Selepas beberapa minggu isu di Kedah berada dipersada berita, baru semalam pemimpin tinggi umno(Baru) mula menjampok.Sebelum ini hanya pemimpin cebisan mereka sahaja yang berani bersuara cuba mengambil kesempatan atas isu ini. Itu pun dalam keadaan berani berani takut kerana mereka sendiri yang lebih berkecamuk dan cempera atau menghadapi krisis kepupusan kepimpinan terutama di Kedah sendiri.Kepimpinan veteran mereka di Kedah mula terasa dicabar oleh gulungan muda dan antara yang dibualkan oleh akar umbi umno(Baru) adalah Mukhriz Mahathir.
Semalam bersuaralah Timbalan Presiden Umno(Baru) tentang isu di Kedah sebagaimana yang disiarkan melalui akhbar Sinar :
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin Pas sendiri tidak yakin Azizan boleh mentadbir dengan baik kerana krisis di negeri itu masih belum selesai.
“ Dia (PAS Pusat) tidak yakin dengan Menteri Besar, kerana di Johor, kita tidak ada jawatankuasa pemantau kerana dalam perlembagaan di peringkat negeri kuasa diberi kepada MB, ini memberi gambaran krisis disana belum selesai.
“Tugas Azizan lebih mencabar dan pemimpin PAS sendiri tidak yakin beliau boleh mentadbir negeri dengan baik, jadi adakan jawatankuasa, tapi apa bidang jawatan kuasa, yang mungkin boleh mencampuri urusan MB, saya tidak tahu,” katanya selepas Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan Perasmian Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, dekat sini, hari ini.
Nampak gayanya ulasan Timbalan Presiden Umno(baru) ni pun macam kurang yakin je..nak tojoh kuat-kuat takut terkena pintu almari misteri yang usang dan bertaburan jatuh kain baju masalah dalaman sendiri. Manakan tidak jika dilihat kepada pergerakan antara kedua-dua pemimpin tertinggi Umno(Baru) ni. Ia kelihatan seolah-olah kedua-duanya tidak yakin sesama sendiri bagi memperkukuhkan kuasa umno(Baru) Be End dalam situasi rakyat yang semakin bermaklumat. Selepas Timbalan ke suatu negeri Presidennya pula turut kesana atau selepas Presidennya ke situ Timbalannya pula yang menyusul.Mereka kelihatan bersaing sesama sendiri dalam mencari pengaruh dalam persiapan menghadapi Perhimpunan Agung Tahunan Umno(Baru) tahun ini yang dirasakan akan mempunyai agenda pemilihan barisan kepimpinan setelah ditangguhkan beberapa kali sebelum ini.
Generasi Y Umno(Baru) pula dilihat sedang memerhati tindak tanduk pemimpin tertinggi mereka ini.Cakap-cakap politik di ceruk kampung mula kedengaran tentang perebutan jawatan didalam Umno(Baru) kali ini.Kepada mereka ia merupakan musim durian runtuh. Inilah masa untuk mereka meletak harga secara timbangan berat atau secara borong mengikut bakul disamping ada juga yang meletakkan harga sebiji-sebiji. Tetapi sebelum dapat durian tu nak kena TEBAS le dulu semak samun didusun..kan itu adat berdusun durian.
Dalam gegak gempita paluan gendang perang oleh Presiden dan Timbalan Presiden mengemis sokongan rakyat dan ahli sendiri,tiba-tiba suara Naib-Naib Presiden mereka tidak kedengaran seolah-olah menyepi diri.
Hai ada apa-apa ka..ehemmm.ehemmm..Zahid kemana? Hishamuddin pula dimana? Shafie ?
Hahaha mungkin mereka sedang menunggu musim daun getah luruh.Bila daun sudah berguguran maka nampaklah segala ranting dan dahan dengan lebih jelas. Semasa itu jugalah akan nampak dahan dan ranting mana yang sudah reput. Ranting kecil akan jatuh ditiup angin tapi dahan yang besar perlu dipangkas segera takut nanti akan jatuh menimpa pangkalnya sekali dan alamat cederalah pokok dan lambatlah pula untuk sembuh dan ditoreh bagi mendapatkan susunya. Tapi susu tu pun bergetah.
TEBAS jangan tak TEBAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda