05 November, 2012

Ayuh ke Muktamar PAS ke 58


Muktamar PAS 14 hingga 16 Nov ini di Kelantan

Anis Nazri,05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada 14 November hingga 16 Nov ini.

Muktamar ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO.

Muktamar bermula pada 14 Nov pada sebelah malamnya dengan perasmian Muktamar Pemuda PAS Pusat dan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

Manakala Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat diadakan pada 15 Nov.

Muktamar penuh PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, dengan diakhiri dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada sebelah malamnya sebagai kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 Nov lalu.

Himpunan itu, tambah Mustafa merupakan himpunan peringkat zon Kelantan, yang kemudiannya akan diteruskan di zon-zon lain.

Ayuh..beramai-ramai kita ke Kelantan..supaya umnooo be enddddd menjadi makin meroyan. Hujung bulan kita tengok himpunan para puak syaitan pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda