09 April, 2012

Auta Zahid Fakta ?


Pakatan tiada modal tangkis fakta, kata Zahid

8 April 2012
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Pakatan Rakyat (PR) akan terus perangkap pemimpin Umno dengan membangkitkan isu sensitif kerana mereka telah ketandusan modal untuk menangkis segala fakta yang dibangkitkan pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu, kata Naib Presidennya  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Oleh itu, beliau berkata, pemimpin Umno di peringkat cawangan dan bahagian harus bersiap siaga dengan tindakan pihak pembangkang itu yang menjerat rakyat agar tidak menyokong kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Untuk menangkis tohmahan pembangkang, Umno harus mencari fakta dan bahan-bahan untuk menjawab segala tuduhan tidak berasas dari pembangkang yang sengaja mencari isu-isu baru," kata beliau dipetik Bernama.
Dibawah ni nak dipanggil auta kaa..

Bab Tanah Rezab Melayu

·                     Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar (1995)
·                     22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung
·                     200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas
·                     9 Ribu hektar Rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada Bukan Rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja diganti
·                     Pada tahun 1990 seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
·                     Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambil alih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ
·                     26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk New Town Ship
·                     300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan
·                     1993, sebanyak 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kolam udang
·                     Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi diambil alih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar
·                     217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserah kepada Singapura
·                     Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun
Ni.bab di Kedah selepas PR menerajuinya apabila Umno(Baru) Be End kalah PRU 12 yang lalu.

1. Bantuan kafalah RM500
2. Penurunan cukai tanah hingga ke 75%
3. Bantuan sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah cina
4. Peruntukan untuk kaum bukan melayu untuk aktiviti kebudayaan mereka
5. Pengurangan elaun lembaga pengarah GLC dari RM7 juta setahun ke RM2 juta setahun
6. GLC menyumbang sehingga RM100 juta kepada kerajaan negeri
7. Bantuan kepada pelajar IPT dari RM200 hingga RM400
8. KENAIKAN HASIL BALAK DARI RM8 JUTA SETAHUN PADA TAHUN 2007 SEHINGGA
    RM80 SETAHUN PADA TAHUN 2011. 
9. Peningkatan pelaburan di KHTP dari purata RM1.6 billion setahun ( masa zaman UMNO )  hingga
    RM2.57  billion setahun  dan peningkatan sehingga RM6 billion pada penghujung tahun 2011.
10. Ladang rakyat....hasil produk pertanian orang kampung dikormesialkan.

Gambar ni dikira bukan fakta kot

depa ni dok belajar cara solat kot ?
Aku amat setuju dengan Zahid kali ni...elok le para juak-juak umno(Baru) dok sediakan fakta untuk berdebat dengan kami supaya rakyat jelata dapat menilainya....ni dok kira dengan fakta kes seks yang tak ketahuan punca dan tak terbukti pun. Bila dah ada fakta baru la orang boleh TEBAS otak nak buat perbandingan kemudian nak buat pilihan masa mengundi nanti. Aku tetap PAS / PR je..Asalkan Bukan Umno Be End aku pangkah je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda