07 Mac, 2012

nah aihh..kena pecat pasai hidung sendiri

Dipecat selepas bedah hidung
2012/03/07

GAMBAR Anwar al-Balkimy sebelum menjalani pembedahan (kiri) dan ketika beliau terlantar di hospital.
GAMBAR Anwar al-Balkimy sebelum menjalani pembedahan (kiri) dan ketika beliau terlantar di hospital.
Ahli parlimen Mesir didapati bersalah buat pembedahan plastik

KAHERAH: Seorang ahli parlimen parti Islam paling konservatif di Mesir meletak jawatan di parlimen kerana menipu selepas menjalani pembedahan hidung, mendakwa kecederaan di wajahnya yang berbalut adalah akibat dipukul selepas keretanya dilarikan.
Anwar al-Balkimy yang mewakili parti Al-Nour, manakala anggotanya dikenali sebagai Salafi yang terkenal tegas dalam mematuhi ajaran Islam yang melarang pembedahan kosmetik kerana ia mengubah ciptaan Allah.
Parti itu berkata kelmarin bahawa al-Balkimy sudah meletak jawatan dan Al-Nour dipaksa mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf yang memalukan parti itu.

“Berikutan insiden yang amat dikesali membabitkan ahli parlimen parti Al-Nour, Anwar al-Balkimy, ketua parti, Emad Abdel-Ghafour, pergi ke hospital dengan sepasukan anggota parti untuk menyoal beliau,” katanya.

Parti menambah bahawa ia mendapati dakwaan serangan ke atasnya tidak benar.
Jurucakap Al-Nour, Nader Bakar dipetik dalam laman rasmi kumpulan itu di Facebook berkata al-Balkimy dipecat daripada parti.
“Berdasarkan apa yang dikatakan pihak berkuasa hospital, kami memutuskan memecatnya daripada parti. Beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya,” kata Bakar, menambah bahawa al-Balkimy memohon maaf.

“Kami cuba membawa nilai sosial baru dalam politik berdasarkan prinsip Islam,” beliau menambah. “Al-Balkimy mungkin mengalami gangguan emosi.”

Media tempatan sejak beberapa hari lalu menyiarkan gambar al-Balkimy yang berbalut teruk sehingga hanya mata, mulut dan dagu berjambang kelihatan.

Media Mesir melaporkan, al-Balkimy mendaftar masuk di sebuah hospital di sini 28 Februari lalu untuk menjalani pembedahan plastik pada hidungnya manakala pada hari berikutnya beliau mendaftar di hospital kedua, di mana doktor berkata beliau mendakwa dipukul dan dirompak. – AP

Kat Malaysia ni entah berapa banyak bohong dah yang kita dengar. Sampai bab duit rakyat berbilion RM pun masih jadi menteri lagi...tanah rezab Melayu hilang tak berganti pun banyak tapi masih jadi wakil rakyat lagi. Tak termasuk yang dok bohong orang kampung atau pengundi tentang berbagai hal.Apalagi yang dok berlakun bela Melayu bela Islam,padahal dok bela perut sendiri saja.

Di negara lain mereka sanggup TEBAS pemimpin begitu,di negara kita alahai cacamerba.TEBAS lah otak sendiri untuk mencari kebenaran bagi menjaminkan tindakan kita kearah untuk kepentingan Islam,negeri serta negara. Jangan biarkan diri kita di TEBAS oleh gulungan yang mementingkan diri sendiri atau kelompoknya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda