11 Februari, 2012

nak melepas diri dah

Hangpa nilai sendiri le tahap pemimpin negara kita ni.
Isu yang timbul hasil dari laporan agensi kerajaan yang melibatkankan juga kerajaan.
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak supaya tidak membabitkan kerajaan berhubung skandal yang mengaitkan individu tertentu.

Beliau menasihatkan semua pihak tidak membuat andaian bahawa semua skandal yang berlaku melibatkan kerajaan."Tak banyak (pemimpin Barisan Nasional) yang terlibat dalam skandal. Jangan buat andaian.  

"Itu pihak tertentu, individu... jangan semua dibabitkan dengan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini, hari ini.

Kalau tak boleh dikaitkan dengan kerajaan, nak kait dengan siapa ?.. Duit yang digunakan tu duit kerajaan.. Syarikat yang ditubuhkan itu bukankah syarikat milik kerajaan juga ? Yang bagi duit tu  kerajaan...yang menguruskan syarikat tu laki pemimpin kerajaan. Kalau tak boleh nak kaitkan dengan kerajaan maka LEMBU je la yang kena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda