30 Ogos, 2012

senyum meleret le org Beris Jaya..tahniah kerajaan Kedah

Kalau peneroka Felda yang main saham melalui FGVH dapat RM 5,000.00 sorang..kat Kedah yang bukan peneroka pun boleh dapat juga..

Tentu senyum meleret le seramai 553 orang ketua keluarga Beris Jaya yang terlibat dibawah Skim Penempatan Semula Beris Jaya...Wow..syukurrr kepada Allah dalam diam-diam kerajaan negeri Kedah melalui Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Negeri Kedah dapat juga bagi dividen bersih kat depa..Mengikut kenyataan KLPK dividen tu tak la banyak sangat untuk kali ni, tapi lebih sikit dari tahun lepas je..

Tahun lepas depa dapat sebanyak RM 2,900.00 seorang..tahun ni atas izin dan berkat Allah SWT depa dapat la seorang RM 4,225.00.

Tahun ni juga pemberian dividen ni diberi terus kepada peserta yang terlibat..tentu senyum sampai ke telinga la depa..raya sakan la noo..Apa pun kena beringatlah kerana Allah telah pun memberi peringatan kepada kita."dalam senang ada kesusahan dan dalam kesusahan ada kesenangan"..hanya keberkatan dari Allah jua yang diperlukan. Tahniah kepada Syarikat GLC Kedah dan para peserta Skim ni.


Ingat juga le..mana-mana semak samun yang ada tu kena le TEBAS supaya ladang menjadi cerah dan bersih dan syarikat juga menjadi lebih produktif. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda