WISH

WISH

27 Mei, 2012

aiyoo..apa mau takut


MIC, hudud tiada kena mengena dengan kita
  • Dr Balachandran
  • 4:48PM Mei 17 2012
 
Saya merujuk kepada berita yang disiarkan Sinar Online "Hudud: MIC mahu PR buat pendirian jelas".

Saya menasihatkan Setiausaha Agung MIC, S Murugessan dan parti MIC supaya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hak-hak dan kepentingan masyarakat India di negara ini, yang menjadi lebih utama pada masa kini.

Bagi saya dan kebanyakan masyarakat India, sama ada hudud dilaksanakan atau tidak, tidak ada kena mengena dan kaitan dengan hak dan kepentingan kita. 

Ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan ke atas sosial ekonomi masyarakat India kerana ia isu yang berkaitan dengan masyarakat Islam.

Murugessan dan MIC perlu mengambil berat soal lebih 240,000 kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan dan mengalami masalah kerakyatan, lebih utama dari mempersoalkan sama ada hudud akan dilaksanakan atau tidak.

Murugessan dan MIC sebagai sebuah komponen parti pemerintah yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat India, perlu memastikan tidak ada kaum India yang merempat kerana ketiadaan rumah (homeless).

Murugessan dan MIC juga, perlu berusaha bersungguh-sungguh memastikan anak bangsa Malaysia dari masyarakat India tidak keciciran dalam melanjutkan pelajaran mereka kerana tidak ada bantuan pelajaran atau pun biasiswa.

Sebanyak RM93.2 bilion dibelanjakan sejak 2009 untuk bidang pendidikan Negara tetapi hanya RM2 bilion sahaja yang diperuntukkan untuk kaum India. 

Sepatutnya, masyarakat India mendapat bahagian sekurang-kurangnya 10 peratus daripada peruntukan itu sebanyak RM9.3 bilion bukannya hanya mendapat RM2 bilion sahaja.

Berbalik kepada soal hukum hudud, saya menasihatkan Murugessan memperdalamkan ilmu dan belajar tentang hukum tersebut terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pelbagai komen. 

Sekiranya, beliau tidak mempunyai masa kerana terlalu sibuk mengejar projek dan pangkat, beliau boleh memanggil saya dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang hukum hudud.

Jangan berkata perkara yang beliau tidak ketahui kerana ia akan mengundang kemurkaan Tuhan!

mati hidup kembali



Terengganu hidupkan kembali 'Pesta Main Pantai'
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan menghidupkan kembali tradisi 'Pesta Main Pantai' yang begitu sinonim dengan masyarakat negeri itu pada suatu ketika dahulu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pesta itu dilihat sebagai persada bagi merintis kembali martabat dan kegemilangan seni, budaya dan warisan bangsa yang dapat menggamit pelancong ke Terengganu.

Katanya pesta itu merupakan acara tradisi yang diadakan sejak tahun 70-an, bagaimanapun zaman kegemilangannya semakin malap berikutan arus pemodenan.

"Kita akan merangka pelbagai acara bagi menggamit kembali nostalgia darizaman berzaman itu," katanya selepas merasmikan Pesta Main Pantai Terengganu, di sini, hari ini.

Pesta Main Pantai yang sedang berlangsung selama 10 hari dan berakhir 3 Jun ini, diadakan di Dataran Shahbandar di sini.

Ahmad berkata pelbagai acara kesenian, tradisi dan warisan seperti permainan sukan rakyat, kraftangan, makanan tradisional dan persembahan kebudayaan Terengganu akan diadakan sempena pesta itu.

Katanya sebelum ini, pesta berkenaan merupakan perhimpunan keluarga petani pada setiap tahun di tepi pantai untuk melepaskan penat lelah selepas menuai padi. - Bernama
Melayumnoo pasti suka jenis gini-gini..sudah mati dihidupkan kembali...tambah pula sekarang ni bukan sekadar dengan permainan tradisional malah dengan konsert yang lebih hebat hingga menjadi macam orang dulu-dulu juga yang pakaiannya kurang kain.

25 Mei, 2012

di Perak dulu bukan rampas kuasa laa..


Mahathir: Cara ganas rebut kuasa malang bagi negara
DR MAHATHIR MOHAMAD
25 Mei 2012
KITA sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan dibeberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan diperingkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.

Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.

Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di peringkat Pusat. Serpihan dari Umno yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong Umno dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.

Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam Umno supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.

Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan-keputusan pilihan raya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.

Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.

Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihan raya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihan raya memberi kemenangan 99 peratus kepada pemerintah, masih juga didakwa pilihan raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.

Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihan raya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang kerajaan menipu.

Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej kerajaan.

Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.

Sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.
Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.

Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi, maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan.

Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara tercinta ini.
Cara rampas kuasa di Perak selepas PRU 12 yang lalu tak ganas..memang betul tiada siapa yang cedera atau berlaku kejadian pertumpahan darah. Mungkin cara ni yang dikatakan demokrasi juga...atau mungkin cara tu bukan rampas kuasa...Hahhaha..Lantak le..ikut cara fikir hangpa semua yang dilakukan oleh pihak PR salah dan tidak bertamaddun,cara hangpa je yang betul..Aku yakin rakyat akan TEBAS umno be end dan akan serahkan kuasa kepada pihak PR dengan cara yang bertamaddun PRU 13 nanti,jika ia dijalankan dengan cara yang bertamaddun tanpa penipuan dan bersih.

24 Mei, 2012

BERSIH>>>kita tuntut kos kerugian kita pula

duduk dgn aman
Hahahha...berita baik..boleh tuntut bila berlaku kes sebegini


Kerajaan tuntut Ambiga bayar ganti rugi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa penganjur kerana gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu sehingga ia menanggung kerugian berikutan kerosakan 15 kenderaan miliknya.
Melalui dokumen diperoleh media semalam, kerajaan memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 15 Mei lalu.
Selain Ambiga, turut dinamakan sebagai defendan ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K. Arumugam, S. Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan (plaintif) berkata, pada 28 April lalu, penganjur berhimpun di sekitar Dataran Merdeka yang dipasang halangan polis sebelum dirempuh menyebabkan berlaku kerosakan harta benda.
Mengikut Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), kesemua defendan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tidak menyebabkan kerosakan.
Berikutan kecuaian defendan, plaintif terpaksa menanggung kos pembaikan antara RM2,000 dan RM20,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.
Kes itu ditetapkan bagi sebutan pada 13 Jun depan.
kos operasi ditanggung juga oleh rakyat...belasahhhhhhhhhhhh
Bagi para demontran yang cedera dibelasah pihak polis pula..kita pakat buat tuntutan juga atas kecederaan serta kerugian yang dialami akibat tindakan pihak polis yang tidak mengikut SOP dan peraturan serta membelakangi Perlembagaan Negara..Disamping kita juga sebagai rakyat terpaksa menanggung kos operasi mereka pada hari tersebut bagi menjaga keamanan dan ketenteraman kita tetapi mereka yang menyebabkan berlakunya kekalutan pada hari tersebut.
Apa macam ? Lagi cepat kita TEBAS umno BE END lagi baguih.

bila masuk PAS hangpa terguris hati..bila belasah rakyat ?

Berita kemasukan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Mohd Fauzi Shaari menyertai PAS telah mula menambahkan igauan dan sasau beberapa pihak yang berfikiran ala komunis. Tindakan Datuk Fauzi yang telah mengisytiharkan menyertai PAS pada hari Ahad lepas kini seakan-akan merupakan tumbukan padu kepada rakyat Malaysia terutamanya pihak umno. 
Maka terdapatlah segelintir orang yang dilihat cerdik telah memperlihatkan kebodohan mereka sendiri seperti..
sapa masuk PAS..khianat kerajaan ..hahhha
Bila Polis membelasah rakyat yang menggunakan hak yang ada..apa hangpa rasa ? Bukan rakyat yang turut menyumbang kepada gaji atau pendapatan hangpa dan negara sekadar terguris hati...tapi berdarah dahi..patah kaki..semput jantung....Bila Umno membiarkan Melayu menjadi seolah-olah peminta sedekah dalam negara sendiri pula macamana ? Umno membiarkan ramai Melayu menjadi peniaga tepi jalan pula macamana ? Kini umno BE END sedang menjadikan ANAK MUDA sebagai penggila seni melalui program himpunan jutaan belia yang dipenuhi dengan 24 pentas dan seribu artis dan ditarbiahkan selama 5 hari 5 malam. Tentu orang jenis ni SUKA HATI DAN RASA BERTUAH.
aikk...macam hairan je bahasa dia ni ?
 Kalau diamati le akan kenyataan puak-puak gini...sah depa ni jenis tinggal dalam hutan atau gua atau dalam tempurung....atau pun zaman sekarang ni tinggal dalam rumah bertembok penjara.
Gambar bawah ni yang terbaru kat Kedah.
Lt.Kol (B) Umar Hj Din menyerahkan borang menyertai PAS
Apa pun aku tak marah sangat kat puak-puak macam ni,kerana pemikiran depa yang masih terjajah. Ni la bukti kejayaan Umno Be End mendidik rakyat Malaysia selama mereka diamanahkan memerintah negara ini.

23 Mei, 2012

kembali gempaq...janda sapa ni


Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV

AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008.


KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok.
Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005.
Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut.
“Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini.
“Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

22 Mei, 2012

hang nak kira mcmana tu hang punya pasai la rais oiii


Hanya 22,270 Sertai Perhimpunan 28 April - Rais
KUALA LUMPUR: Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.
Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.
"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.
Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.
"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.
"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.
Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.
Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.
"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - BERNAMA
Hahaha..kaedah menghitung ala umporno....yang lebih lojik..kami pakat pi...dari Kedah saja lebih dari 10 ribu yg pi..ni cara jujur le kami habaq tok rais oii...Yang hang dok kira bab jujur dalam jumlah orang hadir BERSIH tu buat pa...JUJUR dalam hal Pilihan Raya yang kami minta...tak kira le berapa ramai yang hadir...Ni tahap menteri kita dari kalangan umnoo be endddd..lain yang rakyat dok minta supaya jujur lain yang depa dok pertikai. Bila orang kata depa macam lembu..nanti marah pula..tuduh orang kurang sopan pula..Hang nak hitung,kira macamana pun hang punya pasai la..Kami kira nak TEBAS umno supaya terus BE END

simbol kapal selamnya manee ?


SPR Perkenal Simbol Baru
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan 30 simbol yang lebih 'moden dan mesra' untuk dipilih dan digunakan oleh calon-calon bebas pada pilihan raya akan datang.
Suruhanjaya itu hanya mengekalkan tujuh daripada 20 pilihan simbol sedia ada.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengenalan 23 simbol baru itu memenuhi kriteria agar ia lebih moden dan mesra.
Antara simbol yang digugurkan daripada senarai ialah kepala harimau, gunting, kasut, paip rokok, payung, ayam jantan, basikal, bas, traktor, mesin taip, layang-layang dan kelapa sawit.
"Kami gugurkan simbol-simbol tertentu kerana ia membawa konotasi negatif.
"Harimau mewakili maksud garang, kasut pula kelihatan kotor manakala gunting digunakan dalam peribahasa Melayu iaitu gunting dalam lipatan," katanya, sambil menambah simbol paip digugurkan kerana merokok membahayakan kesihatan.
Menurut beliau simbol basikal, traktor dan mesin taip digugurkan kerana mengikut peredaran zaman.
Sementara itu menurutnya simbol payung pula digugurkan kerana tidak adil untuk menghalang orang ramai membawa payung pada hari pengundian.
Simbol baru yang diperkenalkan ialah arnab, udang, burung, gajah, kuda, cincin, tali leher, dan cermin mata.
Simbol lain ialah beg, kemeja, motosikal, kereta, sampan, gelas, cawan, meja, rumah, televisyen, pen, bunga, cangkul dan pokok bagi menggantikan kelapa sawit.
Simbol lama yang dikekalkan dengan sedikit pembaharuan ialah buku, ikan, jam loceng, kerusi, kapal terbang, telefon dan kunci.
"Kita telah modenkan simbol telefon daripada jenis yang perlu didail kepada butang serta sejambak kunci kepada hanya satu kunci," kata Wan Ahmad.
Sementara itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata calon bebas perlu memilih simbol-simbol yang digazetkan suruhanjaya itu.
"Kami tidak benarkan mereka menggunakan simbol yang dicipta sendiri," katanya.
Setakat nak modenkan simbol ni..elok le..tu pun selepas lebih 50 tahun baru nak terfikir kot..Tapi macamana dengan tuntutan rakyat seperti yang dibuat melalui BERSIH..tak nak bagi nampak moden sama kaa...Aku dok cari simbol yang lebih moden macam KAPAL SELAM,BADAK,KATAK,KAD KREDIT SERTA KONDO. Simbol apa pun hangpa nak boh aku tak ambil kisah le..Aku ABU Be End aku pangkah je.

tahniah Jamil Khir...kejayaan wasatiyyah 1Malaysia


Pasangan tidak serik, dua kali dicekup khalwat
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mei 2012
Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
AMPANG - Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian.

“Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian.

“Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai.

Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Terkejut lihat aksi seks adik
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mei 2012
HULU BESUT - Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.CERITA LANJUT
Tahniah la kpd Jamil Khir dan PM 1 Malaysia Wasatiyyah atas kejayaan ni..Memang layak dibanggakan oleh Umnoo Be End yang kononnya telah menjadikan negara kita ini sebagai sebuah negara Islam yang patut dicontohi oleh negara lain..Mungkin selaras dengan apa yang digariskan dalam buku Pemahaman Wasatiyyah dan Ancaman Terhadap Islam Masa Kini.
sapa yang faham pun aku tak tau la..dan sapa yang ancam pula rasanya aku tau sikit.


21 Mei, 2012

depa tau meniaga tepi jalan jee..


bersih


Tapak gerai 'Bersih 4.0' boleh dibida RM2,000
JAMILAH HAMZAH
21 Mei 2012
KUALA LUMPUR - "Tapak gerai di hadapan rumah (Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S.) Ambiga boleh dibida dengan harga RM2,000," kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yusof, hari ini.
Sebelum ini Bersih 2.0 dan 3.0 telah banyak merugikan peniaga-peniaga sekitar Dataran Merdeka dan kawasan berhampiran.

Pada Bersih 2.0 lalu, sebanyak RM817,205 kerugian telah dituntut oleh peniaga terhadap penganjur Bersih 2.0 dan patriot dengan menyerahkan memorandum kepada Suhakam pada 18 Mei lalu.

"Kami menyediakan 60 petak dengan bayaran RM100 bagi satu tapak dan kami melihat di kawasan ini mempunyai potensi untuk menjalankan perniagaan.

"Penduduk kawasan ini juga tak perlu pergi jauh untuk beli barang-barang keperluan dan cara kami boleh juga meringankan mereka," katanya lagi kepada media pada petang tadi.

Jamal juga berkata, mereka juga telah mendapat sokongan peniaga dan ramai yang memohon untuk turut serta tetapi hanya memilih 60 orang daripada peniaga yang terjejas ekoran Bersih lalu.

"Tujuan kami bukan untuk mengganggu sesiapa, kami hanya ingin menuntut hak kami sebagai peniaga.

"Kami akan beroperasi pada 24 dan 25 Mei nanti bermula pukul 3 petang sehingga 8 malam, dan orang ramai dijemput hadir ke sini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Jamal berkata, mereka juga akan mendapatkan permit untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga esok daripada Datuk Bandar Kuala  Lumpur.

Protes 'Bersih 4.0' diadakan oleh mahjlis itu sebagai bantahan kepada perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0.
Hahaha....otak melayu ni dah makin sempit atau dah makin jadi macam haiwan...yg hidup mereka untuk makan..celik mata makan..ada yg pejam mata masih mengunyah..kerja makan..beranak..berak...lepas tu kena sembelih..Kejayaan umno mendidik melayu selama ini.

20 Mei, 2012

encik tolong la derma..kami bekas tentera ni..




38 tahun dahhh...


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Semangat keperwiraan bekas-bekas anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan martabat negara ini tetap utuh biarpun tidak berada lagi di dalam perkhidmatan.

Atas dasar itulah mereka bersatu dalam Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) untuk memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Barisan Nasional hingga tertegak kerajaan baru yang lebih adil selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Tekad itu dilafazkan Presiden Kerabat, Leftenan Kolonal (B) Mohd Nazari Mokhtar dengan laungan sokongan kira-kira 20,000 hadirin yang memenuhi Majlis Pelancaran Kerabat Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini baru-baru ini.

Tegas beliau, seorang anggota tentera berperanan dan bertanggung jawab kepada rakyat dan negara ini di mana mereka adalah Tentera DiRaja dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah penaung tertinggi.

Demikian itu katanya, soal pengorbanan dan tekanan terhadap tentera adalah perkara biasa yang melayakkan mereka berada pada martabat khas di kalangan rakyat.

“Sekiranya tanah air ini boleh difaraidkan, tentera adalah mereka yang paling layak mendapat tanah air ini,” demikian ungkapnya menggambarkan martabat seorang anggota tentera.

Malangnya ujar beliau, sepanjang 38 tahun ini, anggota tentera dan bekas anggota tentera seperti merempat di negara sendiri apabila dilayan sewenangnya oleh kerajaan sedangkan mereka adalah pejuang bangsa dan negara.

Antara bukti pengabaian itu jelas beliau, adalah berkaitan hak sepertimana termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 yang menyatakan bahawa setiap anggota tentera dan isteri mereka berhak memiliki 20 ekar tanah pertanian dan dua lot perumahan di mana-mana seluruh Malaysia.

Di mana perintah itu tegas Nazari, telah diterima Kabinet dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Tetapi katanya, Kementerian Pertahanan yang bertanggung jawab terhadap urusan menjaga kebajikan anggota tentera dan bekas tentera termasuk rangkaiannya yakni anak dan isteri mereka telah bersikap tidak diambil penting perkara berkaitan.

Beliau memberikan contoh penubuhan Felda Sungai Koyan pada 1974 di mana Felda Sungai Koyan 1 diberikan sepenuhnya kepada awam, manakala Felda Sungai Koyan 2 dan 3 diberikan kepada bekas tentera dengan setiap mereka mendapat 14 ekar tanah yang ditanam kelapa sawit.

Hal itu jelasnya menunjukkan pemimpin negara dahulu begitu meraikan anggota tentera, tetapi tidak pemimpin BN sekarang.

Bahkan katanya, pelbagai rayuan bekas tentera tidak dipedulikan sedangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera selepas audit memiliki kewangan sebanyak RM59.32 bilion yakni 10 kali ganda lebih besar dari dimiliki Felda.

“Dengan kekuatan kewangan sebesar itu tidak seharusnya diwujudkan Derma Rayuan Hari Pahlawan. Bekas tentera bukan peminta sedekah tetapi adalah orang yang ada martabat.

“Sedangkan duit itu adalah caruman dari anggota-anggota tentera sendiri. Tetapi, tabung itu tidak memberi manfaat langsung kepada bekas angkatan tentera melainkan retorik politik dan palsu pemimpin politik,” ujarnya.

Dakwa beliau, Kementerian Pertahanan telah membisu terhadap kedudukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera tersebut dan beliau percaya berlaku ketirisan sekaligus menunjukkan Kementerian Pertahanan telah bertindak kejam terhadap anak sendiri.

Menurut Nazari, kebajikan bekas tentera hakikatnya tetap tidak terjaga di mana ramai yang hidup tersepit umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Memberikan angka, beliau memaklumkan, daripada 285,000 bekas tentera, hanya 100,000 sahaja berpencen.
Beliau juga menyifatkan martabat Persatuan Bekas Angkatan Tentera tidak lebih seperti Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah.

Antara harapan Kerabat kepada Pakatan Rakyat apabila membentuk Kerajaan Persekutuan kelak adalah mewujudkan Bandar Baru Veteran untuk bekas angkatan tentera selain keistimewaan-keistimewaan lain yang menjadi hak mereka.

Setiap tahun ada Rayuan Hari Pahlawan..mendermalah untuk menghargai jasa perwira negara yang berkorban untuk negara...woi dah berpuluh tahun dah dok gitu je..Dulu hangpa ajaq "Apa pengorbanan anda untuk negara..jangan tanya apa sumbangan negara untuk anda "..last2 hangpa bagi kami jadi peminta sedekah dalam negara sendiri...Hangpa kebas duit negara berbilion-bilion RM entah kemana...yang hak kami hangpa tak layan pun. Kami bukan peminta sedekah la woii..Kami cuma nak hak kami je..
PRU 13 ni insyaAllah warga Bekas Tentera dan warga Tentera akan TEBAS umno biar Be End terus..Taat mesti berpada Setia mesti bertempat. Bukan Taat MEMBABI BUTA bukan SETIA MEMBUTA TULI.
GEMPURRRRRRRR


baik sikit dpd haram jadah kot


Lelaki pemakan bangkai

KELAWAR dan tikus merupakan haiwan kegemaran Boyt.

BANGKAI haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.
Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.
Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.
“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.
“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.
Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.
Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.
“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.
Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.
Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.
“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.
“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.
Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.
Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.
Eksotik
“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.
Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain.
Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.
“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.
Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.
Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.
Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.
“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.
Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.
Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?
“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.

17 Mei, 2012

bab ni boleh pula depa buat..


Penutupan jalan berperingkat sempena Citrawarna

17/05/2012 5:41pm

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka, di sini akan ditutup secara berperingkat untuk sesi raptai penuh pada Jumaat dan acara Citrawarna 1Malaysia 2012 Sabtu ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, esok, jalan akan ditutup mulai pukul 9 malam hingga 12 tengah malam manakala semasa acara Citrawarna, jalan ditutup mulai pukul 4 petang hingga 1 pagi. Acara dimulakan pada pukul 8 malam.
Penutupan jalan melibatkan kawasan perarakan iaitu susur Terowong Bukit Aman, Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan serta Medan Pasar, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Sultan Salahuddin, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.
Tahun ini merupakan tahun ke-14 acara Citrawarna 1Malaysia 2012 diadakan sejak diperkenalkan pada 1999 dengan berkonsepkan persembahan perarakan jalanan bagi menarik lebih ramai pelancong asing berkunjung ke negara ini.
Sebanyak 11 segmen persembahan bakal dipertontonkan kepada pengunjung iaitu persembahan pembukaan Citrawarna, alam semula jadi, inap desa, pelancongan sukan, beli-belah dan seni kontemporari 1Malaysia. - BERNAMA
Boleh pula nak ditutup untuk program jenis gini...ooo anjuran kerajaan umngok..ada duit ada orang....ada hiburan ada orang..lepas tu ada orang buat orang..beberapa bulan lepas tu lagi ada orang buang anak orang..."Haram Jadah"..macamana nak kurang kes buang anak ? Tukar kerajaan je..opss silap tukar pemimpin yang ada, biar parti tu terus be endd..Kerajaan tak boleh tukar..sebab negara kita namanya Malaysia maka terus disebut Kerajaan Malaysia juga kalau parti manapun yang diamanahkan memerintah negara kita ni. Bukan kerajaan ni harta mak pak kita atau sapa-sapa...hak semua rakyat Malaysia.
PRU 13 ni ABU je yee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...