17 Februari, 2012

konflik Selat Hormuz..

Pertelagahan kuasa antara Amerika dengan Iran berterusan..Sebagaimana yang kita ketahui, Amerika yang berlagak sebagai Polis Dunia masih cuba mencetuskan ketegangan dengan Iran.Semuanya gara-gara irihati mereka terhadap pencapaian Iran didalam bidang nuklear dan pertahanan.
Iran kini telah mempersiapkan armada lautnya di Selat tersebut dengan menyediakan kapal-kapal yang boleh digunakan untuk serangan berani mati terhadap armada Amerika.
 Pihak Tentera Laut Amerika pula mendakwa boleh mempertahankannya dengan menyekat Selat Hormuz.Iran sebelum ini telah melakukan berbagai kejutan terhadap Amerika dilaluan tersebut dalam mempertahankan maruah mereka. Nampaknya ketegangan ini akan berterusan selagi Iran tidak bertukar menjadi seperti Iraq. Mungkin itu menjadi matlamat utama Amerika ini dalam usaha untuk menguasai sumber asli minyak dan gas.
Pihak US mendakwa Iran telah mempunyai 10 buah kapal selam kecil dan berbagai jenis peluru berpandu jarak dekat,sederhana dan jauh.
Konflik ini pasti berterusan...Berita lanjut..TEBAS le sendiri dari berbagai sumber.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...