12 Februari, 2012

Syria makin bergolak


Kebangkitan rakyat Syria dihujani oleh peluru dari tentera negara mereka sendiri. Apakah akan berlaku begini kepada negara kita andainya majoriti rakyat menolak Umno(Baru) dan Be End semasa PRU 13 nanti ?. Tidak mustahil..andainya terdapat pemikiran manusia yang menganggap mereka betul dan benar serta hanya mereka yang boleh mentadbir negara ini.Atau mungkin berlaku disebabkan gulungan yang mempunyai kepentingan perut sendiri yang takut kepada bayang-bayang kebobrokan yang dilakukan sendiri selama ini.Atau mungkin terdapat manusia yang menganggap bahawa mereka akan hidup selama-lamanya.
Terdapat beberapa andaian mengapa Syria bergolak hingga terjadinya begini. Ada yang berpendapat bahawa Pemerintah yang ada sekarang mirip kepada pemerintahan Islam dan memberi ruang kepada Ikhwanul Muslimin Syria,lantas para tentera yang berfikiran sekular menggunakan kekuasaan yang ada untuk memadamkan kebangkitan rakyat yang mahu kepada pemerintahan ala Islam.
Terdapat juga andaian yang menyatakan bahawa terdapat para tentera yang menyebelahi rakyat awam supaya dibuat perubahan terhadap pemerintahan negara itu.Maka berlakulah pertembungan diantara kedua-dua pihak ini.
Arab Spring semakin merebak menuntut pemerintahan yang lebih telus dan Islamik.

Mana suara pemimpin negara Islam Contoh ni..? Dok sibuk bercakap bab bantuan RM 500 je ke atau dok kira dengan 1 Malaysia je ke.. One Ummahnya mana ?
Sama-samalah kita berdoa agar negara-negara umat Islam menjadi aman dan damai semula.
Semua pertelingkahan ini adalah hasil dari usaha rakyat untuk TEBAS para pemimpin yang korup,diktator,boros dan sebagainya.

1 ulasan:

  1. cuba baca di sini
    http://www.murkiester.com/Blog/2012/02/info-mengenai-pemberontakan-di-syria.html

    renung-renungkan

    BalasPadam

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda