22 Februari, 2012

pilihan raya presiden Yemen..

Ringkasan berita ringkas mengenai Yamen..media massa arus perdana negara kita cuma menghebahkan berita-berita seolah-olah untuk menakutkan rakyat sahaja tentang perkembangan politik di rantau Timur Tengah dengan berbagai spekulasi yang diketengahkan oleh para pemikir yang kebanyakannya berfikiran sekular atau berpandangan politik ala umporno.
Selasa lalu..negara Yamen telah mengadakan pilihan raya presiden mereka dengan lapuran yang menunjukkan peratus keluar mengundi yang tinggi walaupun terdapat tindakan boikot dari pihak pembangkang dan tragedi keganasan dibahagian selatan. Pihak suruhanjaya pilihan raya Yamen menyatakan peratus keluar mengundi mencecah hingga 80 peratus kecuali dibahagian selatan.
Yamen yang mempunyai jumlah penduduk seramai 24.7 juta dan mempunyai seramai 10 juta pemilih berdaftar.Pengundi telah diwajibkan mencelup ibu jari mereka kedalam botol DAKWAT dan menandakan dengan cop jari mereka  keatas kertas undi selari dengan gambar calon kesukaan mereka iaitu Abd-Rabbou Mansour Hadi.
Keputusan awal menunjukkan bahawa Abd-Rabbou Mansour Hadi yang merupakan bekas Timbalan Presiden telah memenangi pilihanraya tersebut dan sekaligus mengakhiri kekuasaan Ali Abdullah Saleh selama 33 tahun.Ali Abdullah Saleh merupakan sekutu kuat kepada US telah melepaskan jawatan sebelum ini sebagai pertukaran kepada imuniti dari dikenakan pendakwaan terhadap beliau.
Tahniah kepada rakyat Yamen yang berani menukar kepimpinan mereka.
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/02/201222117511739757.html
Kat Yamen rakyatnya berani berusaha hingga dapat membawa pemimpin mereka  kependakwaan...walaupun ditekan dengan berbagai cara serta negara mereka yang kaya raya.Mereka berani juga menuntut supaya pembaharuan dilakukan terhadap dasar pemerintahan negara mereka. 
Kat negara kita ada juga pembaharuan...yang dikenali sebagai TRANFORMASI...entah apa yang di tranformkan entah le....yang rakyat nampak kes RM 250 juta ada unsur salahguna atau salahurus...yang rakyat nampak RM 500, baucer RM 200 dan berbagai sogokan lagi...Mungkin yang ni kot tranformasi yang dibuat oleh pemimpin kita..almaklum le dah 54 tahun rakyat dok kena bayar jee...hingga guna jalanraya dalam negara sendiri pun kena TOL.
Lepas ni nak di TEBAS apalagi entahlah...
Janji ABU je


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda