11 Februari, 2012

lamanweb CIA pun kena ceroboh

                             
Hacker telah berjaya menyerang laman web Central Intelligence Agency (CIA) pada jumaat lepas. Laman CIA ni telah diganggu oleh hacker "Anonymous" hinggakan tidak dapat di masuki untuk beberapa jam.




 Pihak Anonymous ini juga telah berjaya mencerobohi lamanweb FBI pada bulan lepas. Ia telah menyebabkan pihak keselamatan US ni menjadi kelam kabut.

Lamanweb pihak Amerika yang dikatakan tercanggih pun kena serang,apalagi le kat negara macam kita ni.

Alamat kena lebih berhati-hati le kita. Atau pun nak kisah pe..APCO yang dok jaga kot.

Apa pun, kes begini cuma nak bagitau kat kita je..Kalau kita rasa kita dah hebat,ada lagi orang lebih hebat. Kalau kita rasa kita je yang cerdik, ada lagi orang yang lebih cerdik. Itu le lumrah hidup manusia yang ditetapkan oleh Allah.
 Jadi jangan le nak mendabik dada hanya aku saja yang boleh...macam puak Be End tu yang selalu dok kata "Hanya Be End yang mampu mentadbir negeri atau negara ni". Kalau parti lain memerintah maka negara ni tak jadi macam Be End memerintah... Betoi le gitu sebab lain parti lain le dasarnya. 
Lebih 54 tahun dah dok gini..takkan nak guna kereta lama lagi dengan sistem lama. Manusia yang dipanggil "orang gila" pun nak ubah selera kalau dok makan itu je hari-hari,inikan pula yang cerdik pandai dan waras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda