04 Mac, 2012

maaf boleh tapi UNDI jangan harap laa

Ucapan tu ada makna lain sama kot ?
Ucapan dengan bahasa yang berbuga-bunga presiden umno(Baru) yang juga pengerusi be end tentang kesilapan-selipan depa masa lalu. Aku tak nampak pun yang dia rasa nak bertaubat dari melakukan penyelewengan,salahguna kuasa,keborosan,menjahanamkan tulisan jawi,apalagi dalam hal berkaitan aqidah,sekolah-sekolah agama atau pondok dan berbagai lagi.Anda boleh nilai sendiri. Kalau kepada PAS dikatakan menggunakan agama untuk politik. Adakah najib tidak guna perkataan "MAAF" untuk politik ?

Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.
"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.
Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.
Bila nak bertaubat ?
"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.
"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula,".
 
Beliau berkata HANYA  BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.- Bernama
Perbandingan pada perkataan HANYA.

Allah Ta’ala berfirman:
“Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan seseorang (sesuatu) pun denganNya”. (QS: Al-Jinn 20).
Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku sekelian..TEBASlah otak kita dengan lebih cerah agar Iman kita tidak menjadi semak dan pabila terlalu semak ada yang dibakar begitu je semak tu.
Elok le jangan dibangkit-bangkitkan lagi..kes Memali,Altantuya sapa nak tanggung dan jawab ? Duit rakyat yang lesap berbilion-bilion sejak merdeka hingga kini pakai senyap le...yang rakyat nampak hangpa yang kaya melana,ramai lagi rakyat yang merayap...kami tak payah bangkit-bangkitkan la? lepas ni buat lagi minta maaf lagi..BERTAUBATnya MANA ? Orang yang minta maaf selalunya menyesal dari melakukan kesalahan atau kesilapan lalu,kemudian berazam untuk tidak melakukannya lagi dengan BERTAUBAT. Dulu pun macam tu juga...kita akan perbetulkan kesilapan kita. buat akan buat perubahan dan pembaikan.Tapi lesap juga duit negara (duit kami juga),buat juga projek mega yang gah dengan berbilion RM tapi rakyat marhaen tak dapat manfaatnya macam Menara Berkembar tu. Setakat boleh lihat sampai jatuh songkok tinggi bila dilangut keatas.
Maaf boleh la kalau nak bagi tapi UNDI maaf juga le. tetap bagi kat PR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda