17 April, 2012

dalam semak pun jadi..


'Wang punca kurang seks'

HONG KONG: Pakar seks menggesa rakyat Hong Hong supaya meninggalkan reputasi sebagai golongan paling kurang aktif seks di Asia, dengan menikmati lebih kehidupan seks mereka dan mengatasi cabaran tinggal di bandaraya yang sempit.

"Orang mengatakan bahawa rakyat Hong Kong paling kurang pengetahuan mengenai seks di dunia. 
“Satu daripada puncanya ialah mereka tidak mempunyai tempat untuk melakukan hubungan seks,” kata pengarah bersekutu di Institut Keluarga Universiti Hong Kong, Profesor Emil Ng.Tekanan kewangan, mentaliti kepada kerjaya dan ruang terhad dilihat punca utama kepada kadar kesuburan yang disifatkan paling rendah di dunia dengan 1.04 kelahiran bagi setiap wanita, berdasarkan kepada Bank Dunia.

Ng percaya faktor lain yang menyebabkan seks terhad di kalangan penduduk Hong Kong disebabkan harga hartanah yang tinggi.

Penduduk muda Hong Kong biasanya tinggal di rumah sehingga usia mereka 20-an atau 30-an kerana mereka tidak mampu berkahwin dan berpindah lebih awal, menyebabkan ramai terpaksa tinggal dengan ibu bapa mereka di pangsapuri yang kecil.

“Hong Kong terlalu sesak dan kurang privasi untuk mereka menjalinkan hubungan intim,” kata Ng, yang menganjurkan Festival Kebudayaan Seks Hong Kong ke-5 yang berlangsung bulan lalu.
Festival itu turut disertai Persatuan Perancangan Keluarga Hong Kong dan Persatuan Pendidikan Seks Hong Kong bertujuan menggalakkan pandangan liberal mengenai seks dalam masyarakat konservatif di bandaraya selatan China itu.

Ekspo tahun ini yang disifatkan sebagai pameran perdagangan terbesar sepanjang sembilan tahun bagi industri dewasa menarik beribu pengunjung, lapor South China Morning Post.

Pasangan Hong Kong dilaporkan mengadakan hubungan seksual kurang dua kali seminggu, berdasarkan satu kajian pada 2011 yang disiarkan oleh Kolej Komuniti, City University.

Kajian membabitkan hampir 1,000 orang dewasa berusia 36 hingga 80 menunjukkan bahawa lelaki lebih berpuas hati dengan menjalinkan hubungan seks pada purata 1.9 kali seminggu, manakala 1.6 kali bagi wanita.

Ia berbanding dengan kadar tertinggi lebih tiga kali seminggu di Greece, lebih dua kali di India dan kurang sekali seminggu di Jepun, kata pengeluar kondom British, Durex di mana kajian mereka pada 2008 menunjukkan penduduk Hong Kong berada di tangga ketiga terendah di dunia dalam keyakinan seks. – AFP

Bila semua tempat dah di TEBAS jadikan hutan batu,ada berbilik-bilik pun masih tiada tempat lagi utk mereka. Di negara kita ni banyak pula tempat untuk melampiaskan nafsu. Dalam semak,celah lorong,dalam kereta, atas motor kapcai pun jadi...hinggakan sekarang bayi yang baru lahir dibuang merata-rata seumpama kertas tisu. Sampah pun dimasukkan kedalam tongnya.Betapa teruknya kita ni..apa pun jika dilaksanakan apa yang Allah perintahkan pasti akan berbeza natijahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda