WISH

WISH

28 Mac, 2012

haiyatunya..ini olang lagi teluk dali lia punya sifu loo

Hutang negara RM456.1b, melonjak 100%

Anis Nazri, 28 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketika kerajaan menanggung beban hutang sebanyak RM456.1 bilion, kerajaan juga begitu bermurah hati melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta.

Dengan beban hutang yang meningkat hampir 100 peratus itu juga, kerajaan tidak teragak-agak menambah beban dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion ketika membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.

Berdasarkan situasi-situasi tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) mempersoalkan apakah rakyat melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih layak dan mampu mengurus kewangan dan khazanah negara.

"Bagaimana Najib cuba meyakinkan rakyat yang membayar cukai tentang kebijaksanaannya menguruskan ekonomi negara, sedangkan beliau lebih dilihat mengutamakan kroni dan hanya membebankan rakyat?" soal beliau ketika sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan bagi soalan lisan beliau yang diberikan Kementerian Kewangan berhubung jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Dzulkefly menambah, hutang kerajaan telah melonjak dari RM146 bilion pada 2002, RM242 bilion (2006), dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011, yang dilihat melonjak hampir 100 peratus.

"Paling merunsingkan pelbagai pihak adalah perbelanjaan di luar peruntukan belanjawan atau off-balance sheet spending. Seandainya hutang ini gagal dibayar badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin kerajaan pusat, maka semua ini akan menjadi hutang kerajaan pusat," tegas beliau lagi.

Ini kerana, katanya sejak tahun-tahun kebelakangan, kerajaan pusat menerbitkan pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan (bon simpanan) dan Sekuriti Kerajaan.

Tambah Dzulkefly, pinjaman itulah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang  hutang kerajaan RM456.1 bilion.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengatakan hutang kerajaan sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 peratus nisbah KDNK, dengan hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion, manakala baki RM18.1 juta merupakan hutang luar negeri.

Itu olang jual keputusan nombor ekor tepi jalan ala cakap " haiya..ini olang lagi teluk dali lia punya sifu loo" Haiyatunya punya nombor satu..talak ong maa.,kasi semua tulun dali itu kelusi maa..aku main lua digit sama itu 4 digit saja maa..lia ala main semua lombor loo..ini macam punya hutang boleh mampuih semua olang maa. Ini PRU lagi mau latang maa..kali 13 ooo...ini nombor...haiya manyak cilakak ooo..Selalu sebelum ini lia ala ong...ini kali kasi lia 
Be End teluih.

SPR : waduh..aku pun boleh jadi pengundi pos juga

Proses bicara pengundi pos di Ketereh tercemar?

Harakahdaily, 28 Mac 2012
KETEREH, 28 Mac: Perbicaraan bantahan pengundi pos di Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam semalam mencetus tidak puas hati pembantah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan borang A yang difotostep (salinan).
Pada perbicaraan hari pertama (kelmarin) pembantah mengesan tandatangan pemohon pengundi pos tidak sama dengan borang yang ada pada SPR.
Keadaan itu menyebabkan pengadil yang terdiri daripada Pengarah SPR Kelantan, Mohamad Mahmood dan dua lagi pegawai kanan SPR menerima bantahan dibuat.

“Bagaimanapun disebabkan tandatangan borang A yang ada pada pemohon tidak sama dengan borang dimiliki SPR menyebabkan taktik baru pula dikesan dengan menampilkan borang A yang difotostep semalam.
“Saya hairan bagaimana pengadil boleh menerima pakai borang yang hanya difotostep. Kemungkinannya taktik itu dibuat bagi mengelak pembantah dapat mengesan tandatangan yang berbeza.
 “Malah semalam juga perbicaraan empat isteri anggota tentera yang tidak membawa borang asal ditunda seketika, tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba SPR memberitahu bantahan ditolak,” kata Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood (gambar).

Menurutnya ditemui juga ada anggota tentera yang dikesan sudah bersara turut disenarai sebagai pengundi pos di Dun Kok Lanas.

Kata beliau 10 bekas tentera tersebut selepas disemak di kem tempat bertugas didapati sudah menamatkan perkhidmatan, namun muncul pula sebagai pengundi pos baru.
Pada perbicaraan semalam juga 10 isteri anggota tentera hanya memiliki borang A yang difotostep. Ekoran itu menyebabkan perbicaraan kes berkenaan ditunda.
Turut ditemui pembantah ada isteri anggota tentera yang bertugas di negeri lain termasuk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga disenarai sebagai pengundi pos di Kem Desa Pahlawan.

Ada juga kes ditemui anggota tentera yang mengaku berpindah ke negeri lain disenarai sebagai pengundi pos baru.
Malah lebih meragukan apabila ditemui seorang pengundi bernama Rosli Abdul Rashid didapati mempunyai tempat mengundi di dua lokasi berlainan iaitu di Kem Desa Pahlawan dan Pangkal Kalong.
Nik Mahadi berkata, pada perbicaraan tiga hari itu ditemui 17 bekas anggota tentera yang sudah bersara disenarai sebagai pengundi pos baru.
 “Saya amat berharap SPR menyelidik terlebih dahulu permohonan pengundi pos kerana sudah terbukti ada tentera yang sudah bersara disenarai semula sebagai pengundi pos.
 “Begitu juga pengundi pos di kalangan isteri anggota tentera hendaklah dibuat secara telus kerana banyak kes mereka tidak pernah memohon mengundi pos.
 “Persoalannya siapa yang memohon bagi pihaknya kalau bukan sindiket yang ada kaitan dengan parti pemerintah,” katanya.

Bas TUDM

Isteri anggota tentera yang hadir pada perbicaraan hari ini dilihat datang dengan bas milik Tentera Udara Malaysia yang berpangkalan di Gong Kedak, Jertih.
 Malah ramai suami (anggota tentera) mengasuh anak kecil ketika isteri memasuki bilik perbicaraan.
 Difahamkan ada pihak yang membiayai kedatangan mereka biar pun tidak kelihatan wakil Umno berada di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
 Perbicaraan senarai pengundi pos bagi suku keempat itu membabitkan seramai 129 pemilih termasuk tiga pengundi awam.

mampuih kita !!! depa ajak kita turut pening juga.

Jangan Politikkan GST - Idris Jala 
 
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak wajar dipolitikkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, pada Selasa.
Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan pelaksanaan (Pemandu), berkata GST akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif.
Pelaksanaan GST akan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu, katanya kepada pemberita selepas memberi syarahan pada Ulang Tahun ke-53 Institut Akauntan Berkanun Bertauliah di sini.
Beliau bagaimanapun berkata GST tidak akan dilaksanakan tahun ini memandangkan ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun dari tarikh pengumuman pelaksanaan sebenar.
GST sebelum ini dijadual dilaksana oleh kerajaan pada tahun lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, namun ditangguhkan.
Beliau berkata pelaksanaan GST atau turut dikenali sebagai cukai bernilai tambah (VAT), merupakan alat berkesan dalam mengurangkan atau menangani defisit negara.

Defisit fiskal Malaysia pada 2011 susut kepada 5.0 peratus berbanding 5.6 peratus pada 2010. Ia menyasarkan sasaran defisit sebanyak 4.7 peratus tahun ini.

GST dilaksanakan di 143 negara termasuk Kanada, Australia, Singapura, Hong Kong dan New Zealand.
"Ini membuktikan perakuan global mengenai perlunya cukai berasas luas dan jika mereka boleh, kita juga boleh lakukan," katanya.Idris juga berkata hanya 1.7 juta penduduk membayar cukai, dan memikul beban 28 juta penduduk.
"Apabila ada cukai penggunaan iaitu GST, kita melebarkan beban secara menyeluruh dan ia memberi peluang kepada kita untuk mengurangkan cukai korporat, syarikat kita akan menjadi lebih kompetitif, membantu mengurangkan cukai pendapatan individu, dan kesemuanya akan menyumbang kepada peningkatan perolehan negara.
"Oleh itu orang ramai perlu diyakini supaya menerima GTS memandangkan ia penting, selain menangani kebimbangan terhadap impak GST ke atas inflasi dan makanan asasi. "Banyak negara yang melaksanakan GST tidak mengenakan cukai itu ke atas makanan asasi seperti beras," katanya.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata pendapatan perkapita semasa kini sebanyak US$9,400. Kerajaan yakin dapat menaikkan pendapatan perkapita kepada US$15,000 menjelang 2020. -BERNAMA

Hah..!!!! GST boleh turunkan cukai Korporat dan Individu ? Korporat ramai faham oii...tapi individu tu macamana ? Individu yg dok kerja menoreh..kuli..penjaja tepi jalan ke yg akan turun kadar cukainya ? Bebudak yg dok guna telefon macamana pula ? 
Lagi, mau semua rakyat kena bayar cukai ke ? Kalau macam ni punya akai,nak ikut apa semua negara lain buat,lebih baik hangpa tak payah mengaji tinggi-tinggi la. Rakyat majoriti bagi hangpa kuasa untuk memerintah supaya dapat memberi kesenangan atau kelapangan kepada rakyat,bukan dok kira nak pekena rakyat dengan cara bodoh ni. Pakat TEBAS otak sendiri le..hangpa nak pemimpin macamana ? Kalau nak pemimpin yang dok kira nak bantai kita je..silakan la,tapi jika nak pemimpin yang boleh mencari kaedah yang memudah dan menyenangkan rakyat, elok pilih dari PR biar BN Be End.

HOT DEAL : lembumnoo punya pasal

Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Fidlot Nasional 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini).
"Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. -BERNAMA

Sebelum ni bukan main heboh depa mempertahankan isu NFC ni. Begitu begini le..macam-macam dijawab tok-tok menteri. Nah sekarang apa dah jadi ? Baru nak tunjuk serius, sebelum ni kira main-main le.Nasib baik terheboh seantero dunia bab Lembu NFC ni. Tindakan sekarang ni aku kira macam nak tutup isu bagi menghadapi serangan masa PRU 13 nanti. Duit yang dulu dah dikebas,sekarang depa mau TEBAS otak rakyat supaya jadi macam lembu kena cucuk hidung ke ? Haiya cilakak punya bahasa..bukan cucuk hidung dengan tali tapi cucuh otak dengan BR1M. Lagi mau undi depa kaa ? Sendiri punya otak mau TEBAS maa.

melayu ohhh melayu..

Apa ada dengan bangsa
Mohd Zailani Abd Rahman
28 Mac 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.

“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.
Lagi mau baca TEBAS SINI

27 Mac, 2012

nah..tak dak orang lain dah kaa.

KJ Dilantik Pengerusi PUNB Berkuatkuasa 1 April

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.
PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. -BERNAMA

Nah...macam takdak orang lain dah..tapi rasanya ni cubaan tutup mulut KP Umno(Baru) daripada dok TEBAS merata yang dilihat tidak menguntung umno BE END.

HOT di Sarawak pula..sapa yg nak bagi Be End

Orang kuat Taib Mahmud hendak sertai PAS

http://msomelayu.blogspot.com, 25 Mac 2012
Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi.

Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik.

Menurutnya BN masih menguasai di Serawak tetapi tidak semestinya ia menyokong BN Kuala Lumpur. Kerja-kerja untuk menjalinkan persahabatan dengan PR sedang dilakukan oleh pihak tertentu sebagai mewakili Ketua Menteri.

Dalam pada itu satu persefahaman telah dibuat di antara Taib Mahmud dengan seorang tokoh Umno di Semenanjung menjelang pilihan raya akan datang. Persefahaman ini khabarnya sudah sampai ke peringkat konkrit.

Kata bekas orang bertanggungjawab membawa Taib pulang ke Sarawak tahun 1981, BN yang diungguli Parti Pesaka Bumiputera Sarawa (PBB) akan bersama Pakatan Rakyat. Selepas ini katanya PBB Sarawak khususnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

Menurut beliau yang juga bekas pegawai kepada timbalan menteri antara faktor atau tarikan besar PBB untuk bersama Pakatan Rakyat ialah janji yang termaktub dalam Buku Jingga untuk memberi 20 peratus royali minyak yang mana ia tidak akan terlaksanakan oleh BN.

Beberapa janji lain misalnya masalah tanah adat, pembangunan di Sarawak juga menjadi faktor.

Sehubungan itu katanya beliau sendiri akan bertukar parti meninggalkan PBB dan menyertai Pas. Beliau berhajat untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat. "Kalau boleh enta tolong ana untuk berjumpa Tok Guru," mintanya sambil berkata apa yang perlu saya bawa untuk jumpa Tok Guru.

Jawab saya bawa iman dan keyakinan sahaja, lain-lain tidak ada apa-apa pekeras, balas saya bergurau. InysaAllah akan saya aturkan untuk memenuhi permintaannya itu. [wm.kl.12:10 t/hari 24/03/12]

Nak jadi fenomena macam gempa dan ribut taufan juga. Musim-musim yang ada sudah tidak menentu. "Fenomena alam"  kata orang sekarang. Tapi bab berubah angin politik berlaku sebilangmasa...dengan ertikata lain sekarang ialah lompat melompat bagi yang menjadi wakil rakyat. Kalau berterusan begini,alamat Umno BN akan semakin BE End le.Jika berlaku di Sarawak bermakna laluan PAS disana semakin cerah di TEBAS dari masa kesemasa. 
Mudah-mudahan PRU 13 nanti lahirlah juga anak sulung PAS di Pulau Borneo.

Lim Kit Siang : mana bukti tuduh aku nii.

Tragedi 13 Mei: Hakikat yang sebenar – Oleh Lim Kit Siang
 22 March 2012
 
Kebelakangan ini, wujudnya petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara kita ini.
Saya mencabar Najib Razak supaya memberikan petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman.
Ini bermakna UMNO-BN tidak akan membuat sebarang ugutan Mei 13, laungan perang “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, dan sebaliknya menjadikan PRU ke-13 “paling bersih, bebas dan adil” setara dengan sebuah “demokrasi paling baik di dunia”.

13 Mei – Fitnah keji terhadap saya
Baru-baru ini, politik di Malaysia menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.
Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab  telah dilontarkan terhadap saya,  menuduh saya sebagai menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13 43 tahun yang lepas pada 1969.
Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan Mei 13 dalam tahun 1969, tetapi tiba-tiba saja, ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan Mei 13 – dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang menghasut dan mencetus Mei 13, menerusi slogan-slogan paling rasis di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.
Hasilnya, semua dusta dan fitnah bahawa saya telah menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969, telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan cybertroopers UMNO.

Saya berada di luar Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Mei 1969
Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad).
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam. Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.
Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan  perarakan dan  rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur.

Saya menjadi mangsa tahanan tanpa bicara ISA
Menuduh saya sebagai menghasut rusuhan 13 Mei menerusi ungkapan-ungkapan perkauman dan kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.
Dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan daripada tahana ISA pertama saya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, “mengenal pasti punca rusuhan Mei 13” dan “membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia.”
Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa membalas penahanan saya di bawah ISA, dan saya pasti rekod ini masih disimpan dalam arkib Kementerian Dalam Negeri:
My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.
“I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences. I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political economic social and cultural development of the country, where no group feels that ti is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances.
“I also believe that the Malaysian nation is going through a trauma with the tragic May, 13th disturbances and that a special effort must be made to end the great damage inflicted by the disturbances. Although the wounds of May, 13th may close, it may not heal. If this the case then May 13th disturbances is only a prelude to worse disturbances.
“In this task of reconciliation of the races it will be a great mistake if the ruling part shoulders singly, or only with superficial co-operation with opposition leaders and parties who have won the confidence of the people.”
Saya adalah patriot Malaysia
Ini merupakan kenyataan sayang, setia, komitmen, nasionalisme dan patriotisme saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini, khasnya perisytiharan saya:
My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.”
Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan sebuah Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.
Pilihan raya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia, menguji samasa kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa, di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.
Saya menjemput Perdana Metneri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriot Malaysia yang berupaya bekerjasama dengan menubuhkan sebuah Suruhajaya Bersama untuk memastikan bahwa PRU ke-13 ini akan merupakan pilihanraya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah negara ini, sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik biasa. – Roketkini.com
Sedutan ucapan Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur Lim Kit Siang sewaktu membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 22 Mac 2012.

LEBAM !!! Tim. Menteri kena tumbuk ?

Hari ini aku tertarik kepada satu berita yang disiarkan melalui Sinarharian.com.my dengan tajuk;
Kecewa tindakan Dong Zong

NORSHAHZURA MAT ZUKI
27 Mac 2012
SHAH ALAM – Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) perlu bertanggungjawab terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ditumbuk dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang, kelmarin.

Presiden Gagasan Anti Pe­nyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan sedemikian bukan contoh yang baik dalam negara ini.


Menurutnya, hasrat Dong Zong menjadi pertubuhan pendidikan ekstrem cina di negara ini, tidak mencapai apa-apa matlamat, kecuali menjadikan bangsa Melayu dan India lebih berwaspada dengan corak politik pendidikan pertubuhan itu.


“Rentak perang dimainkan oleh mereka membawa maksud pelbagai dan tidak menguntungkan Cina keseluruhannya.


“Pertubuhan itu dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparteid yang dibuat dan ditolak oleh semua bangsa di dunia ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Tegasnya, jurang besar pendidikan tidak menyumbang kepada negara aman, stabil dan makmur.


“Kaum Cina wajar mencari pendekatan lebih baik dan selamatkan dunia pendidikan negara ini daripada Dong Zong,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, tindakan peserta perhimpunan terhadap Wee mengecewakan dan menunjukkan tanda-tanda kesopanan rakyat di negara ini dirosakkan.


Menurutnya, tindakan sedemikian bertujuan melepaskan perasaan tidak berpuas hati mereka mengenai kekurangan guru sekolah Cina di di Sekolah Rendah Cina.


  Tebasan lanjut
IKUT SINI


Aku kurang setuju dengan tindakan segelintir peserta himpunan tersebut terhadap seorang  Timbalan Menteri pada hari berkenaan,tetapi pada masa yang sama aku kagum terhadap mereka apabila melihat kes ini dari sudut yang lain. Mereka berani menentang bagi mempertahankan prinsip mereka apabila ada dikalangan mereka terutama peringkat pimpinan negara gagal membawa perubahan kepada bangsa mereka sendiri.
Setiap bangsa pasti ada kaedah atau dasar pendidikan dengan mengikut kepercayaan mereka sendiri selagimana pendekatan mereka itu tidak membawa kemusnahan kepada bangsa mereka mengikut suasana didalam negara.
Mereka mungkin kecewa dengan harapan yang diletakkan sebelum ini bagi menyelesaikan masalah pendidikan mereka setelah menunggu selama lebih 54 tahun.Mereka yakin dengan budaya pembelajaran mereka,tidak perlu meniru dari bangsa lain asalkan anak bangsa mereka boleh menjadi rakyat yang baik didalam negara ini. Mereka melihat bangsa Melayu sudah kecundang dalam sistem pendidikan angkara Umno. Bahasa jiwa bangsa yang didendangkan oleh pemimpin melayumno hanya tinggal sebagai slogan. Sistem pendidikan bangsa melayu yang berteraskan kepada Islam sebelum ini semakin pupus ditelan zaman disebabkan sistem dan dasar pendidikan yang dikekalkan oleh pemimpin sendiri. Mungkin itu yang membuat mereka gusar terhadap sistem pendidikan mereka.
Bagi yang Melayu seperti Presiden GAPS ni mungkin sudah lupa atau tidak tahu tentang sistem pendidikan bangsa sendiri setelah sekian lama berada dibawah sistem pendidikan penjajah atau bangsa lain.
Kena TEBAS minda lagi rasanya,bukan sekadar melihat dari sudut kena tumbuk je. Banyak kes pemuda Melayumno menggasak kumpulan lain dan yang mengganggu majlis pihak lain kerana berlainan fahaman politik.Apakah ini juga hasil dari sistem pendidikan yang diagung-agungkan sekarang ?
Ikuti apa yg pembaca lain kata dibawah melalui maklumbalas di Malaysianinsider

26 Mac, 2012

ish !!! bini macam tunggul kayu pula

Pasangan enggan lakukan seks dianggap kejam

NEW DELHI: Pasangan kelamin yang enggan melakukan hubungan seks, dianggap zalim oleh Mahkamah Tinggi di Delhi dalam satu kes rayuan untuk perceraian.
Mahkamah mengisytiharkan keengganan melakukan seks itu berasas setelah si suami berkata isterinya enggan tidur bersama di malam pengantin dan hanya membenarkan melakukan hubungan 10 hingga 15 kali, dalam masa lima bulan.
Agensi Press Trust of India melaporkan hakim Kailash Gambhir ketika memberi keputusan berkata: “Keterangan suami mengatakan isteri tidak memberi tindak balas dan seperti tunggul kayu ketika melakukan hubungan seks, tidak dibantah.”

“Sudah terbukti tiada kemahuan melakukan hubungan seks tanpa sebab munasabah dan ini adalah kejam,” katanya.



Mahkamah Tinggi menolak rayuan wanita itu untuk tidak bercerai.


Pada 2001, mahkamah rendah membenarkan keputusan tidak bercerai. Pasangan itu berkahwin pada 1991.

“Hubungan seks adalah asas dalam perkahwinan dan perkahwinan tanpa hubungan seks adalah perkara dibenci,” katanya.


“Perkahwinan tanpa hubungan seks akan menjadikan ia hambar. Mungkin ada kes di mana seorang daripada pasangan terlalu ghairah dengan seks atau pasangannya tidak mempunyai tahap keghairahan yang sama, tetapi ia sangat penting.”


Keputusan dibuat setelah penggubal undang-undang menjelaskan lagi rangka undang-undang untuk memudahkan perceraian.


India masih mempraktikkan perkahwinan yang diatur keluarga dan perceraian jarang berlaku, tetapi kadar perceraian dilaporkan semakin meningkat di bandar besar sejak kebelakangan ini. - AFP

25 Mac, 2012

Amah : ada bini jadi Ular Sawa Kenyang

Isu berkaitan Amah dari Indonesia masih bermain di dada media kita serta orang Malaysia. Hairan juga aku tentang butir-butir yang diperkatakan terutama tentang 1 bidang satu gaji dan gaji minima bagi Amah ni RM 700 sebulan.Bila aku baca temuramah yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini,aku rasa jelas apa yang diperkatakan oleh Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia tu. Antaranya dijelaskan seperti berikut ;

Dalam kandungan perjanjian nampaknya menekankan satu pembantu rumah satu tugas. Boleh jelaskan?

SURYANA: Sebetulnya begitu. Pada awalnya, kadar gaji ditetapkan antara RM600 hingga RM800 (sebulan) untuk satu pengkhususan kerja, tetapi daripada angka itu kita dapat RM700 dan pembantu rumah Indonesia perlu melalui latihan 200 jam. Latihan merangkumi empat jenis iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas. Masalahnya, saya tidak pasti di mana kekurangan maklumat dan mungkin Pasukan Petugas Bersama (di pihak) Malaysia tidak memaklumkan kepada menteri atau perdana menteri.

Oleh sebab itu, saya redakan berita itu. Okeylah, anda boleh minta pembantu rumah kerja lebih, boleh minta pembantu rumah buat dua atau tiga kerja lain, tetapi harus sepakat dulu. Jika majikan perlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah). Misalnya, jika pembantu rumah diambil untuk membuat kerja rumah dan majikan perlu bantuannya untuk menjaga anak, ini kerja tambahan, jadi bagilah dia bayaran tambahan. Jika majikan cakap pembantu rumah buat anak cedera, perjanjian menyatakan pembantu rumah hanya membuat kerja rumah dan majikan perlu bertanggungjawab sendiri, kalau terjadi apa-apa, majikan tidak boleh saman.

Temubual lanjut sila IKUTI DISINI 

Kesimpulannya orang kita ni memang tak faham pun tentang bahasa sendiri termasuk tok-tok menteri dan yang keduanya orang kita ni kalau boleh nak borong semua kerja yang ada kat rumah untuk diserahkan kepada Amah kerana semakin pemalas atau setengah tu nak berlagak. Bagi setengah para isteri yang mengaku beragama Islam pun turut buta juga tentang kerja rumahtangga ni. Ramai para isteri terutama yang kaya raya,bila berada dirumah kira nak melentang dan bersantai je.Hampir semua kerja rumah diuruskan oleh amah hinggakan dalam soal memberi minuman kepada suami sendiri pun amah juga yang ambil dan suakan kecuali layan suami atas katil je. Bagi keluarga Islam,jika para isteri melakukan kerja rumah untuk keluarganya pasti mendapat PAHALA kerana telah membantu suaminya. Jadi janganlah jadi macam "ular sawa kenyang" dalam rumah sendiri dan untuk keluarga atau suami sendiri.Tak mau PAHALA ke ?

BERGETAH : YB kena tahan di Pusat Hiburan

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
25 Mac 2012(SINAR)
Ops Tapis: YB diperiksa
BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

Siapa le YB ni..ooo mungkin dia pi buat snap check dlm kawasan sendiri ni,nak tau betul atau tidak ada premis gitu dlm negeri Melaka.

Latest Model !!! Nisan Caranda

Bagi penggemar kereta seluruh dunia. Ada yang gila kereta mengikut model-model terbaru..pantang tengok keluaran terbaru terus dibelinya,harga belakang kira janji dapat model terbaru. Kebanyakannya hutang beb..bayar bulanan termasuk para hartawan,kayawan dan gulungan perasawan (istilah baru ni). Bila tak mampu bayar ansuran biar bank tarik balik. Bagi gulungan yang ada projek lain pula ceritanya,beli kereta baru dan guna hingga selesai sesuatu projek,lepas tu let go le kereta tu.Kemudian beli pula kereta lain bila ada projek baru.
Kali ni kisah kenderaan yang mesti dibeli oleh siapa saja. Kenderaan ni yang last model tapi baru,tiada dijual secara secondhand car. Ada yang mahal ada yang murah,ikut kemampuan seseorang.Kalau tak mampu pun kena beli juga. Ia dijual diserata negara dengan berbagai bentuk atau model dengan jenama panggilan Nisan Caranda Last Model.
ni bagi org angkasa ala ''Starwar"

yg ni kalau rasa nak tengok malaikat dok jauh mana lagi

yg ni boleh jadi harta pusaka utk anak cucu..emas beb

yg ni..bagi kaki rock n roll..siap badan le

model ni..bagi yg jarang pakai kasut berkilat

utk penggemar rokok

yg ni..bagi yg dok berangan nak naik kapal terbang

huh..dok dlm perut udang mcm dlm laut

yg ni pula ?

bagi penggemar kereta..boleh naik dlm tunnel kubur kot

ooo..boleh hello hello kat saudara atau kawan2 diatas

Hahh...yg ni faham-faham sendiri le
 Apa pun dan siapa pun kita..akan dimasukkan kedalam lubang kubur jua dan akan disoal siasat jua didunia baru ini akan segala iktikhad dan keimanan kita semasa hidup diatas mukabumi Allah dan kelak di Padang Mahsyar pula akan dihitung segala amal dan perbuatan kita sebelum dijatuhkan hukuman yang setimpal dengannya.
Ingatlah !!!!!!
Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
 ( Surah Al-Araf ayat 34 ) 

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksudnya :

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Nah..jika dibahagikan 24 jam x 60 minit = 1440 minit dan 1440 minit ini dibahagikan pula dengan 70,maka dalam tempoh setiap 20 minit 57 saat Malaikat Maut ini pasti akan datang melawati kita bagi menjalankan tugasnya. Maka tunggulah saatnya ajal masing-masing.

Tarikh PRU 13..dari nujum Kapal Selam

Pilihan raya umum semakin dekat


NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Port Dickson semalam.


PORT DIKCSON – Keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah memberi tanda bahawa pilihan raya umum sudah dekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dan mengekalkan pemerintahan.
“Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Taman Intan Duyung dekat sini semalam.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.
Najib memberitahu, bagi memastikan BN memenangi semua kerusi, calon yang diletakkan hendaklah yang boleh memenangkan parti seperti dibuktikan pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor lalu. 

Hahh..kan aku dah kata..Malaysia ni makin ketinggalan jika dibandingkan dengan Myanmar yang baru nak adakan pilihan raya.Begitulah mentaliti pemimpin nombor 1 negara kita yang dikatakan pemimpin negara Islam contoh. Tarikh pilihan raya pun takut nak umum awal-awal seolah-olah akan runtuh dunia ini. Tanda-tanda nak mati pun manusia dah tahu beberapa bulan sebelum ajal seseorang,tapi kita kat Malaysia tanda-tanda pilihan raya menjadi teka-teki sejak dulu.Orang muda sekarang kata tarikh pilihan raya kat Malaysia ni nak kena pakai nujum moden dan bukan dok kira dengan nujum Pak Belalang dah. Sekarang ni kena guna Nujum Kapal Selam.

22 Mac, 2012

ingat ke kain pembalut keris rupanya..

Gaun pengantin paling panjang di dunia


EMMA DUMITRESCU memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia di Bucharest kelmarin.

BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin.
Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit.
Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini.
Pihak Guinness Book of World Records mengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. - Agensi

Bayangkanlah jika ada keris yang panjang begini..Tentu ada yang beli dengan harga yang berjuta-juta RM. Tapi sayang, ada satu keris yang tiada sarung sejak dulu lagi..keris ni pun boleh dicatatkan dalam Book Of World Records juga.

Lembu Belaga : Tanduk mana yang nak patah dulu ?

 'Sepatutnya tidak perlu desak Shahrizat undur'
Wartawan Sinar Harian
22 Mac 2012
Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR -  Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tidak perlu timbul.                 

"Beliau dipilih menjadi Ketua Wanita Umno, jadi kenapa perkara seperti ini (desakan meletak jawatan) perlu timbul," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.               

Beliau mengulas kenyataan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak Shahrizat melepaskan jawatan itu "demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan Wanita, Barisan Nasional dan kerajaan".               

Tengku Adnan menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai bersifat peribadi.                

"Sepatutnya tidak perlu kenyataan sedemikian kerana perkara itu telah dibincangkan sebelum ini yang mana Datuk Seri Shahrizat akan terus menjadi Ketua Wanita hingga penggal akan datang," katanya...Lagi Baca SINI
 
P. Pinang mahu Shahrizat kekal Ketua Wanita
Wartawan Sinar Harian
22 Mac 2012
Shahrizat Abdul Jalil
GEORGETOWN - Perkhidmatan cemerlang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Pergerakan Wanita Umno perlu dikekalkan demi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru, Ketua Wanita Umno itu wajar meneruskan kepimpinan dalam pergerakan itu dan BN kerana terbukti berjaya melakukan perubahan yang amat memberangsangkan sejak mengambil alih kepimpinan pada 2009.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, Shahrizat mempunyai karisme sebagai seorang pemimpin wanita yang amat disegani oleh kawan dan lawan selama ini, terutama ketika turun padang mengadakan program atau kempen pilihan raya.

Menurutnya, kepimpinan Shahrizat berjaya memberi suntikan baru kepada sayap Umno itu yang kini lebih proaktif dan bermaya dengan pelbagai program yang berjaya mendekatkan rakyat dengan kerajaan dan pemimpin parti.

"Saya sudah melihat semangat dan kepimpinannya yang berjuang untuk menyelami hati dan naluri rakyat dengan mengenepikan kepentingan peribadi.Lagi..Baca SINI

Apa kaitan Shahrizat dengan kes NFC ?.. 
Shahrizat isteri kepada Dato' Salleh = Pengerusi NFC - NFC dapat pinjaman dan geran juta-juta RM dari Kerajaan= kerajaan ditadbir oleh Umno(Baru) Be End..Shahrizat pula seorang Menteri Kerajaan juga Ketua Wanita Umno(Baru)..NFC pula adalah sebuah Syarikat dimana Kerajaan Malaysia mempunyai kepentingannya.Baca SINI
 Pakat dok menanduk dah..kita tunggu tengok tanduk sapa yang nak patah atau lembu mana yang nak lari dulu.Belaga sampai pecah kandang pun lagi syok.

20 Mac, 2012

puting tu dia ingat ubat kuat kot

Lelaki potong payu dara isteri ditahan
2012/03/20

SEOUL: Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.

Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.
Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.

Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.
Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Agensi. 

Islam mengharamkan arak...tentu ada sebabnya.Nah kan sudah terbukti akibat dari mabuk meminum arak ?  Tetapi ramai lagi manusia yang mengaku Islam suka dok teguk air kencing syaitan ni..bawa bawa bertaubatlah sementara masa masih ada.

elok sangat kalau ajar macam ni

Isteri tinggalkan suami diberi hadiah RM30,572


AFP - ANITA NARRE memegang replika cek RM30,572 di New Delhi semalam.


NEW DELHI, India - Seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya selepas mendapati rumah keluarga lelaki itu tiada kemudahan tandas.
Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam.
Anita meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan rumah tangga di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh.
Dia mengahwini suaminya, Shivram Narre pada 13 Mei 2011
Anita, 23, meninggalkan suaminya kerana dia enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.
Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka.
Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing. - Agensi 

Nah aihhh...depa ingat ni zaman tahun 50an kot..Kat negara kita kalau bini lari balik kerana bab jamban..alamat laki melompat sakan la.Apa pun jadikan ia iktibar dalam kehidupan kita. Para isteri jangan pula lari kalau terjumpa kes-kes yang remeh gini,runding baik-baik dengan keluarga tu,insyaAllah dapat diselesaikan...tiada masalah yang tak boleh diselesaikan jika semuanya berlapang dada menerima apa-apa kekurangan yang boleh dibetulkan..Jangan minta rumah banglo,kereta mewah jika suami tak mampu. Motor kapcai pun dah cukup jika saling sayang menyayangi dan amalkan "Susah senang kita bersama" insyaAllah kebahgiaan akan terpancar jua. Yang paling utama redha dengan ketentuan Illahi serta berusaha dan berdoa untuk mendapat kebahgiaan hidup didunia dan selamat sejahtera diakhirat nanti. Kalau nak berdoa tu..kena le solat yee...jangan dok berdoa atas motor atau kereta je.

peniaga rugi kerana demontrasi BERSIH ?

Peniaga Pudu Sentral mengadu kerugian, tiada pelanggan


BEGINILAH keadaan gerai makan di Terminal Pudu Sentral, Kuala Lumpur yang lengang tanpa pelanggan ketika tinjauan semalam.


KUALA LUMPUR - Para peniaga di Pudu Sentral di sini mengeluh memikirkan nasib apabila bilangan pengunjung ke gerai mereka semakin berkurangan.
Keadaan itu menyebabkan pendapatan seharian tidak setimpal dengan kadar sewa yang dikatakan tinggi sehingga membebankan mereka.
Hasil tinjauan Kosmo! selama dua jam semalam juga mendapati banyak ruang niaga terutama di medan selera lengang selain terdapat puluhan gerai yang masih belum beroperasi.
Mereka yang enggan diambil gambar mendakwa, keadaan itu berlaku sejak terminal itu dinaik taraf dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tidak terus menanggung kerugian.
Nur Saleha, 40, mendakwa, dia kerugian hampir 75 peratus apabila hanya mampu menjana pendapatan sekitar RM150 sehari berbanding RM600 sebelum terminal itu dinaik taraf.
"Saya bukan menolak usaha-usaha menaik taraf terminal menjadi serba canggih tetapi lihatlah sendiri... memang lengang.
"Sewa gerai pula sudah mencecah RM900 sebulan. Itu pun setelah mengadakan empat kali rundingan dengan pihak pengurusan kerana sewa sebelum ini mencecah RM2,100 sebulan," katanya.;KOSMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...