Isteri tinggalkan suami diberi hadiah RM30,572
NEW DELHI, India - Seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya selepas mendapati rumah keluarga lelaki itu tiada kemudahan tandas.
Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam.
Anita meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan rumah tangga di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh.
Dia mengahwini suaminya, Shivram Narre pada 13 Mei 2011
Anita, 23, meninggalkan suaminya kerana dia enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.
Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka.
Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing. - Agensi
Nah aihhh...depa ingat ni zaman tahun 50an kot..Kat negara kita kalau bini lari balik kerana bab jamban..alamat laki melompat sakan la.Apa pun jadikan ia iktibar dalam kehidupan kita. Para isteri jangan pula lari kalau terjumpa kes-kes yang remeh gini,runding baik-baik dengan keluarga tu,insyaAllah dapat diselesaikan...tiada masalah yang tak boleh diselesaikan jika semuanya berlapang dada menerima apa-apa kekurangan yang boleh dibetulkan..Jangan minta rumah banglo,kereta mewah jika suami tak mampu. Motor kapcai pun dah cukup jika saling sayang menyayangi dan amalkan "Susah senang kita bersama" insyaAllah kebahgiaan akan terpancar jua. Yang paling utama redha dengan ketentuan Illahi serta berusaha dan berdoa untuk mendapat kebahgiaan hidup didunia dan selamat sejahtera diakhirat nanti. Kalau nak berdoa tu..kena le solat yee...jangan dok berdoa atas motor atau kereta je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda