01 April, 2012

PhD tipu pula..projek tipu tak ada kee ?

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Didakwa Miliki PhD Palsu
Yap Sin Tian
PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian didakwa membeli ijazah kedoktoran (PhD) palsu di Internet.
Penulis blog ‘Stop The Lies’ mendakwa dia mempunyai cukup bukti bahawa Yap membeli ijazah tersebut dan beliau telah memperdaya ramai pihak terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan Cina di negara ini.
"Dalam tempoh beberapa tahun beliau (Yap) telah memperdaya orang ramai termasuk beberapa ahli kumpulan pendidikan Cina berhubung kelayakannya yang palsu.
"Beliau dengan bangga telah mempamerkan resumenya di laman web, Oriental Strategy Research Centre yang di mana beliau juga merupakan pengarah di sana,” kata penulis blog tersebut dalam entri terbarunya, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, penulis tersebut berkata Yap didakwa mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Southern Cross, Australia pada 1999.
Baca lanjut kat SINI

Mai kok tu pulak...ijazah tipu...Manusia ni bermacam ragam.Mana yang betulnya ?  Kita tunggu je jawapan atau siasatan oleh pihak berkenaan. Dulu Boon Siew tak pandai menulis pun, dapat jadi konglomengrat motorsikal terbesar di negara kita. Kalau tak silap aku,dulu pernah dengar ada juga pak menteri yang dapat kelulusan dari Universiti tapi tak pernah hadir ngaji kat situ pun... Pakat-pakat TEBAS minda sendiri le.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda