01 Februari, 2012

memang kepala babi betul puak tu..


Sebulan dua yang lepas di Johor. Ni berlaku di Rawang, Selangor pula pada pagi semalam.Jemaah Masjid Nurul Iman (Rawang) mendapati ada pula makhluk yang pi letak kepala babi yang dah dipanggang betul-betul di hadapan tangga pintu utama masjid.

Tok Siak Masjid, Nadzlan Ambak terkejut apabila melihat kepala babi  yang diletakkan elok di pintu masjid seperti barang perhiasan untuk tontonan tetamu ketika beliau sampai di masjid lebih kurang jam 5.15 pagi.

 Apa nak jadi ni..kalau selalu begini. Takut ada puak yang tak boleh fikir secara rasional ambil tindakan balas pula. Tapi nak ambil tindakan balas tu kat sapa pula ? Bukan kita tau sapa yang lakukan atau puak mana yang lakukan.Nak tuduh orang kafir pun boleh..tapi mana buktinya ? Nak tuduh bangsa sendiri pun boleh..tapi apa buktinya ?

Pasti ada gulungan yang ingin membakar sentimen perkauman atau agama.Kepala babi betul puak ni.

Jadi kena bertenang le..jangan gopoh gapah. Kan PDRM ada..cepat dan pantas. Ceramah belum dibuat depa dah sampai..Bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Bersama-samalah kita berdoa agar sipelakunya menerima balasan yang setimpal.
Disamping tu sebagai umat Islam,kita mesti memantapkan lagi aqidah dan perjuangan kita agar selepas ini kita dapat menghadapi segala cabaran dan rintangan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda