Setiap kali tiba PRU negara kita,tarikh sebenarnya menjadi tandatanya semua rakyat Malaysia. Tempoh penggal ke 12 ini akan berakhir pada 07 Mac 2013. Hingga kini tarikh PRU13 masih menjadi teka teki. Begitulah majunya negara kita hinggakan tarikh penting bagi negara menjadi rahsia seolah-olah ia merupakan RAHSIA BESAR kerajaan yang boleh mengancam keselamatan negara sekiranya dimaklumkan tarikhnya seperti negara lain. Mungkin tranfomasi ini belum dibuat oleh PM atau pihak parti memerintah sehingga menjadikan para kakitangan kerajaan juga turut menjadi pusing.
Terkini,dalam kesibukan negara kita dibawah Umno(Baru) dan Be End dengan tranfomasinya,sebuah negara yang berada dibawah junta tentera telah mengumumkan bahawa PILIHAN RAYA bagi negara itu akan diadakan pada 01 April 2012. Myanmar nampaknya telah mendahului negara kita yang dicanangkan sebagai negara yang semakin maju dirantau ini. Sudahlah dalam pertandingan bola sepak pun kerapkali kita kecundang kepada pasukan Myanmar dewasa ini,kini makin ketinggalan pula kita dalam hal politik.
kalau gulungan ni berarak tanya..mungkin akan terjawab kee? |
.Berita lanjut sila kehttp://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2012/02/201223141639797384.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda