07 Mac, 2012

Kemelut Syria...akan hancur seperti Iraq ?

Pergolakan di Syria semakin meruncing.media-media barat dan Amerika banyak memaparkan kisah dan rancangan bagi membantu Syria.Terkini Presiden Obama telah mengarahkan agar tindakan "Unilateral" dilancarkan kononnya bagi membantu orang awam dalam perang saudara di Syria ini. Apakah benar rakyat Syria memerlukan bantuan tentera Amerika atau tentera Barat bagi membantu mereka ? Kongres Amerika semakin meneliti akan keperluan ini bagi memenuhi matlamat jangka panjang mereka untuk menguasai dunia.
Selepas Afghanistan dijajah, Iraq pula yang diranapkan mereka. Selepas itu negara di benua Afrika iaitu Libya pula dihancurkan. Satu persatu negara-negara yang mempunyai bilangan rakyat beragama Islam di kucar kacirkan termasuk Somalia yang nyata menunjukkan Amerika dan Barat gagal mengwujudkan keamanan.
Kenapa ?. Bagi ramai penganalisis politik menyatakan bahawa bukanlah keamanan matlamat mereka tetapi perniagaan. Perniagaan senjata,peralatan tentera serta hasrat untuk menguasai hasil bumi negara-negara tersebut sebagai langkah menguasai dunia dan manusia seluruhnya.

Banyak filem-filem mereka telah memberi gambaran tentang perkara ini. Kalau Amerika sanggup untuk menimbangkan bagi membantu menubuhkan sebuah negara lagi di rantau ini iaitu Baluchistan, kenapa ia tidak sanggup untuk menghancurkan sebuah negara lagi. Kedudukan strategik negara-negara ini di rantau Arab perlu dikuasai. Dimana pemimpin Islam kita yang berkuasa ? Baculkah mereka atau mereka lebih mencintai kehidupan dunia ini ?
Lihat saja kedudukan negara-negara tersebut dan lihatlah juga kedudukan Kaabah yang merupakan kiblat kita. Seandainya mereka berjaya menguasai laluan masuk ke Selat Hormuz maka Iran yang merupakan musuh ketat mereka akan tersepit dan perancangan strategik mereka selanjutnya pasti akan menjadi lebih mudah kerana seluruh jazirah Arab telah terkepung.
Wahai saudara-saudaraku TEBAS lah minda kita. Usah terpegun dengan berbagai slogan dan imbuhan dunia. Sedangkan kita sedang dikepung sebilangmasa dan dimana saja.Kuatkan jamaah kita,kuatkan Aqidah perjuangan kita biarpun kita lemah dari sudut persenjataan tetapi kita punyai apa yang mereka tiada yakni Allah dan SyurgaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda