YT henti pinjaman pelajar demonstrasi BERSIH di Mesir
2012/03/19 (Berita Harian Online)
KUALA TERENGGANU: Sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang menuntut dalam bidang perubatan dan pengajian Islam di Mesir yang dikenal pasti terbabit dengan demonstrasi BERSIH di republik itu akhir tahun lalu, ditamatkan pinjaman pengajian berkuat kuasa serta-merta mulai awal tahun ini. Semua pelajar terbabit dikatakan menyertai perhimpunan di perkarangan Kompleks Asrama Negeri YT di Hayyu Hasyrr di Kaherah, yang jelas melanggar peraturan kerana menyertai demonstrasi yang cuba mencemarkan kerajaan dan boleh menjejaskan imej yayasan itu sebagai penaja pengajian mereka.
"Kita tarik balik pinjaman (pembiayaan pengajian) selepas kemukakan surat tunjuk sebab dan dia (sembilan pelajar terbabit) didapati memberi jawapan yang tidak memuaskan.
"Antara jawapan yang diberi seperti pergi (ke tempat demonstrasi) kerana ada orang suruh dan tukar baju (pakai baju BERSIH) sedangkan kita sudah maklumkan awal-awal lagi jangan terbabit dengan perhimpunan itu," katanya selepas menyampaikan e-Book kepada 418 murid Tahun 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmd Bukit Losong, di sini, semalam.
Murid berkenaan adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Mempelam, SK Pulau Rusa, SK Paloh, SK Bukit Losong, SK Durian Burung dan SK Rengas Bekah.
Ditanya sama ada pelajar terbabit ada mengemukakan rayuan supaya menarik balik penamatan pinjaman itu, Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YT berkata, setakat ini hanya seorang pelajar bidang perubatan mengemukakan rayuan secara rasmi kepada YT dan akan dinilai sewajarnya rayuan itu.
Sementara itu, Pengarah YT Zakaria Yusof berkata, rayuan yang dikemukakan oleh pelajar perubatan itu berkaitan dengan penamatan pinjaman pengajiannya dijangka dibincang pada mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YT pada 10 April ini.
Kalau begini cara fikir pemimpin dan kakitangan kerajaan,alamat makin mundur le pemikiran rakyat 1 Malaysia ni kerana yang tercemar tu bukan kerajaan tetapi pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah. Segala hasil mahsul serta cukai yang ada didalam negara dan negeri kita disapu oleh kerajaan tak kira dari siapa pun...jika ada rakyat yang menuntut KERAJAAN sendiri supaya membuat perubahan sudah dikira MENENTANG kerajaan maka tak perlulah ada pilihan raya untuk memilih pemimpin-pemimpin bagi menerajui kerajaan.kau orang perintah le sampai kiamat..lepas engkau..anak engkau...lepas tu cucu engkau..kemudian cicit engkau disambung lagi dengan piut engkau. Itu pun kalau tak digulingkan oleh orang lain. Kerajaan Firaun pun lenyap..kerajaan Nabi Sulaiman pun tamat.Ketua Kerajaan Langit pun menghilangkan diri.dan yang kekal hanyalah kerajaan Allah Yang Maha Berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda