18 Jun, 2012

ooo...ramainya.


98,100 Pelarian, Pencari Suaka Berdaftar Di Malaysia

PETALING JAYA: Seramai 98,100 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat April tahun ini.
Daripada jumlah itu, 1,249 pelarian dan pencari suaka merupakan mereka yang keluar dari negara-negara yang dilanda krisis seperti Sudan, Somalia dan Syria.
Ia terdiri daripada seramai 1,090 orang dari Somalia, 139 dari Sudan dan 19 orang (Syria).
UNHCR Malaysia berkata, jumlah keseluruhan 98,100 orang itu merupakan pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan agensi itu di negara ini.
“Daripada 98,100 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar (di negara ini), majoritinya dari Myanmar iaitu 89,900 orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.
Menurut UNHCR Malaysia, 8,200 pelarian dan pencari suaka lagi adalah mereka dari negara lain seperti Sri Lanka (4,480 orang), 1,090 (Somalia), Iraq (790) dan Afghanistan (440).
“71 peratus pelarian dan pencari suaka adalah lelaki, 29 peratus wanita manakala sebahagian 20,000 kanak-kanak di kalangan mereka yang berusia di bawah 18 tahun ke bawah,” agensi itu.
Difahamkan, terdapat sejumlah besar yang tidak mendaftar dengan UNHCR Malaysia dan komuniti pelarian sendiri menganggarkan mereka yang merupakan pelarian dan pencari suaka yang tidak berdaftar di negara ini adalah kira-kira 10,000 orang.
Sementara itu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh UNHCR yang dipetik dariAssociated Press (AP) pada Isnin mengatakan, daripada 10.4 juta pelarian yang dilindungi oleh agensi itu di seluruh dunia, 7.1 juta telah dipindahkan, sekurang-kurangnya untuk lima tahun.
UNHCR berkata, Afghanistan kekal sebagai jumlah pelarian yang paling tinggi di dunia, dianggarkan 2.7 juta orang.
Ia diikuti oleh Iraq seramai 1.4 juta orang, Somalia (1.1 juta orang), Sudan (500,000 orang) dan Congo (491,000).
Kalaulah pelarian ni dapat jadi pengundi..bayangkanlah..tapi ada juga di beberapa negeri terdapat nama orang Myanmar (Burma) yg dah jadi pengundi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...