05 Mac, 2012

tudia aiihhh...dia ni mimpi ka pening

Perbalahan pemimpin bukti kegagalan Pas tadbir Kedah

05/03/2012 12:22pm

KUALA LUMPUR 5 Mac - Perbalahan yang berlaku di kalangan pemimpin Pas Kedah termasuk Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan kegagalan pentadbiran parti itu dan langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, selama empat tahun mentadbir Kedah, Pas telah membuktikan bahawa mereka gagal membangunkan negeri berkenaan seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
dgn kereta bugati...nak terkencing kena cari tandas juga
"Kemelut yang berlaku di Kedah membuktikan bahawa Pas sememangnya gagal mentadbir negeri berkenaan. Selain itu kita lihat tiada pembangunan di Kedah selama empat tahun pentadbiran Pas, ia langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat negeri itu," katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pentadbiran Korporat Keempat di sini hari ini. - UTUSAN

Tiada pembangunan di Kedah selama 4 tahun..awat jadi macam tu..yg aku dengar dan baca antaranya :.

Hasil Balak Kedah : tahun sebelum 2008 RM 8 juta ...tahun 2011 RM 80 juta

KUALA KETIL, 5 Mei – Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kampung Pantai Chicar, di sini dalam Daerah Baling kini giat dibangunkan mengikut jadual.
Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, tapak kampus berkenaan berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewan-dewan kuliah.
“Asrama pula akan didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan ke tapak pembinaan kampus tetap KUIN di sini.
Menurutnya, pembinaan kampus tetap ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan mampu menampung seramai 10,000 penuntut.

ciluk dari org lain takpa kot..jgn marah noo..nak bagitau orang lain je
Dia ni manyau ka..mimpi ka atau pening...ooo patut pun sebab dok tidoq lena kat rumah dia yang indah ni.
dia mau projek macam ni kaa...kat kola Kedah tu RM 23 juta..banyak manfaat utk rakyat.sampai takdak sapa dok guna dulu....sebelum pru 12 ada setinggan disana yang dapat sorang sepintu utk jadikan tempat tinggal depa kot..
Aku bagi 2 contoh tu pun cukup kot..manfaat atau tidak untuk rakyat Kedah ni..Baru 4 tahun ja..kalau 50 tahun perintah macam umno be end...agak-agak hangpa boleh jadi miskin dan bodoh semua ka rakyat Kedah. Dalam dok berbalah ka apa ka..tak dengaq lagi pemimpin depa TEBAS duit rakyat.


Pakat TEBAS otak sendiri la..jangan dok ikut cakap puak yang suka bermimpi ni saja..atau kira dok angguk-angguk ja..jangan tengok dalam ruangan yang sempit..takut jadi macam dok dalam jamban ja..last-last nampak anu sendiri..hahahha baru kata padan muka aku.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda