mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
KOTA BHARU - Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menegaskan, hukum hudud bukan satu perkara mudah dan boleh dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya tanpa perancangan rapi.

Beliau berkata, kajian secara mendalam berhubung perundangan syariah itu sangat penting dan wajar diberi perhatian sebelum membicarakan soal pelaksanaannya demi memastikan ia dapat direalisasikan dengan berkesan di negara ini.

“Kita hendak buat apa pun memerlukan perancangan dan kita sedar negara ini belum melaksanakan hudud lagi. Bukan buat sesuatu selepas itu baru hendak fikirkan persiapan. Ini tidak boleh.

“Sepatutnya kita perlu fokus kepada persiapan terlebih dahulu baru boleh melaksanakannya (hudud).

"Ini tidak, buat dahulu baru hendak menumpukan soal persiapan sedangkan masih dalam kekeliruan dan kekaburan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri di sini.LAIN-LAIN DISANA
La ni dah 55 tahun dikatakan merdeka masih belum nampak bayang lagi draf HUDUD yang dikemukan oleh umno..Kalau nak laksanakan juga di Malaysia,kalau lagu ni..jawabnya kita kena tunggu 55 tahun lagi kot.Aku tak boleh tunggu lagi sampai lama tu,kerana yang berumur 20 tahun sekarang ni belum tentu ada lagi masa tu..Kalau hangpa tak pakat TEBAS umno masa PRU 13 nanti..alamat ada laa janji lagi.