08 Mac, 2012

kemelut minda lepas banjir

Hujan lebih 12 jam, Lembah Klang banjir dan satu maut
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & AHMAD ISMADI ISMAIL
8 Mac 2012
Banjir
Banjir
SHAH ALAM – Hujan yang berlarutan lebih 12 jam di Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan sebahagian besar kawasan dinaiki air manakala seramai 661 mangsa banjir di kawasan Hulu Langat terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Malah hujan lebat juga menyebabkan seorang remaja 13 tahun terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan tanah apabila tebing setinggi lima meter belakang rumahnya runtuh.

Hulu Langat adalah antara kawasan dinaiki air. Kawasan-kawasna lain termasuklah Lembah Jaya di Ampang; Kampung Attap dan Kampung Baru di ibu negara.

Jalan-jalan yang turut dinaiki air ialah Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Tesco Ampang dan Hotel Flamingo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (kawasan Chowkit), Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Pasar Seni.

Banjir juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sejak awal pagi tadi dan banyak kenderaan terkandas.

Sementara itu, mangsa-mangsa banjir di kawasan Hulu Lanat dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, hari ini.
Banjir di kawasan Hulu Langat menghala ke Bukit Belacan, Ampang dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, beberapa rumah di Kampung Sungai Putih ditenggalami air.
 
"Kejadian banjir di Lembah Jaya Utara berlaku kira-kira jam 8 malam tadi, kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
 
"Setibanya di lokasi kejadian, sebahagian mangsa diarah berpindah dan mereka ditempatkan di kawasan yang selamat," katanya.
 
Beliau berkata, seramai 28 orang mangsa telah dipindahkan ke sebuah surau di Lembah Jaya Utara oleh Pasukan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang, Ampang, Selayang, Pandan Indah, Cheras, Hang Tuah dan Bangi.
"Polis akan mengawal di lokasi kejadian sehingga keadaan kembali pulih serta mengelak kejadian kecurian daripada berlaku," katanya.
Penolong Pengarah Opererasi Negeri, Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang terlibat tinggal di Batu 11, 14 dan 18.

"Air mula surut tetapi hujan masih tidak berhenti. Kita mula memindahkan mangsa yang terlibat sejak malam tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sani berkata, enam bot digunakan bagi membawa mangsa ke tempat perpindahan sementara.

Katanya, kawasan lain yang terlibat dalam banjir adalah kawasan Lembah Jaya dan Bukit Belacan tetapi air mula surut.

Beliau berkata, seramai 82 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya ditugaskan ke lokasi kejadian.

Lapan keluarga yang tinggal di kuarters kerani polis di Jalan Belfield, berhampiran Kampung Attap, diarah berpindah ke penempatan sementara di Dewan Flet Sri Sarawak sejak jam 12 tengah malam tadi.

Polis juga menutup laluan di hadapan rumah berkenaan sejak malam tadi. Tinjauan mendapati runtuhan tebing setinggi lebih lima meter jelas kelihatan.

Di Lembah Jaya, Ampang, lebih 400 mangsa melibatkan 150 rumah, yang tinggal berhampiran sungai di Taman Rima dipindahkan sejak malam tadi.

Mereka terdiri daripada  penduduk Kampung Melayu Ampang, Kampung Pinggir Tiga dan Perumahan PKNS di Lembah Jaya Utara;- Sinar Harian

Puak-puak yang dok kata pandai memerintah penuh dengan pembangunan dan bijak mengagihkan ekonomi negara akan menyalahkan siapa pula jika begini ?
Tentu lepas ni ada yang akan jadi mangsa serangan mulut pemimpin pejuang pembangunan. Australia yang luas terbentang luas pun kena banjir lagi teruk. Kawasan yang dilanda banjir di Australia tu bukan berada dalam kawasan yang penuh dengan bangunan macam KL. Aku rasa lepas ni akan dikatakan pula semua tak pandai mentadbir negeri dan negara termasuk Umno(Baru) Be End yang dah lebih 50 tahun memerintah dengan bijak dan pandai tapi kita masih menghadapi masalah banjir.TEBAS minda sendirilah dan kembalilah kepada Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda