BUTTERWORTH - Jalur Tiga (Jati) akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi salah satu subjek wajib lulus dalam peperiksaan sebagaimana subjek wajib lulus yang lain.

Presidennya, Datuk Dr Hasan Ali berkata, permintaan itu dibuat atas rasa tanggungjawab terhadap Islam dan bukan kerana bersikap perkauman atau cauvinis semata-mata.

"Jati juga mahu mata pelajaran Pendidikan Islam dijadikan subjek wajib lulus kepada pelajar Islam dalam peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).  

"Bagaimanapun memorandum itu akan diserahkan selepas Jati berjaya mengumpulkan seramai 500,000 ahlinya dan kita yakin mampu memperoleh jumlah berkenaan menjelang enam bulan akan datang," katanya semasa menyampaikan ceramah Selamatkan Akidah anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) Pulau Pinang di Bukit Jelutong, Permatang Pasir dekat sini, malam tadi
.BACA SINI LAA APA YG DIA DOK MERAPU LAGI
Buat la Tok San oii...manatau kot-kot kerajaan Malaysia bawah Umno(Baru) Be End ni terima desakan tu. Cuma nak habaq juga la..yang PAS dok desak bab ni dah berpuluh tahun lalu lagi,tapi otak pemimpin kerajaan kita ni masih otak umporno dan hingga saat ini depa hanya dok sibuk bab lain je yang lebih. Sebab tu juga le PAS dan rakan-rakan dalam PR mesti kena tawan Putrajaya bagi membolehkan banyak perkara asas kehidupan kita dapat diperbetulkan termasuk bab Islam ni.