20 Mac, 2012

peniaga rugi kerana demontrasi BERSIH ?

Peniaga Pudu Sentral mengadu kerugian, tiada pelanggan


BEGINILAH keadaan gerai makan di Terminal Pudu Sentral, Kuala Lumpur yang lengang tanpa pelanggan ketika tinjauan semalam.


KUALA LUMPUR - Para peniaga di Pudu Sentral di sini mengeluh memikirkan nasib apabila bilangan pengunjung ke gerai mereka semakin berkurangan.
Keadaan itu menyebabkan pendapatan seharian tidak setimpal dengan kadar sewa yang dikatakan tinggi sehingga membebankan mereka.
Hasil tinjauan Kosmo! selama dua jam semalam juga mendapati banyak ruang niaga terutama di medan selera lengang selain terdapat puluhan gerai yang masih belum beroperasi.
Mereka yang enggan diambil gambar mendakwa, keadaan itu berlaku sejak terminal itu dinaik taraf dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tidak terus menanggung kerugian.
Nur Saleha, 40, mendakwa, dia kerugian hampir 75 peratus apabila hanya mampu menjana pendapatan sekitar RM150 sehari berbanding RM600 sebelum terminal itu dinaik taraf.
"Saya bukan menolak usaha-usaha menaik taraf terminal menjadi serba canggih tetapi lihatlah sendiri... memang lengang.
"Sewa gerai pula sudah mencecah RM900 sebulan. Itu pun setelah mengadakan empat kali rundingan dengan pihak pengurusan kerana sewa sebelum ini mencecah RM2,100 sebulan," katanya.;KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda