Padah langgar pagar rumah mertua
KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai emas yang dalam proses perceraian dengan isterinya dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 apabila dia melanggar pintu pagar rumah mertuanya sehingga tercabut.
Hukuman dijatuhkan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Afzainiezam Hassan, 28, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 7.30 pagi pada 25 Februari lalu.
Mengikut pertuduhan kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah bernombor 17866, Taman Semarak, Kuala Terengganu.
Dalam kejadian itu, Afzainiezam dikatakan bertindak melanggar pintu pagar rumah mertuanya dengan menggunakan sebuah kereta.
Akibat perbuatan tertuduh, pintu pagar rumah berkenaan tercabut manakala pasu bunga yang terdapat di pagar berkenaan pecah.
Jadi mangsa langgar lari
AMPANG JAYA - Seorang ahli Kelab Basikal LeTua terbunuh selepas dipercayai menjadi mangsa langgar lari dalam kemalangan di Kilometer 20.2, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Taman Melawati di sini semalam.
Kejadian pukul 7.50 pagi itu mengakibatkan Rafizi Hamdan, 37, mati di tempat kejadian selepas basikal berharga RM30,000 yang sedang dikayuhnya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Saga.
BEGINILAH keadaan basikal milik Rafizi yang maut |
Sebelum kejadian, pegawai bank CIMB di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sedang mengayuh basikal bersendirian dari rumah mertuanya di Kampung Pasir di sini ke Genting Sempah.
Di tengah perjalanan, dia kemudian telah dirempuh hingga terjatuh manakala pemandu kereta tersebut dipercayai melarikan diri sebelum membuat laporan polis.
Biras mangsa, Akmal Abu Hanif, 36, berkata, Rafizi yang menetap di Seremban datang ke rumah keluarga mertuanya pada setiap hujung minggu dan kerap menghabiskan masa lapang dengan mengayuh basikal.
"Dia ada mengajak saya mengayuh basikal tetapi tadi (semalam) saya terpaksa keluar awal (pukul 6 pagi).
"Saya hanya tahu kejadian ini selepas salah seorang daripada kumpulan basikal kami menghubungi saya memaklumkan Rafizi kemalangan," ceritanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
Tambahnya, Rafizi yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua 40 hari lalu itu memang meminati aktiviti mengayuh basikal sejak 10 tahun lalu tetapi belum pernah menyertai sebarang pertandingan. KOSMO
Padah akibat langgar dari berbagai rencah kehidupan...yang langgar berbagai peraturan bertambah ramai tak kira orang awam atau pemimpin. Kerap kali yang awam ni selalu saja kena walaupun langgar sikit-sikit atau salah kecil-kecil. Yang pemimpin langgar selalu ada alasan hingga tak boleh disaman atau diambil tindakan.Jika nak hukum pemimpin mudah je...hukum masa mengundi nanti.Kalau ada yang langgar lampu isyarat, tu mungkin kerja orang kurang waras atau tak sengaja. Jangan tendang peti undi sudah lee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda