12 Februari, 2012

alahai kekasih..hari utkmu sehari je.

dah dekat..Sinonim dengan "Hari Kekasih". Maka berebut-rebut lah manusia yang kafir atau Islam nak sambutnya. Seolah-olah tarikh lain tu tiada untuk berkasih. Tarikh ni juga boleh dipanggil Hari Memadu kasih le bagi setengah manusia. Beginilah jadinya manusia yang lupa akan peringatan Tuhan yang menciptakannya.
Bagi yang bukan Islam,kau orang nak sambut hari tu,kau orang punya pasal le. Tapi aku nak tanya juga...Hari lain tak boleh ke nak tunjuk betapa kasihnya kita kepada yang tersayang...atau berkasih setiap hari tak boleh ke.?

Firman Allah yang bermaksud:
 "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)".(Al-Hujarat : 13)

Ingatlah, bahawa Allah Yang Maha Esa tidak memerintahkan kita mencintai manusia sehingga kita lupa kepadaNya. Terdapat manusia yang mencintai manusia secara berlebihan sehinggakan ada yang sanggup melakukan maksiat serta ada yang sanggup meninggalkan Islam atau terjerumus menjadi murtad.

Banyak kisah cinta diantara sesama manusia dihiasi dengan maksiat kepada Allah Taala.Kerana cinta manusia sanggup melakukan zina dengan menggadai mahkota diri(maruah),kerana cinta manusia sanggup menggadai agama(murtad). dan kerana cinta manusia sanggup meninggalkan keluarga,ibu dan bapa yang membelanya hingga dewasa.Inilah angkara dan bahana cinta yang tidak berpaksikan kepada Islam.

Sekarang ni,bila ada pihak cadang nak ubah nama hari tersebut kepada Hari Suami Isteri terdapat juga le pihak-pihak yang menentang. Nak heran apanya kalau puak-puak yang kafir menentang..Depa nak sambut sebulan pun lantak le. tapi jangan pula yang Islam tak setuju.

Kalau tak setuju pun dengan cadangan tu,jangan la pula nak sambut Hari tersebut kerana kita seolah-olah mengikut langkah-langkah orang kafir.
Bila diteliti akan kisah-kisah Valentine tu..terjumpa le gambar-gambar seolah-olah malaikat membawa panah dan memanah manusia agar seseorang tu jatuh kasih kepada seorang yang lain.Janganlah kita terpengaruh akan kisah-kisah begitu nanti akan bersarang dihati lalu akan membawa kita kearah kekufuran serta terjerumus kelembah kehinaan dan menjadi murtad.

Ingatlah akan beberapa pesanan ini :


Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau .
 Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan akan musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

Renung-renungkahlah..TEBASkan minda yang berserabut dengan perkara-perkara yang belum pasti dan gantikan ia dengan tumbuhan Iman yang nyata dan hakiki.Moga-moga dapat bersua dengan yang tercinta di syurga yang menanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda