29 Mac, 2012

kemelut Syria : negara makin gawat rakyat makin parah

Mengikut berita dari berbagai sumber menyatakan bahawa suasana di negara Timur Tengah ini semakin parah. Semalam pihak tentera Syria telah melancarkan serangan bertalu-talu keatas kedudukan pihak tentera pembangkang atau penentang, sementara itu Bos PBB Ban Ki-moon telah mendesak Presiden Bashar Assad untuk melaksanakan segera 6 perkara Plan damai yang disyorkan oleh PBB.
serpihan bom dibandar Homs
Beberapa negara besar juga turut mendesak supaya Bashar Assad mengambil langkah menghentikan pertelingkahan bersenjata yang kini telah menyebabkan ribuan rakyat Syria terbunuh.

Walaubagaimanapun mengikut sumber berita lain pula menyatakan bahawa Bashar masih engkar kepada plan Damai yang disyorkan dan menolak sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak Liga Arab mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Syria. Sementara itu juga, Bashar Assad terus berusaha mendapatkan sokongan dari kalangan rakyat dengan membuat lawatan kebeberapa kawasan penyokong beliau.
Bashar sedang bertemu dengan tenteranya
Bashar terus menyalahkan pihak penentang yang dituduhnya mendapat bantuan militan asing untuk menentang beliau dan mendakwa pihak penentang telah membunuh seramai 3,000 orang tentera Syria.

 Sementara itu, pertempuran terus merebak hingga ke Lubnan dimana pihak tentera Syria terus mengejar para penentang yang didakwa mereka telah memasuki Lubnan sebagai pelarian. Penduduk tempatan disempadan Syria-Lubnan mendakwa pihak tentera Syria telah menduduki antara 200-500 meter didalam wilayah Lubnan.

 Bilakah kemelut ini akan berakhir ? Negara menjadi semakin gawat dan rakyat menjadi semakin parah. Kenapa ia harus terjadi ? Semuanya kerana mungkin ada pemimpin yang merasakan bahawa negara yang diperintahnya itu miliknya...Hanya aku seorang saja yang mampu memerintahnya..hanya aku seorang saja yang pandai.Fahaman aku saja yang mesti diikuti dan dipatuhi oleh rakyat. Atau mungkin kerana sebab lain ? Bagi sesetengah orang akan berkata inilah yang dipanggilkan orang GILA KUASA. Jadi TEBAS lah minda sendiri,dengar dari banyak pihak,lihat dari banyak sudut dan ambillah keputusan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda