WISH

WISH

27 Mac, 2012

nah..tak dak orang lain dah kaa.

KJ Dilantik Pengerusi PUNB Berkuatkuasa 1 April

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.
PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. -BERNAMA

Nah...macam takdak orang lain dah..tapi rasanya ni cubaan tutup mulut KP Umno(Baru) daripada dok TEBAS merata yang dilihat tidak menguntung umno BE END.

HOT di Sarawak pula..sapa yg nak bagi Be End

Orang kuat Taib Mahmud hendak sertai PAS

http://msomelayu.blogspot.com, 25 Mac 2012
Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi.

Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik.

Menurutnya BN masih menguasai di Serawak tetapi tidak semestinya ia menyokong BN Kuala Lumpur. Kerja-kerja untuk menjalinkan persahabatan dengan PR sedang dilakukan oleh pihak tertentu sebagai mewakili Ketua Menteri.

Dalam pada itu satu persefahaman telah dibuat di antara Taib Mahmud dengan seorang tokoh Umno di Semenanjung menjelang pilihan raya akan datang. Persefahaman ini khabarnya sudah sampai ke peringkat konkrit.

Kata bekas orang bertanggungjawab membawa Taib pulang ke Sarawak tahun 1981, BN yang diungguli Parti Pesaka Bumiputera Sarawa (PBB) akan bersama Pakatan Rakyat. Selepas ini katanya PBB Sarawak khususnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

Menurut beliau yang juga bekas pegawai kepada timbalan menteri antara faktor atau tarikan besar PBB untuk bersama Pakatan Rakyat ialah janji yang termaktub dalam Buku Jingga untuk memberi 20 peratus royali minyak yang mana ia tidak akan terlaksanakan oleh BN.

Beberapa janji lain misalnya masalah tanah adat, pembangunan di Sarawak juga menjadi faktor.

Sehubungan itu katanya beliau sendiri akan bertukar parti meninggalkan PBB dan menyertai Pas. Beliau berhajat untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat. "Kalau boleh enta tolong ana untuk berjumpa Tok Guru," mintanya sambil berkata apa yang perlu saya bawa untuk jumpa Tok Guru.

Jawab saya bawa iman dan keyakinan sahaja, lain-lain tidak ada apa-apa pekeras, balas saya bergurau. InysaAllah akan saya aturkan untuk memenuhi permintaannya itu. [wm.kl.12:10 t/hari 24/03/12]

Nak jadi fenomena macam gempa dan ribut taufan juga. Musim-musim yang ada sudah tidak menentu. "Fenomena alam"  kata orang sekarang. Tapi bab berubah angin politik berlaku sebilangmasa...dengan ertikata lain sekarang ialah lompat melompat bagi yang menjadi wakil rakyat. Kalau berterusan begini,alamat Umno BN akan semakin BE End le.Jika berlaku di Sarawak bermakna laluan PAS disana semakin cerah di TEBAS dari masa kesemasa. 
Mudah-mudahan PRU 13 nanti lahirlah juga anak sulung PAS di Pulau Borneo.

Lim Kit Siang : mana bukti tuduh aku nii.

Tragedi 13 Mei: Hakikat yang sebenar – Oleh Lim Kit Siang
 22 March 2012
 
Kebelakangan ini, wujudnya petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara kita ini.
Saya mencabar Najib Razak supaya memberikan petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman.
Ini bermakna UMNO-BN tidak akan membuat sebarang ugutan Mei 13, laungan perang “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, dan sebaliknya menjadikan PRU ke-13 “paling bersih, bebas dan adil” setara dengan sebuah “demokrasi paling baik di dunia”.

13 Mei – Fitnah keji terhadap saya
Baru-baru ini, politik di Malaysia menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.
Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab  telah dilontarkan terhadap saya,  menuduh saya sebagai menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13 43 tahun yang lepas pada 1969.
Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan Mei 13 dalam tahun 1969, tetapi tiba-tiba saja, ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan Mei 13 – dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang menghasut dan mencetus Mei 13, menerusi slogan-slogan paling rasis di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.
Hasilnya, semua dusta dan fitnah bahawa saya telah menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969, telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan cybertroopers UMNO.

Saya berada di luar Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Mei 1969
Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad).
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam. Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.
Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan  perarakan dan  rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur.

Saya menjadi mangsa tahanan tanpa bicara ISA
Menuduh saya sebagai menghasut rusuhan 13 Mei menerusi ungkapan-ungkapan perkauman dan kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.
Dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan daripada tahana ISA pertama saya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, “mengenal pasti punca rusuhan Mei 13” dan “membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia.”
Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa membalas penahanan saya di bawah ISA, dan saya pasti rekod ini masih disimpan dalam arkib Kementerian Dalam Negeri:
My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.
“I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences. I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political economic social and cultural development of the country, where no group feels that ti is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances.
“I also believe that the Malaysian nation is going through a trauma with the tragic May, 13th disturbances and that a special effort must be made to end the great damage inflicted by the disturbances. Although the wounds of May, 13th may close, it may not heal. If this the case then May 13th disturbances is only a prelude to worse disturbances.
“In this task of reconciliation of the races it will be a great mistake if the ruling part shoulders singly, or only with superficial co-operation with opposition leaders and parties who have won the confidence of the people.”
Saya adalah patriot Malaysia
Ini merupakan kenyataan sayang, setia, komitmen, nasionalisme dan patriotisme saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini, khasnya perisytiharan saya:
My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.”
Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan sebuah Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.
Pilihan raya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia, menguji samasa kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa, di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.
Saya menjemput Perdana Metneri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriot Malaysia yang berupaya bekerjasama dengan menubuhkan sebuah Suruhajaya Bersama untuk memastikan bahwa PRU ke-13 ini akan merupakan pilihanraya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah negara ini, sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik biasa. – Roketkini.com
Sedutan ucapan Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur Lim Kit Siang sewaktu membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 22 Mac 2012.

LEBAM !!! Tim. Menteri kena tumbuk ?

Hari ini aku tertarik kepada satu berita yang disiarkan melalui Sinarharian.com.my dengan tajuk;
Kecewa tindakan Dong Zong

NORSHAHZURA MAT ZUKI
27 Mac 2012
SHAH ALAM – Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) perlu bertanggungjawab terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ditumbuk dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang, kelmarin.

Presiden Gagasan Anti Pe­nyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan sedemikian bukan contoh yang baik dalam negara ini.


Menurutnya, hasrat Dong Zong menjadi pertubuhan pendidikan ekstrem cina di negara ini, tidak mencapai apa-apa matlamat, kecuali menjadikan bangsa Melayu dan India lebih berwaspada dengan corak politik pendidikan pertubuhan itu.


“Rentak perang dimainkan oleh mereka membawa maksud pelbagai dan tidak menguntungkan Cina keseluruhannya.


“Pertubuhan itu dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparteid yang dibuat dan ditolak oleh semua bangsa di dunia ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Tegasnya, jurang besar pendidikan tidak menyumbang kepada negara aman, stabil dan makmur.


“Kaum Cina wajar mencari pendekatan lebih baik dan selamatkan dunia pendidikan negara ini daripada Dong Zong,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, tindakan peserta perhimpunan terhadap Wee mengecewakan dan menunjukkan tanda-tanda kesopanan rakyat di negara ini dirosakkan.


Menurutnya, tindakan sedemikian bertujuan melepaskan perasaan tidak berpuas hati mereka mengenai kekurangan guru sekolah Cina di di Sekolah Rendah Cina.


  Tebasan lanjut
IKUT SINI


Aku kurang setuju dengan tindakan segelintir peserta himpunan tersebut terhadap seorang  Timbalan Menteri pada hari berkenaan,tetapi pada masa yang sama aku kagum terhadap mereka apabila melihat kes ini dari sudut yang lain. Mereka berani menentang bagi mempertahankan prinsip mereka apabila ada dikalangan mereka terutama peringkat pimpinan negara gagal membawa perubahan kepada bangsa mereka sendiri.
Setiap bangsa pasti ada kaedah atau dasar pendidikan dengan mengikut kepercayaan mereka sendiri selagimana pendekatan mereka itu tidak membawa kemusnahan kepada bangsa mereka mengikut suasana didalam negara.
Mereka mungkin kecewa dengan harapan yang diletakkan sebelum ini bagi menyelesaikan masalah pendidikan mereka setelah menunggu selama lebih 54 tahun.Mereka yakin dengan budaya pembelajaran mereka,tidak perlu meniru dari bangsa lain asalkan anak bangsa mereka boleh menjadi rakyat yang baik didalam negara ini. Mereka melihat bangsa Melayu sudah kecundang dalam sistem pendidikan angkara Umno. Bahasa jiwa bangsa yang didendangkan oleh pemimpin melayumno hanya tinggal sebagai slogan. Sistem pendidikan bangsa melayu yang berteraskan kepada Islam sebelum ini semakin pupus ditelan zaman disebabkan sistem dan dasar pendidikan yang dikekalkan oleh pemimpin sendiri. Mungkin itu yang membuat mereka gusar terhadap sistem pendidikan mereka.
Bagi yang Melayu seperti Presiden GAPS ni mungkin sudah lupa atau tidak tahu tentang sistem pendidikan bangsa sendiri setelah sekian lama berada dibawah sistem pendidikan penjajah atau bangsa lain.
Kena TEBAS minda lagi rasanya,bukan sekadar melihat dari sudut kena tumbuk je. Banyak kes pemuda Melayumno menggasak kumpulan lain dan yang mengganggu majlis pihak lain kerana berlainan fahaman politik.Apakah ini juga hasil dari sistem pendidikan yang diagung-agungkan sekarang ?
Ikuti apa yg pembaca lain kata dibawah melalui maklumbalas di Malaysianinsider

26 Mac, 2012

ish !!! bini macam tunggul kayu pula

Pasangan enggan lakukan seks dianggap kejam

NEW DELHI: Pasangan kelamin yang enggan melakukan hubungan seks, dianggap zalim oleh Mahkamah Tinggi di Delhi dalam satu kes rayuan untuk perceraian.
Mahkamah mengisytiharkan keengganan melakukan seks itu berasas setelah si suami berkata isterinya enggan tidur bersama di malam pengantin dan hanya membenarkan melakukan hubungan 10 hingga 15 kali, dalam masa lima bulan.
Agensi Press Trust of India melaporkan hakim Kailash Gambhir ketika memberi keputusan berkata: “Keterangan suami mengatakan isteri tidak memberi tindak balas dan seperti tunggul kayu ketika melakukan hubungan seks, tidak dibantah.”

“Sudah terbukti tiada kemahuan melakukan hubungan seks tanpa sebab munasabah dan ini adalah kejam,” katanya.



Mahkamah Tinggi menolak rayuan wanita itu untuk tidak bercerai.


Pada 2001, mahkamah rendah membenarkan keputusan tidak bercerai. Pasangan itu berkahwin pada 1991.

“Hubungan seks adalah asas dalam perkahwinan dan perkahwinan tanpa hubungan seks adalah perkara dibenci,” katanya.


“Perkahwinan tanpa hubungan seks akan menjadikan ia hambar. Mungkin ada kes di mana seorang daripada pasangan terlalu ghairah dengan seks atau pasangannya tidak mempunyai tahap keghairahan yang sama, tetapi ia sangat penting.”


Keputusan dibuat setelah penggubal undang-undang menjelaskan lagi rangka undang-undang untuk memudahkan perceraian.


India masih mempraktikkan perkahwinan yang diatur keluarga dan perceraian jarang berlaku, tetapi kadar perceraian dilaporkan semakin meningkat di bandar besar sejak kebelakangan ini. - AFP

25 Mac, 2012

Amah : ada bini jadi Ular Sawa Kenyang

Isu berkaitan Amah dari Indonesia masih bermain di dada media kita serta orang Malaysia. Hairan juga aku tentang butir-butir yang diperkatakan terutama tentang 1 bidang satu gaji dan gaji minima bagi Amah ni RM 700 sebulan.Bila aku baca temuramah yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini,aku rasa jelas apa yang diperkatakan oleh Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia tu. Antaranya dijelaskan seperti berikut ;

Dalam kandungan perjanjian nampaknya menekankan satu pembantu rumah satu tugas. Boleh jelaskan?

SURYANA: Sebetulnya begitu. Pada awalnya, kadar gaji ditetapkan antara RM600 hingga RM800 (sebulan) untuk satu pengkhususan kerja, tetapi daripada angka itu kita dapat RM700 dan pembantu rumah Indonesia perlu melalui latihan 200 jam. Latihan merangkumi empat jenis iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas. Masalahnya, saya tidak pasti di mana kekurangan maklumat dan mungkin Pasukan Petugas Bersama (di pihak) Malaysia tidak memaklumkan kepada menteri atau perdana menteri.

Oleh sebab itu, saya redakan berita itu. Okeylah, anda boleh minta pembantu rumah kerja lebih, boleh minta pembantu rumah buat dua atau tiga kerja lain, tetapi harus sepakat dulu. Jika majikan perlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah). Misalnya, jika pembantu rumah diambil untuk membuat kerja rumah dan majikan perlu bantuannya untuk menjaga anak, ini kerja tambahan, jadi bagilah dia bayaran tambahan. Jika majikan cakap pembantu rumah buat anak cedera, perjanjian menyatakan pembantu rumah hanya membuat kerja rumah dan majikan perlu bertanggungjawab sendiri, kalau terjadi apa-apa, majikan tidak boleh saman.

Temubual lanjut sila IKUTI DISINI 

Kesimpulannya orang kita ni memang tak faham pun tentang bahasa sendiri termasuk tok-tok menteri dan yang keduanya orang kita ni kalau boleh nak borong semua kerja yang ada kat rumah untuk diserahkan kepada Amah kerana semakin pemalas atau setengah tu nak berlagak. Bagi setengah para isteri yang mengaku beragama Islam pun turut buta juga tentang kerja rumahtangga ni. Ramai para isteri terutama yang kaya raya,bila berada dirumah kira nak melentang dan bersantai je.Hampir semua kerja rumah diuruskan oleh amah hinggakan dalam soal memberi minuman kepada suami sendiri pun amah juga yang ambil dan suakan kecuali layan suami atas katil je. Bagi keluarga Islam,jika para isteri melakukan kerja rumah untuk keluarganya pasti mendapat PAHALA kerana telah membantu suaminya. Jadi janganlah jadi macam "ular sawa kenyang" dalam rumah sendiri dan untuk keluarga atau suami sendiri.Tak mau PAHALA ke ?

BERGETAH : YB kena tahan di Pusat Hiburan

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
25 Mac 2012(SINAR)
Ops Tapis: YB diperiksa
BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

Siapa le YB ni..ooo mungkin dia pi buat snap check dlm kawasan sendiri ni,nak tau betul atau tidak ada premis gitu dlm negeri Melaka.

Latest Model !!! Nisan Caranda

Bagi penggemar kereta seluruh dunia. Ada yang gila kereta mengikut model-model terbaru..pantang tengok keluaran terbaru terus dibelinya,harga belakang kira janji dapat model terbaru. Kebanyakannya hutang beb..bayar bulanan termasuk para hartawan,kayawan dan gulungan perasawan (istilah baru ni). Bila tak mampu bayar ansuran biar bank tarik balik. Bagi gulungan yang ada projek lain pula ceritanya,beli kereta baru dan guna hingga selesai sesuatu projek,lepas tu let go le kereta tu.Kemudian beli pula kereta lain bila ada projek baru.
Kali ni kisah kenderaan yang mesti dibeli oleh siapa saja. Kenderaan ni yang last model tapi baru,tiada dijual secara secondhand car. Ada yang mahal ada yang murah,ikut kemampuan seseorang.Kalau tak mampu pun kena beli juga. Ia dijual diserata negara dengan berbagai bentuk atau model dengan jenama panggilan Nisan Caranda Last Model.
ni bagi org angkasa ala ''Starwar"

yg ni kalau rasa nak tengok malaikat dok jauh mana lagi

yg ni boleh jadi harta pusaka utk anak cucu..emas beb

yg ni..bagi kaki rock n roll..siap badan le

model ni..bagi yg jarang pakai kasut berkilat

utk penggemar rokok

yg ni..bagi yg dok berangan nak naik kapal terbang

huh..dok dlm perut udang mcm dlm laut

yg ni pula ?

bagi penggemar kereta..boleh naik dlm tunnel kubur kot

ooo..boleh hello hello kat saudara atau kawan2 diatas

Hahh...yg ni faham-faham sendiri le
 Apa pun dan siapa pun kita..akan dimasukkan kedalam lubang kubur jua dan akan disoal siasat jua didunia baru ini akan segala iktikhad dan keimanan kita semasa hidup diatas mukabumi Allah dan kelak di Padang Mahsyar pula akan dihitung segala amal dan perbuatan kita sebelum dijatuhkan hukuman yang setimpal dengannya.
Ingatlah !!!!!!
Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
 ( Surah Al-Araf ayat 34 ) 

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksudnya :

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Nah..jika dibahagikan 24 jam x 60 minit = 1440 minit dan 1440 minit ini dibahagikan pula dengan 70,maka dalam tempoh setiap 20 minit 57 saat Malaikat Maut ini pasti akan datang melawati kita bagi menjalankan tugasnya. Maka tunggulah saatnya ajal masing-masing.

Tarikh PRU 13..dari nujum Kapal Selam

Pilihan raya umum semakin dekat


NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Port Dickson semalam.


PORT DIKCSON – Keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah memberi tanda bahawa pilihan raya umum sudah dekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dan mengekalkan pemerintahan.
“Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Taman Intan Duyung dekat sini semalam.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.
Najib memberitahu, bagi memastikan BN memenangi semua kerusi, calon yang diletakkan hendaklah yang boleh memenangkan parti seperti dibuktikan pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor lalu. 

Hahh..kan aku dah kata..Malaysia ni makin ketinggalan jika dibandingkan dengan Myanmar yang baru nak adakan pilihan raya.Begitulah mentaliti pemimpin nombor 1 negara kita yang dikatakan pemimpin negara Islam contoh. Tarikh pilihan raya pun takut nak umum awal-awal seolah-olah akan runtuh dunia ini. Tanda-tanda nak mati pun manusia dah tahu beberapa bulan sebelum ajal seseorang,tapi kita kat Malaysia tanda-tanda pilihan raya menjadi teka-teki sejak dulu.Orang muda sekarang kata tarikh pilihan raya kat Malaysia ni nak kena pakai nujum moden dan bukan dok kira dengan nujum Pak Belalang dah. Sekarang ni kena guna Nujum Kapal Selam.

22 Mac, 2012

ingat ke kain pembalut keris rupanya..

Gaun pengantin paling panjang di dunia


EMMA DUMITRESCU memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia di Bucharest kelmarin.

BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin.
Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit.
Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini.
Pihak Guinness Book of World Records mengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. - Agensi

Bayangkanlah jika ada keris yang panjang begini..Tentu ada yang beli dengan harga yang berjuta-juta RM. Tapi sayang, ada satu keris yang tiada sarung sejak dulu lagi..keris ni pun boleh dicatatkan dalam Book Of World Records juga.

Lembu Belaga : Tanduk mana yang nak patah dulu ?

 'Sepatutnya tidak perlu desak Shahrizat undur'
Wartawan Sinar Harian
22 Mac 2012
Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR -  Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tidak perlu timbul.                 

"Beliau dipilih menjadi Ketua Wanita Umno, jadi kenapa perkara seperti ini (desakan meletak jawatan) perlu timbul," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.               

Beliau mengulas kenyataan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak Shahrizat melepaskan jawatan itu "demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan Wanita, Barisan Nasional dan kerajaan".               

Tengku Adnan menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai bersifat peribadi.                

"Sepatutnya tidak perlu kenyataan sedemikian kerana perkara itu telah dibincangkan sebelum ini yang mana Datuk Seri Shahrizat akan terus menjadi Ketua Wanita hingga penggal akan datang," katanya...Lagi Baca SINI
 
P. Pinang mahu Shahrizat kekal Ketua Wanita
Wartawan Sinar Harian
22 Mac 2012
Shahrizat Abdul Jalil
GEORGETOWN - Perkhidmatan cemerlang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Pergerakan Wanita Umno perlu dikekalkan demi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru, Ketua Wanita Umno itu wajar meneruskan kepimpinan dalam pergerakan itu dan BN kerana terbukti berjaya melakukan perubahan yang amat memberangsangkan sejak mengambil alih kepimpinan pada 2009.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, Shahrizat mempunyai karisme sebagai seorang pemimpin wanita yang amat disegani oleh kawan dan lawan selama ini, terutama ketika turun padang mengadakan program atau kempen pilihan raya.

Menurutnya, kepimpinan Shahrizat berjaya memberi suntikan baru kepada sayap Umno itu yang kini lebih proaktif dan bermaya dengan pelbagai program yang berjaya mendekatkan rakyat dengan kerajaan dan pemimpin parti.

"Saya sudah melihat semangat dan kepimpinannya yang berjuang untuk menyelami hati dan naluri rakyat dengan mengenepikan kepentingan peribadi.Lagi..Baca SINI

Apa kaitan Shahrizat dengan kes NFC ?.. 
Shahrizat isteri kepada Dato' Salleh = Pengerusi NFC - NFC dapat pinjaman dan geran juta-juta RM dari Kerajaan= kerajaan ditadbir oleh Umno(Baru) Be End..Shahrizat pula seorang Menteri Kerajaan juga Ketua Wanita Umno(Baru)..NFC pula adalah sebuah Syarikat dimana Kerajaan Malaysia mempunyai kepentingannya.Baca SINI
 Pakat dok menanduk dah..kita tunggu tengok tanduk sapa yang nak patah atau lembu mana yang nak lari dulu.Belaga sampai pecah kandang pun lagi syok.

20 Mac, 2012

puting tu dia ingat ubat kuat kot

Lelaki potong payu dara isteri ditahan
2012/03/20

SEOUL: Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.

Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.
Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.

Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.
Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Agensi. 

Islam mengharamkan arak...tentu ada sebabnya.Nah kan sudah terbukti akibat dari mabuk meminum arak ?  Tetapi ramai lagi manusia yang mengaku Islam suka dok teguk air kencing syaitan ni..bawa bawa bertaubatlah sementara masa masih ada.

elok sangat kalau ajar macam ni

Isteri tinggalkan suami diberi hadiah RM30,572


AFP - ANITA NARRE memegang replika cek RM30,572 di New Delhi semalam.


NEW DELHI, India - Seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya selepas mendapati rumah keluarga lelaki itu tiada kemudahan tandas.
Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam.
Anita meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan rumah tangga di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh.
Dia mengahwini suaminya, Shivram Narre pada 13 Mei 2011
Anita, 23, meninggalkan suaminya kerana dia enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.
Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka.
Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing. - Agensi 

Nah aihhh...depa ingat ni zaman tahun 50an kot..Kat negara kita kalau bini lari balik kerana bab jamban..alamat laki melompat sakan la.Apa pun jadikan ia iktibar dalam kehidupan kita. Para isteri jangan pula lari kalau terjumpa kes-kes yang remeh gini,runding baik-baik dengan keluarga tu,insyaAllah dapat diselesaikan...tiada masalah yang tak boleh diselesaikan jika semuanya berlapang dada menerima apa-apa kekurangan yang boleh dibetulkan..Jangan minta rumah banglo,kereta mewah jika suami tak mampu. Motor kapcai pun dah cukup jika saling sayang menyayangi dan amalkan "Susah senang kita bersama" insyaAllah kebahgiaan akan terpancar jua. Yang paling utama redha dengan ketentuan Illahi serta berusaha dan berdoa untuk mendapat kebahgiaan hidup didunia dan selamat sejahtera diakhirat nanti. Kalau nak berdoa tu..kena le solat yee...jangan dok berdoa atas motor atau kereta je.

peniaga rugi kerana demontrasi BERSIH ?

Peniaga Pudu Sentral mengadu kerugian, tiada pelanggan


BEGINILAH keadaan gerai makan di Terminal Pudu Sentral, Kuala Lumpur yang lengang tanpa pelanggan ketika tinjauan semalam.


KUALA LUMPUR - Para peniaga di Pudu Sentral di sini mengeluh memikirkan nasib apabila bilangan pengunjung ke gerai mereka semakin berkurangan.
Keadaan itu menyebabkan pendapatan seharian tidak setimpal dengan kadar sewa yang dikatakan tinggi sehingga membebankan mereka.
Hasil tinjauan Kosmo! selama dua jam semalam juga mendapati banyak ruang niaga terutama di medan selera lengang selain terdapat puluhan gerai yang masih belum beroperasi.
Mereka yang enggan diambil gambar mendakwa, keadaan itu berlaku sejak terminal itu dinaik taraf dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tidak terus menanggung kerugian.
Nur Saleha, 40, mendakwa, dia kerugian hampir 75 peratus apabila hanya mampu menjana pendapatan sekitar RM150 sehari berbanding RM600 sebelum terminal itu dinaik taraf.
"Saya bukan menolak usaha-usaha menaik taraf terminal menjadi serba canggih tetapi lihatlah sendiri... memang lengang.
"Sewa gerai pula sudah mencecah RM900 sebulan. Itu pun setelah mengadakan empat kali rundingan dengan pihak pengurusan kerana sewa sebelum ini mencecah RM2,100 sebulan," katanya.;KOSMO

19 Mac, 2012

jangan tiru saya

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menyerahkan wang kepada suami, seorang remaja ditampar sebelum dicekik selepas lelaki terbabit datang menyerangnya di tempat kerja di sebuah kedai makan di Cheras, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, remaja berusia 18 tahun berada di kaunter, terkejut apabila suaminya muncul meminta menyerahkan wang.

Menurut sumber, mangsa kemudian memaklumkan tidak mempunyai wang kerana masih belum gaji.“Namun, suaminya enggan mempercayai dan tetap mendesak mangsa menyerahkan wang kerana dia memerlukannya.

“Mangsa kemudian meminta suaminya pulang ke rumah terlebih dahulu kerana dia masih bekerja dan tidak elok jika masalah mereka dilihat pelanggan,” katanya.

Sumber berkata, permintaan mangsa itu menyebabkan suaminya naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat sebelum bertindak menamparnya beberapa kali.
“Selepas menampar, suami mangsa kemudian terus merampas dompet mangsa sebelum mengambil wang tunai sebanyak RM60,” katanya.
Dunia..dunia...bagaimana lelaki begini layak digelar sebagai pelindung keluarga apatah lagi sebagai benteng negara,pembela ummah atau pejuang agama ?

HOT !!!! tak keluar umno tapi letak jawatan sebagai ahli jee..

Kadir Sheikh Fadzir letak jawatan dalam UMNO

19/03/2012 2:42pm

aku tak keluar umnoo aihh..tapi letak jawatan sebagai ahli jee
KUALA LUMPUR 19 Mac - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli UMNO kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Abdul Kadir berkata, minggu lepas, beliau melepaskan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Kedah, iaitu jawatan terakhirnya dalam parti.
"Selain memegang jawatan menteri dan timbalan menteri, saya pernah menjadi anggota pentadbiran kerajaan selama 30 tahun dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Parlimen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, menjadi ahli UMNO selama 56 tahun sejak menyertai parti itu pada tahun 1956 dan sepanjang tempoh itu, beliau pernah menjawat beberapa jawatan seperti Exco Pemuda, Ketua Pemuda negeri Kedah, Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan pelbagai jawatan lain.
Abdul Kadir yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ketika dihubungi, bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik atau menubuhkan parti politik. - BERNAMA

Tahniah Tan Sri..lepas ni kita pakat-pakat habaq kat rakyat Malaysia yang umno be end ni tak bolehdijadikan tempat bernaung lagi...dah lama umno be end dok pemuhung rakyat Malaysia. Bukan senang nak TEBAS minda politik rakyat Malaysia agar menjadi lebih maju...tapi bagi contoh macam ni pun kira ok laa.

Terengganu Bistari: kerana BERSIH ditarik biasiswa mereka..

YT henti pinjaman pelajar demonstrasi BERSIH di Mesir
2012/03/19 (Berita Harian Online)

KUALA TERENGGANU: Sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang menuntut dalam bidang perubatan dan pengajian Islam di Mesir yang dikenal pasti terbabit dengan demonstrasi BERSIH di republik itu akhir tahun lalu, ditamatkan pinjaman pengajian berkuat kuasa serta-merta mulai awal tahun ini.

Semua pelajar terbabit dikatakan menyertai perhimpunan di perkarangan Kompleks Asrama Negeri YT di Hayyu Hasyrr di Kaherah, yang jelas melanggar peraturan kerana menyertai demonstrasi yang cuba mencemarkan kerajaan dan boleh menjejaskan imej yayasan itu sebagai penaja pengajian mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata penamatan pinjaman pengajian itu dibuat berikutan YT tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan semua pelajar terbabit selepas diberi surat tunjuk sebab mengenai pembabitan mereka dalam demonstrasi BERSIH itu.
Katanya, dua daripada pelajar terbabit adalah penuntut tahun tiga perubatan yang mendapat pinjaman pembiayaan pengajian berjumlah RM300,000 seorang, manakala tujuh pengajian Islam antara tahun satu hingga empat mendapat kira-kira RM24,000 seorang.

"Kita tarik balik pinjaman (pembiayaan pengajian) selepas kemukakan surat tunjuk sebab dan dia (sembilan pelajar terbabit) didapati memberi jawapan yang tidak memuaskan.

"Antara jawapan yang diberi seperti pergi (ke tempat demonstrasi) kerana ada orang suruh dan tukar baju (pakai baju BERSIH) sedangkan kita sudah maklumkan awal-awal lagi jangan terbabit dengan perhimpunan itu," katanya selepas menyampaikan e-Book kepada 418 murid Tahun 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmd Bukit Losong, di sini, semalam.

Murid berkenaan adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Mempelam, SK Pulau Rusa, SK Paloh, SK Bukit Losong, SK Durian Burung dan SK Rengas Bekah.
Ditanya sama ada pelajar terbabit ada mengemukakan rayuan supaya menarik balik penamatan pinjaman itu, Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YT berkata, setakat ini hanya seorang pelajar bidang perubatan mengemukakan rayuan secara rasmi kepada YT dan akan dinilai sewajarnya rayuan itu.

Sementara itu, Pengarah YT Zakaria Yusof berkata, rayuan yang dikemukakan oleh pelajar perubatan itu berkaitan dengan penamatan pinjaman pengajiannya dijangka dibincang pada mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YT pada 10 April ini. 

Kalau begini cara fikir pemimpin dan kakitangan kerajaan,alamat makin mundur le pemikiran rakyat 1 Malaysia ni kerana yang tercemar tu bukan kerajaan tetapi pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah. Segala hasil mahsul serta cukai yang ada didalam negara dan negeri kita disapu oleh kerajaan tak kira dari siapa pun...jika ada rakyat yang menuntut KERAJAAN sendiri supaya membuat perubahan sudah dikira MENENTANG kerajaan maka tak perlulah ada pilihan raya untuk memilih pemimpin-pemimpin bagi menerajui kerajaan.kau orang perintah le sampai kiamat..lepas engkau..anak engkau...lepas tu cucu engkau..kemudian cicit engkau disambung lagi dengan piut engkau. Itu pun kalau tak digulingkan oleh orang lain. Kerajaan Firaun pun lenyap..kerajaan Nabi Sulaiman pun tamat.Ketua Kerajaan Langit pun menghilangkan diri.dan yang kekal hanyalah kerajaan Allah Yang Maha Berkuasa.

kisah langgar hari ni

Padah langgar pagar rumah mertua

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai emas yang dalam proses perceraian dengan isterinya dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 apabila dia melanggar pintu pagar rumah mertuanya sehingga tercabut.
Hukuman dijatuhkan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Afzainiezam Hassan, 28, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 7.30 pagi pada 25 Februari lalu.
Mengikut pertuduhan kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah bernombor 17866, Taman Semarak, Kuala Terengganu.
Dalam kejadian itu, Afzainiezam dikatakan bertindak melanggar pintu pagar rumah mertuanya dengan menggunakan sebuah kereta.
Akibat perbuatan tertuduh, pintu pagar rumah berkenaan tercabut manakala pasu bunga yang terdapat di pagar berkenaan pecah.

Jadi mangsa langgar lari

AMPANG JAYA - Seorang ahli Kelab Basikal LeTua terbunuh selepas dipercayai menjadi mangsa langgar lari dalam kemalangan di Kilometer 20.2, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Taman Melawati di sini semalam.
Kejadian pukul 7.50 pagi itu mengakibatkan Rafizi Hamdan, 37, mati di tempat kejadian selepas basikal berharga RM30,000 yang sedang dikayuhnya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Saga.
BEGINILAH keadaan basikal milik Rafizi yang maut 



Sebelum kejadian, pegawai bank CIMB di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sedang mengayuh basikal bersendirian dari rumah mertuanya di Kampung Pasir di sini ke Genting Sempah.
Di tengah perjalanan, dia kemudian telah dirempuh hingga terjatuh manakala pemandu kereta tersebut dipercayai melarikan diri sebelum membuat laporan polis.
Biras mangsa, Akmal Abu Hanif, 36, berkata, Rafizi yang menetap di Seremban datang ke rumah keluarga mertuanya pada setiap hujung minggu dan kerap menghabiskan masa lapang dengan mengayuh basikal.
"Dia ada mengajak saya mengayuh basikal tetapi tadi (semalam) saya terpaksa keluar awal (pukul 6 pagi).
"Saya hanya tahu kejadian ini selepas salah seorang daripada kumpulan basikal kami menghubungi saya memaklumkan Rafizi kemalangan," ceritanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
Tambahnya, Rafizi yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua 40 hari lalu itu memang meminati aktiviti mengayuh basikal sejak 10 tahun lalu tetapi belum pernah menyertai sebarang pertandingan. KOSMO

Padah akibat langgar dari berbagai rencah kehidupan...yang langgar  berbagai peraturan bertambah  ramai tak kira orang awam atau pemimpin. Kerap kali yang awam ni selalu saja kena walaupun langgar sikit-sikit atau salah kecil-kecil. Yang pemimpin langgar selalu ada alasan hingga tak boleh disaman atau diambil  tindakan.Jika nak hukum pemimpin mudah je...hukum masa mengundi nanti.Kalau ada yang langgar lampu isyarat, tu mungkin kerja orang kurang waras atau tak sengaja. Jangan tendang peti undi sudah lee.

18 Mac, 2012

payudaranya meletup..

Payudara meletup

Lina Hellqvist
Lina Hellqvist
STOCKHOLM: Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.
Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.
Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.
Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.
Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.
Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.Lina - turut menganggap dirinya seorang bloger - kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.
Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan.
Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut.
Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand..
Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. - Mirror

Macam-macam ragam manusia...yang dianugerahkan Allah rasa tak cukup..Bersyukurlah atas nikmat Allah kerana dunia ini hanyalah harta dan harta yang paling bernilai ialah 
Wanita atau Isteri yang Solehah

Umno Kedah ..ada yang jadi Ikan Kaloi dah

Kemelut di Kedah yang melibatkan isu kepimpinan PAS Kedah sudah semakin reda.Lebih kurang sepurnama lamanya isu ini dimainkan melalui media arus perdana.Sehingga hari ini ia masih cuba dibangkitkan oleh pihak media terutamanya melalui akhbar-akhbar harian bagi menjadikan ia sebagai satu isu perdana kepada Umno(Baru) dan Be End di Kedah menjelang PRU 13.
bakti mendahului janji laa..hahhaha

Sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan Umno (Baru) Kedah yang juga Pengerusi Be End Kedah telah cuba mencelah dalam kekalutan "Ribut Dalam Cawan" PAS ini dengan harapan agar ia dapat menjadi umpan kepada pimpinan serta ahli PAS Kedah untuk melatah dengan tari pesilat. Malangnya umpan tidak disambar dan akhirnya membusuk dikail sendiri. Dalam sibuk menunggu ketika bagi mengembalikan imej Umno(Baru) Kedah dengan tumpuan kepada Isu ini, Pengerusi yang popular dengan "Bakti mendahului janji" mula rasa tertusuk dan semakin panas di Bahagiannya sendiri. DUN Bakar Bata yang merupakan kerusi tradisinya telah mula tergugat dek serangan jentera PAS. Penduduk atau pengundi DUN ini semakin sedar akan kehadiran dan kesungguhan PAS dalam memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik. Sokongan kepada Dato' Paduka Ahmad Bashah makin merosot dek kerana sikapnya sendiri. Mereka melihat ADUN yang bercita-cita menjadi MB ini tidak boleh dipercayai lagi dalam memberi khidmat kepada masyarakat apatah lagi bila bercakap tentang keadilan sosial,ekonomi,kebajikan atau penyalahgunaan kuasa kerana pejabat atau Pusat Khidmatnya sendiri masih bertapak di bangunan Pejabat Penghulu yang merupakan milik kerajaan negeri. Penduduk DUN Bakar Bata sendiri tertanya-tanya samada Pusat Khidmat yang diwujudkan oleh beliau sejak dulu di Pejabat Penghulu itu diduduki secara percuma atau dibayar SEWA. 
Bagi ahli Umno Alor Setar,mereka merasa malu apabila Ketua Bahagian mereka sendiri masih menumpang disitu seolah-olah Umno tiada premis sendiri untuk dijadikan Pusat Khidmat ADUN atau Umno tidak mampu untuk menyewa bangunan bagi tujuan tersebut,sedangkan mereka sering dihidangkan dengan berbagai kata bahawa umno bijak mengurus negara/negeri.
Hang jangan tengok dan ingat gambar tu noo.
Maklumat terkini yang diterima, Ahmad Bashah telah menjadi "Lone Ranger" dalam memimpin Umno Bahagian Alor Setar.Terdapat juga pimpinan umno Alor Setar menyatakan bahawa beliau telah menjadi seperti "Ikan Kaloi" yang sedang terenang-renang didalam telaga untuk meraih semula simpati pengundi serta sokongan dari ahli umno Alor Setar bagi mempertahankan kerusi Bakar Bata.Manakan tidak kerana Timbalan beliau iaitu Guntur Tobeng sudah menjadi seperti orang yang masuk kehutan mencari gua. Guntur Tobeng telah mula BERTAPA akibat namanya tiada dalam senarai nama-nama calon umno Bahagian Alor Setar.

Guntur sebelum ini bergiat cergas di DUN Alor Mengkudu serta mengidam untuk bertanding di DUN tersebut pada PRU 13 nanti,malangnya nama Ketua Wanita pula yang tersenarai.
Geram jangan engkau geram....geram...geram..geram.

Pada masa yang sama,maklumat yang diterima serta dari pemerhatian sekitar Alor Setar telah mendapati Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar ( Dato' Hj. Mohd Yusof Hj Ismail yang dikenali dengan panggilan "Cop Usima" telah berpatah arang berkerat rotan dengan Ketua Bahagian sendiri. Perkara tersebut telah menjadi buah mulut dikalangan umno sendiri. Apa masalahnya mereka ini ? rasanya sudah tentu para ahli umno Alor Setar sedia maklum. kalau tak tau...pakat-pakat pi tanya depa la...aku dengar bisik-bisik di kedai kopi jee.

Ikan Kaloi ni bukan boleh hidup dalam berkumpulan. Ia hidup bersendirian dalam lubuk masing-masing,kalau ada kaloi lain yang menceroboh pasti akan berlaku perkelahian atau pertarungan dan ada yang sampai menyebabkan kematian merebut kawasan. Bila tiba musim mengawan baru le kaloi ni keluar mencari pasangannya yang sesuai untuk mengawan, lepas tu ditinggalkan le pasangan tersebut bersendirian semula.Kau nak bertelur ke..nak beranak ke..kau punya hal...aku balik dan jaga lubuk aku,jaga perut aku je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...