Polis diserang dengan lastik
8 Mac 2012
Polis turut menemui tujuh motosikal dan ada di antaranya dilaporkan hilang di sekitar Kulim dan Bukit Mertajam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis mendapat maklumat tentang kes motosikal curi di lokasi kejadian melalui maklumat orang ramai dan membuat pemantauan sejak lima hari lalu.
“Ketika pihak kami ke lokasi berkenaan, kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan melalui jalan berlopak kira-kira 20 kilometer.
“Kenderaan kami tiba-tiba diserang hendap oleh beberapa suspek dengan menggunakan lastik.
“Satu daripada kenderaan kami pecah cermin di bahagian kiri hadapan sebelum terbabas dan merempuh pokok. Kenderaan itu kemek di bahagian hadapan kanan,” katanya.
Menurutnya, suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan....
Anggota polis didakwa cabul anak kandung
8 Mac 2012
Penjawat awam berusia 54 itu, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anaknya berusia enam tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di berek polis, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, kira-kira jam 4 petang, 10 Jun lalu.
Lelaki itu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.
Majistret Noor Aini Yusof membenarkan anggota polis itu diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengendalikan pendakwaan.
21 remaja dicekup cuba lumba haram
8 Mac 2012
Sebaik mendapat maklumat orang awam berkaitan aktiviti tidak bermoral itu, sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Besi diketuai Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Othman Yaakob bergegas ke lokasi kira-kira jam 2.30 pagi lalu dan berjaya menahan 21 remaja difahamkan berumur belasan tahun hingga 20-an.
Kesemua remaja terbabit, masing-masing dari Al Mukhtafi Billah Shah, Ketengah Jaya dan Bukit Besi kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bukit Besi untuk menjalani ujian saringan air kencing.
Lima kenderaan yang berada di lokasi berkenaan juga turut ditahan untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kembali setelah berpuas hati dengan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)..
Hahahha ...Malas nak TEBAS otak untuk mengarang hari ni. Ada manusia baik ada manusia jahat. Ada syurga ada neraka. Ada dosa ada pahala.Hidup lawannya mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda