KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menyerahkan wang kepada suami, seorang remaja ditampar sebelum dicekik selepas lelaki terbabit datang menyerangnya di tempat kerja di sebuah kedai makan di Cheras, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, remaja berusia 18 tahun berada di kaunter, terkejut apabila suaminya muncul meminta menyerahkan wang.
Menurut sumber, mangsa kemudian memaklumkan tidak mempunyai wang kerana masih belum gaji.“Namun, suaminya enggan mempercayai dan tetap mendesak mangsa menyerahkan wang kerana dia memerlukannya.
“Mangsa kemudian meminta suaminya pulang ke rumah terlebih dahulu kerana dia masih bekerja dan tidak elok jika masalah mereka dilihat pelanggan,” katanya.
Sumber berkata, permintaan mangsa itu menyebabkan suaminya naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat sebelum bertindak menamparnya beberapa kali.
“Selepas menampar, suami mangsa kemudian terus merampas dompet mangsa sebelum mengambil wang tunai sebanyak RM60,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda