29 Mac, 2012

politik orang...politik kita.

Itali Sita AS$1.5 Bilion Aset Keluarga Muammar Gaddafi 
 
ROM: Jabatan kewangan polis Itali mengumumkan penyitaan aset bernilai lebih daripada 1.1 bilion euro (AS$1.5 bilion milik keluarga bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, pada Khamis.
Aset itu disita susulan permohonan yang dilakukan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, yang mana ketika ini sedang menunggu proses ekstradisi anak Gaddafi, Seif al-Islam daripada kerajaan Libya.
Antara aset yang disita termasuk saham kumpulan perbankan terbesar Itali, UniCredit; syarikat minyak, ENI; pengeluar kereta, Fiat; kelab bola sepak, Juventus; bangunan di Rom; 60.7 hektar tanah di Pulau Pantelleria dan dua kereta. - AFP 
  
Polis sokong penunjuk perasaan

MEDAN: Beratus-ratus anggota polis yang mengawal Pejabat Gabenor Sumatera Utara di Jalan Imam Bonjol, turut bersorak dan bertepuk tangan ketika berdepan dengan penunjuk perasaan yang membantah kenaikan harga minyak, semalam.
Ia menjadikan suasana yang sepatutnya tegang, gamat.

Kejadian itu berlaku ketika mereka cuba menenangkan kira-kira 50 penunjuk perasaan yang menamakan diri mereka Perpaduan Mahasiswa dan Penduduk Sumatera Utara Menolak Kenaikan Harga Minyak.
Anggota polis turut menyanyi lagu Indonesia Raya bersama penunjuk perasaan sambil bertepuk tangan.

“Pemerintah tidak peduli dengan nasib rakyat biasa, betul tak kawan-kawan?” teriak seorang penunjuk perasaan.

“Betul!” jawab penunjuk perasaan lain serta 200 anggota polis terbabit. - Agensi

Bekas MD IMF didakwa terlibat sindiket pelacuran
Dominique Strauss-Kahn
PARIS - Bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn berhadapan dengan tuduhan terlibat dalam rangkaian pelacuran sebahagian daripada skandal yang dikenali sebagai "Carlton Affair" di Perancis.
Strauss-Kahn, yang meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF pertengahan tahun lalu ekoran dakwaan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di New York, Amerika Syarikat, kini diletakkan di bawah siasatan secara formal di Lille.
Tuduhan serangan seksual yang  dikenakan tahun lalu kemudian digugurkan. Pekerja hotel itu kini memfailkan kes sivil ke atas Strauss-Kahn.
Laporan media dipetik BBC menyebut beliau ada mengakui pernah menghadiri majlis keramaian, yang menurut pihak berkuasa pelacur-pelacur dibekalkan oleh sindiket dan kumpulan tertentu.
Bagaimanapun Strauss-Kahn menafikan tahu-menahu yang wanita-wanita berkenaan sebagai pelacur.
Jika tuduhan terbaru ini disabitkan, Strauss-Kahn boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Beliau dibebaskan dengan diikat jamin AS$135,000.
Pihak pendakwa raya berkata Strauss-Kahn tidak boleh berhubung dengan defendan, plaintif, saksi atau media berhubung kes ini.
Seramai lapan orang telah pun ditahan berhubung skandal "Carlton Affair".
Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada Strauss-Kahn terlibat dalam rangkaian pelacuran dan penyalahgunaan dana korporat. sINAR

Khalid: Cadangan pembangkang mansuhkan PTPTN tidak relevan

28 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.
Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.
"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita  selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini, hari ini. Lagi IKUT SINI
 
Saja siarkan berita-berita gini..agar dapat TEBAS minda masing-masing..buat perbandingan mana yang baik dan mana yang kurang baik. Kecerdikan dan kepandaian manusia semuanya dianugerahkan oleh Allah,tak kira bangsa...bagi yang bijak menggunakannya pasti dapat menilai sesuatu yang dilihat atau didengarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda