22 Februari, 2012

Minda 1 Malaysia

PARIS - Bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn disoal polis Perancis, semalam, dalam siasatan berhubung sindiket pelacuran di hotel.
Polis negara itu sedang menyiasat satu sindiket pelacuran di Perancis dan Belgium yang dikaitkan dengan anggota polis dan pegawai kerajaan lain.
 
Menurut laporan, polis telah menyoal siasat beberapa pelacur yang mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan Strauss-Kahn sepanjang 2010 dan tahun lalu di beberapa lokasi, termasuk hotel mewah dan restoran di Paris, serta di Washington.
 
Strauss-Kahn menetap di ibu negara Amerika Syarikat itu semasa mengetuai IMF sebelum meletak jawatan, Mei lalu, selepas dituduh cuba merogol seorang pembantu hotel di New York.
 
Dalam siasatan terbaru ini, dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan Strauss-Kahn turut disiasat dan didakwa menguruskan sindiket pelacuran dan salah guna wang.- SINAR

KABUL - Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Nato mengambil tindakan segera untuk memohon maaf atas tindakan mereka membuang dan membakar beberapa naskhah al-Quran sementara beratus-ratus rakyat Afghanistan berhimpun di pekarangan pangkalan tentera udara Bagram dekat sini, hari ini-SINAR
 
Kat negara kita nan 1 ni...tak pernah dengar lagi pemimpin negara minta maaf atas sebarang permasalahan yang timbul atau masuk mahkamah beri keterangan tentang kes-kes yang dikaitkan dengan mereka serta melibatkan kepentingan umum atau negara termasuk yang terbaru Kes NFC...ni mai pula kisah Kapal Dagang Israel berlabuh di pelabuhan negara kita.Ada depa kisah ?atau..janji ada habuan kot .? Mau TEBAS apa lagi ni..kalau begini pun tak mau fikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda