05 Mac, 2012

Balochistan...awas jika tongkang pecah yu kenyang.

Konflik di Asia Barat dan Laut Arab semakin meruncing. Syria masih lagi bergolak hebat diantara tuntutan rakyat dengan pemerintah. Iraq masih belum stabil sebagaimana yang diharapkan selepas  dihancurkan oleh Amerika dan sekutunya. Begitu juga di Afghanistan yang masih berpecah dan berperang angkara campurtangan Amerika juga.
Masalah penguasaan Selat Hormuz semakin memberi tekanan kepada dunia barat. Iran dengan kekuatan yang ada masih menguasai selat ini dan menyebabkan rancangan Amerika masih terbantut. Hasil minyak dan gas yang merupakan sasaran pengawalan Amerika untuk menguasai dunia dilihat masih tersekat oleh keberanian Iran.

Dalam kesibukan kita meneliti konflik di rantau ini,pihak Amerika sedang merancang bagi membantu penubuhan sebuah lagi negara.Isu-isu tentang kekejaman pemerintah di dunia Arab sedang didendangkan oleh media-media barat.Serangan-serangan provokasi  minda terus dilakukan bagi memporak perandakan negara dirantau teluk. Pemerhati politik melihat ia adalah sebahagian dari rancangan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat dunia terutama umat Islam dari melihat usaha Amerika untuk menjadi pemerintah dunia.
Sejak beberapa bulan yang lalu, sudah terdapat suara-suara dari Amerika untuk membantu puak Baluchistan yang tinggal diantara Pakistan dan Iran bagi menubuhkan sebuah negara. Amerika sedang berusaha kearah tersebut sebagai alternatif bagi menguasai selat Hormuz untuk kepentingannya.
Seandainya ia berjaya dalam usaha ini,maka penjajah moden ini akan mengukuhkan penjajahannya di laut Arab dan seterusnya pintu keluar masuk Selat Hormuz dan ia akan berada disegenap penjuru dunia bagi mengawasi negara-negara lain.
Semakin hari semakin genting.Ancaman terhadap Islam dan umatnya semakn hebat. Awas..jika tongkang pecah yu akan kenyang..TEBASlah minda kita..mantapkan aqidah kita..teguhkan iman kita..Kuatkan saf kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda