17 Februari, 2012

tercabarkah anda ?



KUALA LUMPUR - Keselesaan menjalani kehidupan tanpa sebarang ancaman keselamatan menjadi punca 3.7 juta rakyat Malaysia tidak mendaftar sebagai pengundi.
Pensyarah Politik dan Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kira-kira 60 peratus daripada jumlah tersebut merupakan golongan muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.
"Faktor utama kegagalan 3.7 juta rakyat mendaftar sebagai pengundi dipengaruhi oleh usia mereka yang masih muda dan kebanyakan mereka masih sibuk belajar dan mencari pekerjaan.
"Anak pasca-kemerdekaan tidak nampak perjuangan politik dalam negara dan ada sesetengah daripada mereka menganggap politik itu hanya merupakan hal ibu bapa," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Ahmad Atory, mereka yang membesar pada zaman perjuangan kemerdekaan berlumba-lumba mengundi untuk memilih parti terbaik bagi memerdekakan negara, tidak seperti sikap negatif generasi sekarang.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang menganggarkan seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan ke atas dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan keengganan mereka mendaftar sebagai pemilih.-KOSMO

Apakah benar generasi sekarang bersikap negatif seperti andaian Prof ini ? Anda,generasi muda kini yang dapat memberi atau membuktikannya.Tetapi, apakah sistem yang digunapakai sekarang ini bukan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan gulungan muda tidak berminat untuk mendaftar sebagai pemilih ?
Pandangan dalam menyalahi gulungan muda ini juga merupakan satu pandangan berat sebelah. Bagi aku keadaan ini juga memperlihatkan KEGAGALAN orang-orang terpelajar seperti Prof ini serta para pemimpin negara dalam mengurusi negara mengikut suasana dan keperluan yang ada mengikut profesion masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda