01 Februari, 2012

Melayu kita perkasa jati Islam

SHAH ALAM: Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja Melayu.

Katanya, JATI yang akan dirasmikan penubuhannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, 21 Februari ini, dijangka disertai beberapa NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh negara.
Katanya, ia berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga, yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.

Pakat-pakat tubuh organisasi sendiri dah. 



Dulu Zaid Ibrahim dengan KITA. 
Suara KITA dah makin sayup-sayup je.Entah wujud entahnya tidak.




 Lepas tu Ibrahim Ali pula dengan Perkasanya. Lantang je suara Perkasa ni,tapi orang yang lantang-lantang tu pun entah kemana cara hidup Melayu dan Islamnya.






Ni mai pula JATI dengan Hassan Ali.
Demi Islam,Melayu dan Raja. Pakat-pakat tunggu dan lihat je rakyat Melayu Malaysia ni. Sekarang ni tengah popular macam selebriti dah, hingga ditayangkan dalam slot berita berita tv.

Berapa banyak Melayu daa.Semua mau bela Melayu dan Islam.Macam nak tergelak juga..umno pun gitu juga sejak ditubuhkan..Lepas tu mai pula parti baru melayu UMNO (BARU)..pun gitu juga hasratnya. Umno(Baru) yang berkuasa untuk menjalankan dasar bagi memperkasa Melayu dan Islam dilihat kemas setakat bangunan masjid jee.
Adakah semua hak orang Melayu dan Islam sudah terhakis ?..Mungkin ada sedikit baki-baki hak melayu yang belum terhakis.Sekiranya hak Melayu yang ada ini sudah makin terhakis,bagi aku puncanya adalah kerana KEGAGALAN Umno dan Umno(Baru) dalam mengatasinya.
Pemimpin Umno dan Umno(Baru) penuh dengan sikap ego yang tak bertempat. Tidak menerima pandangan ahli sendiri serta pandangan dari pihak lawan seperti PAS dalam menjaga Hak orang Melayu serta memperkukuhkan Islam didalam segenap sudut.
Kini natijahnya sedang berlaku sedikit demi sedikit.Mungkin juga ia seperti yang telah diperingatan kepada kita oleh junjungan besar Nabi SAW sejak lebih 1430 tahun dulu.

Rasulullah SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi bermaksud: 
"Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan." Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.

Faktor utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan. Islam agama universal yang mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah. 
Pakat-pakat TEBAS otak lagi le Melayu ni..Dah le semak kat tepi dan belakang rumah jarang di tebas. Inikan pula nak TEBAS otak bagi clear bab Islam dan politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda