29 April, 2012

depa buat tak jadi bankrup aihh..

Bersih 3.0 telah berlalu semalam dengan berbagai insiden dan kenangan disemua pihak. Media masa pengampu dan pihak pemerintah telah mengherdik rakyat yang telah turun menyuarakan rasa terhadap proses pilihan raya yang perlu di BERSIHkan sebagaimana tuntutan yang diketengahkan sebelum ini. Pihak media pengampu dengan berbagai tajuk yang menggambarkan secara negatif terhadap sebilangan rakyat negara sendiri amatlah kurang cerdik. Mereka yang terlibat dengan gerak kerja pilihan raya pasti lebih mengetahui tentang apa yang disuarakan. Kenyataan dan sangkalan yang dibuat oleh pihak SPR juga tidak menggambarkan taraf profesionalism yang tinggi serta tidak menggambarkan tranfomasi yang sebenar untuk membawa negara ini kearah negara maju yang diidamkan oleh mereka.
Tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat yang mempunyai kesedaran politik dan demokrasi yang tinggi..perjuangan perlu diteruskan biarpun onak dan duri perlu ditempuhi. Tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Keadilan untuk semua perlu diperjuangkan, "Patah sayap bertongkatkan paruh,namun terbang ku terbang jua", inilah semangat yang perlu ada kepada setiap insan yang mahukan keadilan dan ketelusan.


Ketika BERSIH 3.0 berlangsung, Presiden Umno yang juga PM Malaysia terus dengan Jelajah Janji di Tepatinya...maka pastinya berjuta RM lagi wang negara akan terbang melayang untuk program bagi kepentingan politik umno be end. Janji ditabur lagi seolah-olah janji lama sejak lebih 50 tahun merdeka telah habis ditepati. Masih banyak tempat dan ramai lagi rakyat yang terpinggir dari menerima nikmat kemerdekaan dan kekayaan negara. Sekarang mulalah para pemimpin umno be end sibuk dengan berbagai janji untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi serta prasarana rakyat disegenap ceruk negara. Mengikut sejarah yang ada masih banyak janji selama lebih 50 tahun memerintah negara ini belum terlaksana. DEB bungkus begitu saja, dan tidak mencapai tahap yang diidamkan setelah lebih 30 tahun dilancarkan. Kes PERWAJA yang melibatkan  wang berbillion RM terus berkubur dan rakyat terus kebulur setelah kilangnya mungkin sudah terlebur pemilikannya.


KLCC dibanggakan tetapi rakyat hanya terlangut melihat ketinggiannya. Litar Sepang bergema tetapi rakyat masih berlitarkan jalanraya.kenapa ? sudah pasti ada yang tidak kena dengan dasar dan perlaksaannya.


Hebat sungguh bangunan peniaga tengah KL nii..
Terkini, Najib meneruskan kesinambungan budaya umno yang semakin be end, berjanji lagi..mungkin BR1M akan diteruskan..umpama BERSIH 1,2 dan 3. Dengan BODOHNYA mereka berbangga mengumumkan bahawa tindakan mereka telah berjaya memberi manfaat kepada rakyat dengan berbagai imbuhan sekarang. Ni petikan ucapan najibtuya di Sarawak


 "Pelaksanaan BR1M sebelum ini memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah yang layak di seluruh negara. “Pembangkang dakwa kita pinjam duit Bank Dunia untuk BR1M dan ternyata pembangkang bercakap tidak benar kerana mereka tidak dapat menunjukkan bukti,” katanya.

Selain BR1M, katanya, lebih 5.3 juta murid sekolah menerima RM100, selain 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi, Tingkatan Enam dan matrikulasi memperoleh baucer buku bernilai RM200.

Najib berkata, pelbagai faktor menyumbang kepada keupayaan negara memulangkan manfaat kepada rakyat, antaranya kutipan hasil meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun iaitu RM26 bilion antara 2010 hingga 2011 dan peningkatan pelaburan asing dan swasta mencecah RM120 bilion.

Selain itu, beliau berkata, menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), pelbagai manfaat diperoleh, termasuk lonjakan pendapatan per kapita negara yang meningkat sehingga AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion) berbanding AS$7 bilion (RM21.3 bilion) sebelum ini.

4.2 juta x 100 bahagi 28 juta orang rakyat = bermakna 15 % rakyat Malaysia yang berada didalam kemiskinan..yang lain pakat-pakat TEBAS otak sendiri le kira..

Jika pihak Pakatan Rakyat berjanji untuk memberi berbagai kemudahan kepada rakyat,maka heboh dikatakan akan bankrup negara kita...Ni dengan cara yang depa dok tabur ni nak kira macamana pula ?..Kalau depa kata sesuai dengan pendapatan negara..masakan tidak jika PR yang memerintah selepas ini ? Sudah pasti PR mempunyai kaedah dan pengiraan yang berbeza dari umno be end dalam usaha membela rakyat. Belum cuba belum tahu..ni dah lebih 50 tahun dok gitu juga caranya.Ubah-ubah le...mungkin yang baru ni lebih baik dari yang lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda