AWAS !!! depa dok ajak secara terang dah |
Bila bercakap tentang hukum hudud atau hukum Islam..depa kata mana ada negara yang berjaya laksanakan hukum Islam secara menyeluruh di dunia ni.Bila oghang kata bab hukum hudud atau hukum Islam kalau dok silap tafsir boleh menyebabkan terbatalnya IMAN..Depa jawab IMAN bukan boleh nampak..IMAN ada dalam dada..bukan boleh nampak secara luaran..maka makin pening la manusia yang depa dok didik yakni rakyat jelata..kerana depa tu pemimpin negara. Ni mai pula kenyataan dari TPM..
TPM Minta Umat Islam Pelihara Kesucian Agama
PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam di negara ini memelihara kesucian agama untuk mengelak dikelirukan golongan yang mengaku pakar tetapi mempunyai agenda lain, terutama politik.
Beliau berkata kefahaman tinggi terhadap Islam dapat mengelak mereka dinodai orang yang 'nampak warak' tetapi mempunyai muslihat lain.
"Sekarang bila disebut Islam, ramai yang mengaku pakar dan mahir tetapi kalau kita dalami, yang lebih diutamakan mereka bukan agama, tetapi politik," katanya ketika berucap pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran Majlis Gabungan NGO Melayu Ledang/Muar dan Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang malam Ahad.
Tudia...jenuh nak pikiaq...KESUCIAN tu macamana ? macam cuci baju ke atau macam cuci taik ke ?...Pakai dedah sana selak sini dan tak bercakap tentang politik tu kira jaga la noo..kemudian orang yang faham tu macamana pula ? Macam depa ka ?
Nak mempunyai kefahaman tinggi tu pulak macamana pulak ?...ooo dengan cara penuhi konsert Kpop..Bigbang..Gerudi yang kerajaan bawah umnoooo be endddd suka sangat hingga pii emmm dan bini dia pun teramat la suka.
Kalau orang yang berpengetahuan tentang Islam dan kita yakin bahawa mereka itu termasuk dikalangan para ustaz atau ulama pun diminta kita jangan percaya dan ikut..jadi NAK IKUT SAPA ? NAK PERCAYA SAPA ? Tobat lahum aku tak percaya kat puak syaitan bisu ni.
Kalau dinilai dari sudut kenyataan puak-puak ni la...aku rasa depa dok ajak kita supaya tak payah ikut Islam la..ikut agama lain pun tak payah..cuma ISA ( Ikut Suka Aku)...atau dalam lain perkataan tak payah ada kepercayaan kepada TUHAN. ..atau "ATHEIST".
Elok le pakat TEBAS minda dan semak didada supaya IMAN dapat tumbuh dengan subur..Nak tebas semak ni pun..kena la TEBAS para PENYEMAK terutama para pemimpin atau puak Syaitan ni masa PRU 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda