24 Oktober, 2012

Duit buat duit..

Mahkamah Tinggi Singapura

SINGAPURA - Mahkamah Tinggi Singapura di sini menganugerahkan AS$250 juta (RM764.25 juta) kepada pemilik Astro All Asia Networks Plc. (Astro), Tan Sri T. Ananda Krishnan sebagai ganti rugi berikutan kegagalan usaha sama beliau dengan bekas rakan niaganya dari Indonesia, James Riady.
Mahkamah Tinggi berkenaan dalam keputusannya kelmarin mengekalkan perintah sebuah pusat timbang tara di sini yang sebelum ini memihak kepada Ananda.
Ganti rugi itu diberikan kepada Ananda pada tahun 2010 oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura selepas kerjasama mewujudkan televisyen berbayar oleh kedua-dua pihak menemui kegagalan.
Pusat tersebut bertindak sebagai sebuah mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan yang rumit.
Ananda merupakan orang nombor satu empayar komunikasi Astro di Malaysia manakala Riady pula menerajui Kumpulan Lippo di Indonesia.
Yang kaya bertambah kaya..yang miskin bila la nak kaya...Rezki itu ketentuan Allah..kita hanya perlu berusaha..berdoa dan bertawakkal kepada Allah..insyaAllah akan dapat jua kerana Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Jadi kalau ada semak dibelakang atau tepi rumah tu TEBAS aje la..tanam apa yang patut yang boleh mendatang hasil kepada kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...