JOHOR BAHRU: “Ia bagaikan 15 minit paling malang dalam hidup saya. Saya bukan saja ditikam dan kereta dilarikan, malah tiga lelaki yang menawarkan diri untuk membantu sebenarnya mahu menyamun, menyebabkan saya nekad terjun semasa kereta bergerak,” kata mangsa samun, M Kamal, 30, semalam.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi Sabtu lalu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura sebelum singgah di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini.
Katanya, ketika mahu mengisi petrol pada Proton Waja miliknya, seorang lelaki berjaket hitam menghampiri dan bertanya sama ada dia berasal dari Melaka, memandangkan keretanya menggunakan nombor pendaftaran negeri itu.
Selepas menjawab dia adalah penduduk Johor, katanya, dia cuba memasuki kereta kerana bimbangkan keselamatannya.Lagi diMETRO
Peniaga Mati Ditembak Di Depan Kedai Di Marang
MARANG: Seorang peniaga yang leka bermain dam, mati ditembak dalam satu kejadian di Kampung Bukit Cempedak di sini, malam Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata,
kejadian berlaku pada 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54,
bermain dam dengan seorang rakan yang berusia 51 tahun di depan rumah
kedai miliknya.
"Ketika itu, datang sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki
tiga lelaki yang mencari lelaki bernama 'Pok Mat' dan kemudian
berpura-pura meminta untuk diberikan minuman.
"Bagaimanapun, salah seorang suspek telah melepaskan dua das tembakan
dari dalam kereta yang jaraknya kira-kira lima meter sehingga mangsa
rebah dan ketiga-tiga suspek terus melarikan diri," katanya kepada
pemberita pada Isnin.Lagi dimStar Online
Baca le apa kata mentor umno be end nii.
Saya Tolak 'Hudud PAS', Hudud Islam Saya Terima - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang terkandung dalam Islam.
Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.
"Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak.
"Tak pernah saya kata tolak hudud Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011, di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Selasa..Nak baca yg panjang pi kat SANA.
Ni bukan nak iklankan akhbar tu...aku sendiri pun jarang sekali beli...hehhehe..cuma nak kongsikan rasa je..makin kuat dan makin lama ditentang makin banyak masalah jenayah kita hadapi..Jadi TEBAS aje la calon dari puak-puak tu masa mengundi PRU 13 nanti. Kita pilih pemimpin yang lain ABU je..mungkin suasana akan berubah menjadi lebih baik..insyaAllah..belum cuba belum tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda