11 Mac, 2012

mama mama saya mahu kawin

Nikah jalan terbaik

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
Zarina Ann Julie
Zarina Ann Julie
DALAM kehangatan orang memperkatakan aksi panasnya yang disiarkan majalah FHM Indonesia dan perang twitter bersama penyanyi berasal Singapura, Aliff Aziz, pelakon yang sering diulit kontroversi, Zarina Ann Julie atau Zarina, 25, memberi perkhabaran baru yang pastinya cukup mengejutkan.
“Saya mahu bernikah dan ia akan berlangsung dalam waktu terdekat ini,” katanya yang mahu berkongsi cerita bersama pembaca Selebriti Metro Ahad.
Foto   

Bagaikan tidak percaya akan apa yang diperkatakan kerana sebelum ini tidak pernah pula timbul cerita gadis berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini sedang asyik menyulam cinta.

Paling akhir apabila dia dikatakan didekati Aliff tetapi entah di mana silapnya, ia menimbulkan ‘ribut’ antara mereka apabila berlaku perang twitter selepas jejaka yang popular menerusi lagu Sayang-Sayang itu menafikan pernah keluar dengan Zarina.

“Maaf, cerita saya dan Aliff sudah ketinggalan. Saya tidak mahu lagi ambil pusing mengenainya. Biarkanlah dia. Apa yang penting, amaran sudah diberikan.
Sekiranya dia membuka mulut mengenainya lagi saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Zarina menjelaskan, sekarang ini dia mahu memberikan tumpuan kepada urusan pernikahan yang sedang rancak dilakukan. Apatah lagi kebelakangan ini, perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid di Ipoh dan Ular terbitan KRU Studios.

“Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan dibuat ini, saya tidak lagi dikaitkan de­ngan kontroversi yang boleh mengaibkan. Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi,” katanya.
Foto
Bercerita mengenai siapakah jejaka yang berjaya bertakhta di hatinya itu, Zarina bagaimanapun enggan mendedahkan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Cukuplah sekiranya saya katakan dia kenalan lama. Perkenalan kami bermula sebagai rakan perniagaan. Jujur saya katakan, antara kami tidak ada perasaan cinta, tetapi saya percaya ia akan datang selepas kami bernikah.

“Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami.
Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum. Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang dengki menyebarkan pelbagai cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda