28 April, 2012

BERSIH 3.0..berita terkini


KUALA LUMPUR: Menurut twitter PDRM, jumlah keseluruhan peserta himpunan Bersih 3.0 yang ditahan adalah 388 dan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).


 
Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim. .
Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.


Polis lepas gas pemedih mata, meriam air 
2012/04/28

KUALA LUMPUR: Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kira-kira jam 3 petang apabila sebahagian besar peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mula bertindak liar merempuh hadangan di sekitar Dataran Merdeka, sebentar tadi.
Gas pemedih mata dan meriam air dilepas jam 3 petang, diikuti sekali lagi pada jam 3.05 petang.
Peserta perhimpunan kemudiannya lari ke beberapa bangunan di sekitar Jalan Raja Laut termasuk Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Beberapa peserta perhimpunan kelihatan ditahan pihak berkuasa.
 Berita Harian Online

388 peserta Bersih 3.0 ditahan

Harakahdaily,
28 Apr 2012
(Gambar: Antara peserta yang ditahan)
Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau.
Selain itu, turut ditahan bersama adalh Pengerusi Solidaririti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin bersma dua rakannya yang lain.
Kesemua mereka sebelum itu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis.

Di dalam trak itu, ramai antara mereka yang cedera dan berdarah.
Ust. Azizan Hamzah pun kena tahan juga...takbir

2 peserta Bersih cedera parah dirawat di HKL

Harakahdaily,
28 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.
 
(Haji Habizal [kiri] dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL)
Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.

Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL.

Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera  akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.

Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL.

Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.

Mereka ditempatkan di wad bersebelahan dengan wad kecemasan dan tidak dibenarkan orang awam melawatnya.

Nik Aziz ucap tahniah kepada peserta Bersih 3.0

Rizal Tahir,
28 Apr 2012
 
KOTA BHARU, 28 April:Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berjaya menyertai Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala  Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Melbourne, Makkah, Madinah, Mesir turut menganjurkan bersih di tempat masing-masing.

“Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” ujarnya.

Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa di negara ini turut berhimpun untuk menjayakan Bersih 3.0.

Katanya, mereka hadir beramai-ramai bukan atas bangsa, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan tuntutan Bersih 3.0 yang ternyata telah berjaya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.

Katanya, sekiranya Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj masih hidup, sudah tentu allahyarham akan menyokong tuntutan Bersih kerana menyedari ketidakadilan banyak berlaku dalam SPR.

“Lagipun sebelum ini allahyarham turut menyokong perjuangan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), kerana menyedari perjuangan Umno kini sudah menyimpang dari perjuangan sebenar,” ujarnya.

Tahniah dan syabas kepada semua...moga-moga luahan rasa ini akan menyedarkan pemimpin negara yang bongkak itu..Saluran yang kami gunakan melalui Wakil Rakyat yang kami pilih tak didengar..sekarang kami sendiri yang suarakan..TEBAS semua pemimpin yang korup..sombong..bongkak dan tak bermaruah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda