04 April, 2012

Kemelut Kedah : Ribut Dalam Kelambu La Pula

Isu kemelut PAS Kedah sudah semakin lenyap dengan upacara mengangkat sumpah jawatan 2 Exco yang akan berlangsung esok.PAS Kedah menjadi semakin matang dan mantap dengan kemelut yang berlalu itu. Ahli-ahli PAS Kedah sudah bijak menilai dalam menentukan halatuju parti bagi menggantikan Umno(Baru) untuk berkhidmat kepada rakyat Kedah.

kalau kena ribut gini...lingkup
Bagi menghadapi PRU 13 nanti,PAS Kedah sudah tidak memandang kebelakang lagi. Siapa saja yang bakal dicalonkan samada yang baru atau yang lama,kepentingan jamaah yang diutamakan. Persiapan untuk PRU 13 ini semakin rancak disemua cawangan,samada PRU ini diadakan dalam masa terdekat atau pun pada tahun 2013 nanti. Ahli PAS Kedah sedia menghadapinya bak kata "Membujur lalu melintang patah". Umno(Baru) perlu ditalkinkan disemua kerusi DUN atau Parlimen. Umno(baru) serta gerombolannya akan Be End. Demikian tekad dan semangat ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ribut didalam cawan berlalu sudah,seringkali ribut ini tidak menyebabkan cawan menjadi  retak dan pecah walaupun sedikit kopi terpercik keluar melelehi cawan dan mengotorkan piring. Itulah lumrah kehidupan, kopi terus diminum,cawan dan piring pasti dicuci oleh tuannya.Bak kata TGNA "Sampan berlalu kiambang bertaut",maka itulah kelebihan PAS jika dibandingkan dengan Umno(Baru) Be End.

Kini episod RIBUT didalam Umno(Baru) pula semakin mengganas.Ribut yang sering berlaku didalam Umno bukan seperti Ribut didalam PAS. Kemelut Umno(Baru) Be End umpama Ribut Dalam Kelambu..Andaikata berlaku ribut ini pasti tempat tidur menjadi selerak dan tali kelambu pun putus.  Kadangkala ada katil yang patah dan kelambu menjadi rabak.

Semakin hampir menjengah PRU 13, Umno(Baru) Kedah kian bergoyang lantaran ribut yang diwarisi sendiri. Dato' Syed Sobri yang merupakan ADUN Kuala Nerang telah mengisytiharkan dirinya sendiri muflis setelah gagal menjejaskan hutang pinjaman yang berbaki sebanyak RM 8 juta. Maka akan kosonglah kerusi DUN tersebut dan mengurangkan juga jumlah kerusi Umno(Baru) Be End sendiri. Rancangan Allah siapa yang tahu ? "Jadi" kata Allah maka itulah yang terjadi.

Apabila lubuk sudah tiada rajanya,tentunya ada kaloi-kaloi lain akan merebut untuk menguasainya.Pastinya ramai kaloi jantan akan bertarung untuk menjadi raja lubuk tersebut. Akan berkocak air dilubuk dan kadangkala akan menjadi keruh hasil dari pertarungan kaloi. Pertarungan ini kadangkala akan membawa maut kepada kaloi yang kalah atau setidak-tidaknya pun akan luka atau pecah mulut juga sebelum yang kalah melarikan diri.

Pertarungan kaloi ini sudah semakin sengit dengan perebutan bakal-bakal calon Umno(baru) Kedah untuk PRU 13 nanti. Dalam satu kenyataan,Raja Kaloi Kedah telah berkata
"Umno Kedah turut menyenaraikan beberapa nama individu terdiri daripada golongan profesional sebagai calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU13).Kebanyakan golongan profesional yang disenaraikan itu adalah doktor perubatan, peguam dan ahli perniagaan. Menurutnya, boleh dikatakan hampir semua bahagian sudah menghantar cadangan senarai calon yang dirasakan layak untuk bertanding di kawasan masing-masing kepada Umno Pusat dan salinan kepada Umno negeri.
“Namun terdapat dua bahagian belum berbuat demikian iaitu Sungai Petani dan  Padang Serai. Pengurusan kedua-dua bahagian berkenaan sehingga kini masih di bawah seliaan Umno negeri.

Hah..rupa-rupanya Kaloi yang berlaga didalam air menyebabkan RIBUT DALAM KELAMBU Umno(Baru) masih berpanjangan. Sudah hampir 3 tahun masih terdapat 2 bahagian Umno berada dibawah seliaan Umno(Baru) negeri. Ini lagi teruk dari ribut dalam cawan PAS. Jelaslah menunjukkan bahawa Umno(Baru) tidak mampu menyelesaikan kemelut mereka sendiri,apalagi nak diharapkan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Patut pun negeri Kedah selama 50 tahun berada dibawah pemerintahan Umno Be End, hutangnya makin meningkat dari tahun kesetahun hingga mencecah sekitar RM 2b. Mereka asyik bertarung sesama sendiri hingga lupa menunaikan kewajipan kepada rakyat. 
Mungkin falsafah diatas yang digunapakai dalam mentadbir negeri Kedah ini,dimana hutang-hutang yang dibuat juga mungkin untuk projek mengubati luka pertarungan kaloi atau untuk membeli kelambu serta katil baru bagi menggantikan yang rabak dan patah.
Kalau nak nampak kaloi berlaga,kena TEBAS semak dilubuk atau ditelaga supaya menjadi cerah permukaan air tu. Kalau dibiarkan semak,tak nampaklah kelibat kaloi berlaga dan kalau nak melihat kena le duduk ditebing lubuk atau telaga bukan masuk dalam air bersama kaloi tu. 
Jika nak tau betapa teruknya Ribut Dalam kelambu ni,kena turun dari katil dan duduk diluar kelambu,baru boleh nampak. Lepas tu kena TEBAS minda juga untuk membandingkan mana yang lebih nyaman antara Ribut Dalam Cawan dengan Ribut Dalam Kelambu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda