12 Februari, 2012

Tanah tu diTebas atau di Kebas ?



KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Orang ramai telah berhimpun bagi membantah tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB),





 
PAS merasa kesal dengan tindakan kerajaan Umno Terengganu merampas tanah tersebut dari kegunaan awam sebagai sebuah sekolah dan diagih-agihkan kepada individu yang membabitkan lima orang JKKK.




 Ambil tanah hak milik orang lain dijadikannya pula milik orang lain. Rasanya ada konspirasi juga yang melibatkan orang-orang tertentu.



Kalau kes di Kedah,kerajaan negeri umum terang-terangan berkaitan madrasah Salihiah tu..siap dengan ulasan dan jawapan pihak berwajib. Itu pun ada juga puak yang menggelarkan diri mereka pejuang Melayu dan Islam mencabar kerajaan hingga dibawa kes ke mahkamah.
Tapi kes di Terengganu ni berlainan kot. Senyap pula media massa perdana dalam negara kita.Mungkin ini kes KEBAS kot....kalau tidak tentu dah di TEBAS siang malam kat tv.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...