita China itu menggunakan khidmat sindiket dan membayar RM10,000 seorang, bermakna hasil kutipan organisasi haram yang menguruskan kemasukan pelacur negara berkenaan ke Malaysia adalah sebanyak RM59.2 juta.

Alahai..dah makin gila seks ke jantan-jantan Malaysia ni.Ooo mungkin pengaruh dari media massa yang ada. Filem-filem yang ditayangkan pun mungkin menjadi penyumbang kearah pelacuran. Dunia tanpa sempadan..HALAL dan HARAM semua dibedal.
Undang-undang ciptaan manusia tidak akan mampu mencegahnya.kalau denda berpuluh ribu RM pun tak kisah le. Charge yang akan dikenakan pun tentu mahal juga..Mahal pun mahal lahh janji sedap konon.
Undang-undang yang ditetapkan oleh Tuhan tiada ke..? Kalau tak jumpa tentang undang-undang tu..kena cari le..Nak cari pun bukan kat lorong-lorong tu...carilah kat tempat yang memberi ilmu untuk dunia dan akhirat.
Malas juga nak cari,tapi tak mau perkara ni berlanjutan..berilah kuasa kepada yang berjanji nak laksanakan undang-undang tu..kan mudah. TEBAS saja semak-semak dunia..jangan jadi pelacur agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...